CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 19, 2011

Kick Buttowski~

Assalamualaikum.

Good morning. Selamat pagi. memandangkan hari ni hari jumaat dan pagi pulak, aku mengambil kesempatan nak update blog sebelum aku mula study. aku ada singgah blog demi blog sebelum sign in blog sendiri, ada yang kata dah habeh midyear exam. muehehehe syoknyee rase kan. aku pon rasa macam tk sabar je nak habeh exam dan cuti selama 2 minggu bersamaan 14 hari. nikmat nye cuti empat belas hari, hanya kita yang mengetahui kan kan haha. semalam pegi tesco dengan mama, kakak, adik & hilda. ingat nak hambek le gambar serba sedikit tapi memandangkan ramai orang kat sana dan aku berperasaan agak seh-gan, so tk jadik le. mah-luu aihh~

I'm watching Kick Buttowski sekarang and he's eating cupcakes and cupcakes. weeehaa! gojes lah kau kick.

semalam aku bajet je kecoh kat semua orang nak tidoq lewat. kononnya nak menikmati malam yang sudah larut sebab esoknya cuti. tapi lepas tengok Mantera Anjasmoro--eja si ratu bulu mata tu, aku dah tesengguk sengguk. mata ni ala ala malu tapi mahu nak terbukak. tapi aku tahan, dengar lagu melalak macam orang gila dan sebagainya. bolehla tahan sekejap sampai 11.30, aku mula terkatup terpejam tercelik. sms pon aku balas acah acah je. beberapa kali jugak talipon berbunyik di-call sebab tk balas meses, aku sedar, aku dengar bunyik tu. tapi dalam keadaan aku mamai tu, tahu apa aku cakap sorang sorang? "Eh ni incoming call ke aku yang call? tk payahlah jawab, bior je lah, kang kredit aku habes." eh aku kalau mamai memang bodohs kan hahaha. dah tahu talipon bunyik sah le incoming call. lepastu boleh pulak risau kredit aku habes. mintak mintak le kalau aku kawen nanti tk mamai macam tu. malu baiii~

eh semalam kan masa dok tidor tidor tu, aku mimpi tau. nilah akibatnya tidor tk basuh kaki tk bace doa haha. aku pegi 1 penjara ni. sape ntah yang ngek paksa aku masok dalam penjara tu. but it's not like penjara yang real ni, dalam tu macam ada mayat hidup dok tegapai gapai tangan sambil buat bunyik menyeramkan, ala macam mumia dalam movie The Mummy tu. mampos kalau aku jalan lepastu salah satu tangan tu rembat kepala aku macam mana? so aku pon tk jalan. tetiba ada sorang budak ni tepelanting kat depan aku. mulanya ingat alahai kesiannye meh akak tolong. tapi tengok YUCK budak tu tkde dua dua kaki, luka masih bedarah darah nampak daging pulak, boleh budak tu buat muka bajet comel tesengih depan aku. "HEI HANTU JAHAT NYAH KAU DARI SINI!" terus aku lari keluar penjara bodohs tu dan cuba cari orang yang boleh tolong ghaibkan penjara tu haha. (perlu diingatkan ini hanya mimpi)

apa jenis mimpi aku pon tk tahu. tapi aku dah banyak kali mimpi tu. adakah ini petanda bahawa aku seorang yang jahat dan tk cukup pahala di dunia ini? emm..nauzubillah.

disebabkan mimpi tu, aku bangun pukul 5.53am heheh. tapi tidor balik la sebab aku cuti jepun. bangun sebab tekejut berok je. tapi kan kenapa aku asyik rasa macam penjara tu ada dalam salah satu ceruk Pekan Rabu? hihi ngek saje. mungkin sebab aku terlalu tepengaruh dengan berita kat metro pasal penjara bomoh hitam Mona Fendy yang berhantu tu kot. cik puan tu kene gantung dengan suami & pembantu dia, of course lah berhantu beb tambah pulak ade ilmu hitam begunung gunung. hat-doii manusia manusia.

High pressure haha.

Assalamualaikum.

alhamdulillah! selamat dah dua hari aku exam. selesai sudah 3 paper yang kesemuanya kena tulis tulis tulis. tadi sebelum paper english mula, teacher dah bagi warning. kalau teacher tengok essay aku tulisan kecik, lima markah akan dipotong begitu sahaja. aku hanya renyih sebab aku tktau nak respon apa. memang betui tulisan aku termaha amat kecik. apa boleh aku buat? dah terbiasa macam tu. bukan senang nak besarkan tulisan aku ni tapi tadi aku dah cuba buat setakat yang mampu. aku dah besarkan sebesar yang boleh. teacher puas hati atau dak, wallahualam. yang penting aku dah cuba.

okay. first paper kemaren. bahasa melayu kertas dua. hmm..ringkasan boleh tahan payah, artikel tentang obesiti dan isinya sangat sikit -.- pemahaman bolehlah gagah, nak kata full mark tu dak kot. karangan berpandu, faktor pelajar malas membaca. okay aku tk terasa sebab aku memang suka membaca. macam cik sarah annuar kata bangsa membaca bangsa bergaya haha. yaya aku bergaya ;) lepastu soalan seterusnya bahagian c. ada lima soalan kena pilih kan kan. aku pilih soalan number 1, sebagai lambang aku akan menjadi juara huahua. kena buat syarahan tentang kepentingan aktiviti kokurikulum kepada pelajar. rasanya karangan macam ni dari sekolah rendah lagi dok ada. sebab tu aku mengambil langkah selamat buat yang ini, isi dah tahu dan pasti. yang lain lain, cerita, faedah, jasa guru dan apa benda lagi tktau. sumpah aku tk berani nak buat cerita, takot kekeringan idea tengah jalan. cari mampos -.- kalau orang yang terer berimaginasi tu bolehlah.

lepastu, tadi. english paper 2. section A agak susahlah sebab idea aku tk mencurah. lagipon notes yang dia bagi sangat sikit dan tk berapa nak membantu. cerita pasai mat rempit dok racing sebab menang duit dan boomkebabom eksiden dengan van hotel yang besaq gedabak. lepastu mat rempit tu pon tepelanting masok dalam longkang kepala bedarah darah. member mat rempit talipon ambulans ninonino masok hospital sultanah bahiyah. leher patah tangan pon patah. motor hancus terok tk boleh nak pebaik dah. mat rempit pon menyesal kerana sepatotnya mat rempit menyedari bahawa betapa bahayanya racing ni. sejak dari itu mat rempit pon tk penah naik moto dah sebab serik. mat rempit naik myvi ja. ha tu la karangan aku. section B, summary. senang jugok lah sebab banyak isi sampai aku tergedik gedik nak tuleh lebih 60 words haha. last sekali, novel. interesting character. dah banyak kali buat dengan sir nalla so tkdak la masalah sangat. ;)

last paper untuk hari ni, science (2). aku punyalah tumpu dekat jantung dan female & male reproductive organ, begitu jugak dengan pembiakan pokok. bila tengok soalan rasa tertekan sebab apa yang aku tumpu langsong tk keluaq. sangat menyedihkan, aku jawab exam dengan perasaan bebai hahaha. banyak keluaq form 2. tapi apa apa pon kena redha, cikgu pon pesan cikgu sengaja buat soalan standard lebih tinggi dari PMR. ek eleh setiap kali exam stadard soalan direct tinggi, susah gilaaa nak score. hari sabtu ni nak ajak abah shopping buku latihan kat popular. moga moga dengan pengorbanan abah beli buku kat aku, pandailah aku nanti. moga moga lapan A dalam tangan. moga moga dapatlah aku bersekolah 100% melayu tahun depan. haish..moga moga. SSI boleh!

ahad ni ada geografi dan science paper 1. memandangkan paper 2 aku tersangkot sangkot macam enjin vespa tua, kali ni kena pecut macam ferrari haha. mampos la exam terok kali ni dahlah ada perjumpaan waris. tkpa ni sebagai pengajaran. motivasi dan pembakar semangat agar aku lebih rajin lepaih ni. hidop macam roda. ada kala kita dok ataih ada kala kita dok bawah. so harap harap aku tk buat terok nanti kalau result cacat hahah. pmr masih ada, masa insyaAllah cukup lagi aih. insaf tengah jalan.

rileks..jangan pressure. mentel mau jaga..

Tuesday, May 17, 2011

The adrenaline.

Assalamualaikum.

Tomorrow, May 18 is going to be the first day of the midyear exam. first paper ialah bahasa melayu kertas dua. jika ada yang baik hati dan inginkan pahala, doa doakanlah agar idea aku mencurah curah, fikiran tenang dan kesihatan yang baik masa aku menjawab esok. gentar dan ketakutan tetap ada tapi aku akan buat yang terbaik. hari khamis ada science paper 2 dan geografi. so maybe aku tkkan update sepanjang exam ni kot, kalau ada masa weekend aku update. have to go now. esok nak bangun lebih awal for extra preparation. rilek derr baru midyear bukan PMR. fuhh.

dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim, disudahi dengan Alhamdulillah.

doakan kami para pelajar Keat Hwa (beragama Islam) agar dilapangkan hati dan fikiran ketika menjawab.

bye! :)

p/s: jangan lupa singgah page big boss, supporters dan officemates yang sudah direnovatekan (page tersebut posisinya betui-betui atas entri ni, kalau kurang jelas). kalau rajin singgahlah kalau rasa menyampah, tk payah singgah haha. tiade paksaan ;)

Monday, May 16, 2011

Thanks to our second parents.

Assalamualaikum.

first of all, memandangkan harini bertarikh 16 Mei 2011, sebagai seorang manusia muda belia yang bergelar pelajar, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru guru di Tadika Children's Corner, Tadika Tambak Bunga, Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa, ustazah mengaji dan semua guru di seluruh dunia. tanpa anda siapalah kami. sekuranghajar mana pon kami, cikgu cikgu tetap setia mengajar kami tanpa mengenal erti boring. tapi kan last aku bagi hadiah rasanya darjah 6 kot. naik sekolah menengah, yang mampu aku bagi cuma ucapan dan salam saje. maaf..semakin besaq, masa semakin terhad pulak. busy semedang ;)

anyway, SELAMAT HARI GURU.

hari sabtu haritu tk jadi keluaq shopping dengan abah sebab abah malas nak keluaq -.- so tangguh keesokan harinya (ahad). mulanya abah cakap nak beli jeans kat aku sorang ja tapi kakak aku menyibuk so aku pon redha. aku dengan bangga dan penuh keyakinan ambik jeans saiz 26. dengan senyum selebar penuh satu muka. masok fitting room, nak try. TAPI TAK MUAT! fuhh tension. hilang habeh senyuman aku. berbekalkan keredhaan yang tinggi, aku pon terima lah bahawasanya jeans aku size 27. nampaknya aku perlu kurangkan makan. hari ni saja kat sekolah aku makan donat sederhana besar 2 ketul, nasik bersama ayam sepinggan. balik sekolah singgah pak tat ikan bakar, tibai lagi sepinggan nasik lepastu jumpak mattop tk pakai helmet naik moto dengan wan. kalau jumpak JPJ, mampus kau wan. teruk kena saman.

harini alhamdulillah tiada lagi perbincangan penuh ghairah berkenaan politik. mungkin beliau sudah menyedari bahawa apa yang beliau buat tu salah kan kan. mana boleh berpolitik dalam kelas yang dipenuhi dengan remaja bawah umur seperti kami? rakyat yang layak mengundi ni hanyalah yang berumur 21 tahun dan ke atas. so tadi. classmates aku semua pakat bagi hadiah kat beliau, atas hadiah tu tertulis lebih kurang macam ni :

DARIPADA PAS CAWANGAN TANDOP.

what the heck -.- hahahaha aku gelak serupa orang gila. bila beliau baca tulisan tu, beliau tersengih dan kata, "perli saya ka?" habeh tu tkkan saja saja nak tuleh, of course lah kitorang perli. nasib baik tk bagi hadiah poster besar mr.anwar ibrahim hahaha.

kesimpulannya harini kat sekolah, mostly tk berapa nak belajaq sangat sebab cikgu suruh buat revision sendiri. tadi masa english, teacher suruh buat proverbs and idioms berdasarkan gambaq binatang tapi aku tk buat sebab aku lupa teruihh.

ok boring dan bye.