CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 19, 2011

High pressure haha.

Assalamualaikum.

alhamdulillah! selamat dah dua hari aku exam. selesai sudah 3 paper yang kesemuanya kena tulis tulis tulis. tadi sebelum paper english mula, teacher dah bagi warning. kalau teacher tengok essay aku tulisan kecik, lima markah akan dipotong begitu sahaja. aku hanya renyih sebab aku tktau nak respon apa. memang betui tulisan aku termaha amat kecik. apa boleh aku buat? dah terbiasa macam tu. bukan senang nak besarkan tulisan aku ni tapi tadi aku dah cuba buat setakat yang mampu. aku dah besarkan sebesar yang boleh. teacher puas hati atau dak, wallahualam. yang penting aku dah cuba.

okay. first paper kemaren. bahasa melayu kertas dua. hmm..ringkasan boleh tahan payah, artikel tentang obesiti dan isinya sangat sikit -.- pemahaman bolehlah gagah, nak kata full mark tu dak kot. karangan berpandu, faktor pelajar malas membaca. okay aku tk terasa sebab aku memang suka membaca. macam cik sarah annuar kata bangsa membaca bangsa bergaya haha. yaya aku bergaya ;) lepastu soalan seterusnya bahagian c. ada lima soalan kena pilih kan kan. aku pilih soalan number 1, sebagai lambang aku akan menjadi juara huahua. kena buat syarahan tentang kepentingan aktiviti kokurikulum kepada pelajar. rasanya karangan macam ni dari sekolah rendah lagi dok ada. sebab tu aku mengambil langkah selamat buat yang ini, isi dah tahu dan pasti. yang lain lain, cerita, faedah, jasa guru dan apa benda lagi tktau. sumpah aku tk berani nak buat cerita, takot kekeringan idea tengah jalan. cari mampos -.- kalau orang yang terer berimaginasi tu bolehlah.

lepastu, tadi. english paper 2. section A agak susahlah sebab idea aku tk mencurah. lagipon notes yang dia bagi sangat sikit dan tk berapa nak membantu. cerita pasai mat rempit dok racing sebab menang duit dan boomkebabom eksiden dengan van hotel yang besaq gedabak. lepastu mat rempit tu pon tepelanting masok dalam longkang kepala bedarah darah. member mat rempit talipon ambulans ninonino masok hospital sultanah bahiyah. leher patah tangan pon patah. motor hancus terok tk boleh nak pebaik dah. mat rempit pon menyesal kerana sepatotnya mat rempit menyedari bahawa betapa bahayanya racing ni. sejak dari itu mat rempit pon tk penah naik moto dah sebab serik. mat rempit naik myvi ja. ha tu la karangan aku. section B, summary. senang jugok lah sebab banyak isi sampai aku tergedik gedik nak tuleh lebih 60 words haha. last sekali, novel. interesting character. dah banyak kali buat dengan sir nalla so tkdak la masalah sangat. ;)

last paper untuk hari ni, science (2). aku punyalah tumpu dekat jantung dan female & male reproductive organ, begitu jugak dengan pembiakan pokok. bila tengok soalan rasa tertekan sebab apa yang aku tumpu langsong tk keluaq. sangat menyedihkan, aku jawab exam dengan perasaan bebai hahaha. banyak keluaq form 2. tapi apa apa pon kena redha, cikgu pon pesan cikgu sengaja buat soalan standard lebih tinggi dari PMR. ek eleh setiap kali exam stadard soalan direct tinggi, susah gilaaa nak score. hari sabtu ni nak ajak abah shopping buku latihan kat popular. moga moga dengan pengorbanan abah beli buku kat aku, pandailah aku nanti. moga moga lapan A dalam tangan. moga moga dapatlah aku bersekolah 100% melayu tahun depan. haish..moga moga. SSI boleh!

ahad ni ada geografi dan science paper 1. memandangkan paper 2 aku tersangkot sangkot macam enjin vespa tua, kali ni kena pecut macam ferrari haha. mampos la exam terok kali ni dahlah ada perjumpaan waris. tkpa ni sebagai pengajaran. motivasi dan pembakar semangat agar aku lebih rajin lepaih ni. hidop macam roda. ada kala kita dok ataih ada kala kita dok bawah. so harap harap aku tk buat terok nanti kalau result cacat hahah. pmr masih ada, masa insyaAllah cukup lagi aih. insaf tengah jalan.

rileks..jangan pressure. mentel mau jaga..

0 komen di sini:

Post a Comment