CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 8, 2011

Mama Ibu Emak Ummi Mummy

Assalamualaikum. (Sunday, May 8, 2011)

bahagianya bila kerja kursus geografi telah siap distapler dan disalotepkan oleh aku sendiri tadi dengan bantuan nana. kemas dan comel. tesengih lebar aku bila semuanya sudah selesai. oh yes tadi pagi pergi sekolah sampai awal, 7.05am. selalunya aku sampai sekolah around 7.15 ataupon 7.20am. bangun dengan sangat senang, aku tk lemah longlai lembut gemalai seperti selalu, cergas bersiap siap, so awallah. still aku lupa bawak bekal dan baju kurung sekolah. jadi dari awal sampai balik lah aku berpakaian baju senaman yang besaq gedabak tu haha. nasib baik la tk jumpak dengan mana mana guru disiplin kalau dak mampoih la.

oh ya. masa PJK tadi tk main badminton macam biasa. nak amek berat dan tinggi. kak dayah kata benda ukur dan penimbang berat tu tk betoi, tapi memandangkan keputusan berat dan tinggi aku agak memuaskan, aku pon pecayalah hahaha. tinggi aku currently 159cm dan berat aku 42.6kg. tinggi meningkat dan berat pon gedik nak meningkat jugak! ni semua tk lain dan tk bukan, berpunca daripada aku dok melahap nasik pakcik munet kantin yang terover sedap tu. lauk beraneka jenis. kuih semua gebu gebu comel ja. macam mana berat tk naik? bila aku naik penimbang berat tu. chinese semua pakat tengok berat badan aku. pastu depa kata, "Woohh..kamu tk makan ka?" ==' apa kejadahnya aku tk makan, normal la tu. what the heck.

harini sesi persekolahan agak membosankan dan cikgu geografi masih belum kutip kerja kursus :)

lepas exam nanti insyaAllah aku nak keluaq tengok movie, Kongsi Nur Kasih The Movie & The Twilight Saga : Breaking Down. hahaha kemaih gila nak tengok sampai 3 movies, dengan nak kedarah shopping baju lagi, sumpah lama gila tk shopping, rinduuuuu sangat :'( so bermula dari sekarang aku dah start mengumpul duit. memang boleh mintak dari mama & abah tapi jadi satu kepuasan kalau aku tengok wayang & shopping guna duit sendiri. barulah stai huahua. oh yes lagi satu, bila nak beli another novel? semua novel aku dah habes baca. ==' satu lagi sebab aku nak keluaq lepas exam, ialah aku tk jumpa beliau dah sebulan lebih dah. langsung tk nampak muka tapi still contact lah. last time aku jumpa beliau, 2 April 2011 masa hangout sekali dengan kimy & syafiq. lama kan kan kan? huhuhu.

kepada beliau, good luck untuk exam hari esok. katanya selasa tapi tiba tiba sekolah percepatkan jadi esok. huahua nasibla, kena pulun la noh. tk boleh pakai hat orang kata form four ni honeymoon year, naik form five tekial kial hihi sape susah?

last but not least, Happy Mother's Day to my mama Puan Hanializa binti Abdullah. mama aku ialah mama paling hebat di dunia, paling penyayang di dunia, paling cantik di dunia, paling sporting di dunia, paling baik di dunia, paling lawak di dunia, dan segala macam paling yang bersifat positif tkdak sapa pon boleh tandingi. pendek kata she is the greatest mom in the world. jangan jeles :) how about yours?

I love you Mama. :')

0 komen di sini:

Post a Comment