CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 1, 2011

3d2n at Penang.

*assalamualaikum*

sempena cuti tiga hari termasok lah hari ni, 1 May 2011 bersamaan hari Ahad, mama dan my stepfather bawak satu family pegi ke penang. okayla tu kan cuti 3 hari jee nak becuti sampai mana hala. berbaloi lah tu hehehe.

-FIRST DAY-
bertolak lebih kurang pukul 2.50 petang. actually kena check in kat hotel pukoi 3 petang, tapi disebabkan beberapa masalah teknikal, kitorang betolak lewat dan sampai hotel pon lewat. sampai around 5pm. mama dan uncle uruskan hal check in, terus masok bilik tingkat 21 haha. selama 3d2n kat sana, we all menginap kat Paradise Deluxe Suit bilik nombo 2106 haha habeh aku habaq detail nohh. lepas rehat melepaskan penat apa semua, aku salin baju pakai tshirt dan short nak mandi kat pool. sekali dengan adik adik aku la kan -,- tapi tk lama lepas tu aku naik, disebabkan orang yang on duty kat towel counter tu tersangatlah poyo dan aku menyampah.

malam tu, kami pegi Hard Rock Hotel sebab nak dinner dengan kawan mama, Aunty Shila merangkap cousin kepada Dynaz. makan2 kat Italian Restaurant, sedap ooo. yang paling aku suka sekali, aiskrim dia. hampir nak tepejam mata aku ni menikmati aiskrim tu hahaha. aunty shila cakap hard rock cafe tk boleh masok sebab kitorang kan under 21. so lepas habes dinner, lepak kat lobby. ada band tengah buat performance, best jugak. kat situ kebanyakannya omputeh dan chinese. only loaded person can afford to stay there hehe. ada sorang pompuan ni aku tk sure chinese ataupon japanese ataupon korean, Ya Tuhan baju sangat seksi dahlah warna puteh -,- dok bekepit dengan boyfriend dia gila bapak hensem nak mampoih.

-SECOND DAY-
aku dah tk sabar sabar nak keluaq jumpak AINA SHOBRI!! saja tkmau habaq mula mula. bila on the way baru nak text beliau, nak buat surprise lah konon. puas aku pujuk mama pegi Queensbay, sebab aina cakap kalau aku pegi sana beliau nak belanja hehe sengih lebar aku. baru ja keluar hotel, nak text dia, tetiba dia sms aku dulu, katanya tkdak rezeki nak jumpak sebab dia kena pegi aloq setaq. teruih muncung sedepa. ergh dah banyak kali buat plan nak jumpak tapi tkdak satu pon yang menjadi. tkpala, teruskan plan ke Queensbay.

sampai sana, aku dah berazam nak shopping. yalah kan kat sana ada Forever 21, MNG, Elle dsb yang tkdak kat aloq setaq ni ha. but before that masok dulu kedai buku Borders. jauh lebih besaq dari Popular City Plaza muahaha. tapi kat sini tk berapa best sebab tkdak buku Malays yang best. so aku just round round dalam tu, tengok buku english, amek gambaq. aku ada jumpak satu kad ni, kad happy birthday untuk husband kot haha, RM38.00 fuiyoh tebeliak bijik mata oo. tapi worth la sebab kad tu tersangatlah cantik. then, mama kata nak balik dah sebab kena pegi rumah Nenek Su. alaa terus mood menurun sebab aku belum sempat shopping apa benda lagi. duit pon sekupang tk terusik lagi. tapi tkpala redha. untuk mengambil hati, uncle belanja makan aiskrim. weeeeeeha senyum lebar aku balek.

sampai rumah nenek su, lepak lepak sat. aku tengok nenek su alahai kesiannya, tersangatlah kurus. aku dok bayangkan apala nenek su dok rasa sekarang ni. dia tk kenal mama. err :') a few minutes later nana pon sampai dan my only bulat, Isyraq Hafeez jugak ada. hoyeah aku ciuuuuuuuum Isyraq puas puas. rambut dah panjang, gigi ada la 2-3 batang, pemalu pulak. alahai comelnyaaaaaa :) tapi apa yang tk berubah, pipinya. tetap maintain bulat macam dulu. cayalah!

-THIRD DAY-
yeah last day. bangun pukoi 8.30 pagi, besiap siap apa semua dan turun breakfast dengan kakak aku. makan nasik lemak, mix omelette, salad, pahtu apa benda lagi tktau. sumpah banyak gila kami makan hahaha. makan selagi boleh. paling sedap, kuih apa tktau nama dia. dahla comeeeel sedap pulak. sampai naik kembung perut ni haha. pastu jumpak dengan sorang nenek omputeh ni jambul dia warna pink sebijik macam lady gaga. lepas habeh breakfast, turun kat pool sebab nak tengok budak budak kecik tu. aku dah tk bernafsu nak mandi pool disebabkan pekerja haritu yang perasan bagoih tu. then, singgah pantai tapi tk lama sebab panas. kena panas sikit dah pening pening lalat, teruih aku naik masok bilik dan lepak.

lepas puaih lepak, aku besiap siap sebab nak check out. around 11am, pihak hotel talipon bilik bagitau, "Check out's time." eh helo, macam la sangap sangat nak duduk sini. blah la. tera guest yang dok kat suit pon depa layan macam apa lagi, tambah la bilik biasa, argh. siap packing semua, betolak balek naik feri tapi aku tk turun kereta pon sebab feri tu lelong dan aku pening. sampai rumah around 2.40pm kot, terus cabut tudung dan rebah ataih katil. fuhh, lega!

after all, best la jugak holiday kat penang dari dok teperap kat rumah kan kan hehe. walaupon aku langsung tk shopping, redha lah. kat aloq setaq pon boleh shopping what, even belum sampai tahap heaven haha. nanti insyaAllah kalau rajin aku upload gambaq kat facebook, kena pikiaq 2-3 kali jugak, sebab banyak mata-mata kat sekolah yang akan jadi stalker. walaupon aku tk berapa suka, tepaksa redha.

2 komen di sini:

Aina Shobri said...

haha sorry la takleh jumpak. serius tak expect ibu nak pi alor setar & sg petani. haha. lepas pmr kita plan btoi2 nah! haha.

sitisilminaizzan said...

alright! make sure kali ni jadi! dah tk larat nak rasa disappointed dah haha

Post a Comment