CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 3, 2011

Tears of Happiness

*assalamualaikum*

hari ni dengan penuh rasa bangga diri dan kembang di dada serta kegembiraan yang menjulang sehingga ke langit, homework tkdak dan folio geografi lagi lima peratus nak siap! hoyeah hoyeah~ lepas ni aku akan bergelut dengan folio dan kerja kayu untuk kemahiran hidup. kemaren baru dapat kayu. oh ya! cerita pasai kayu. baru teringat nak kena buat lakaran. haiyooo dah la lukisan aku pon tk berapa nak maju. tobat buruk punya tambah pulak tk boleh nak guna pembaris hahaha.

hari ni ialah hari yang...err. apa ya? oh yes. hari yang sangat aku bersyukur! dari kemaren sampailah 1.05 petang tadi, aku tk tenang walaupon masih mampu bergurau senda, bertepuk tampar dan bergelak ketawa. satu minit pon aku rasa tk sedap hati. dari pagi tadi aku asyik rasa panik dan takut tk tentu hala. sampaila tengah hari tadi, aku terlampau takut, aku tk penah rasa seram sejuk macam tu, entah berapa ratus kali aku dok bezikir sorang sorang sehinggalah satu masa tu aku menangis! ketakutan sangat menguasai diri. dalam kepala otak aku hanya terbayang beliau mengamuk, tk terima maaf aku dan macam macam lagi. tersedu sedan aku menangis dalam kelas tadi, nasib cikgu tk mai. syaza dan DALILOS memberi semangat, dan boys jugak langsung tk kacau aku, depa sangat memahami. thank you and I love all of you soooooo much.

aku asyik tengok jam. 12.30 tengah hari. Ya Tuhan rasa macam nak pecah dada. ayaq mata makin mencurah curah. gerun gila. dalam masa setengah jam tu memang aku nangis, nangis dan nangis. then jam dah pukoi 1.10 petang. loceng pon dah bunyi menandakan sekolah sesi pagi THE END. aku rasa loya macam nak pitam pon ada sebab terlampau takut. keluar kelas, tunggu aby. dah promise sama sama teman aku pegi bilik guru. khadijah pon ada. Tuhan, rasa besyukur sangat sangat sebab kawan aku sentiasa ada bila susah dan senang. tk putus-putus beri semangat dan kekuatan untuk aku. tk penah jemu pujuk aku. sampai depan bilik guru, makin menjadi jadi takut aku ni. tapi aku kuatkan hati dan beranikan diri, aku masok dan terus jumpa orang berkenaan.

jantung berdegup semakin pantas. panik.

terus aku capai tangan beliau, salam dan cium tangan. cepat cepat aku mintak ampun. automatik ayaq mata aku turun dengan deras. sebak dan sedih ni hanya Tuhan yang mengetahui. beliau gosok gosok kepala aku dan sempat lagi pesan, "Belajaq sungguh-sungguh narh.." sekali lagi aku salam tangan beliau dan cium, nangis teresak aku. then selesai semua aku keluaq, menangis still tk berenti sebab terlampau lega, bersyukur dan happy. agak peninglah jugak sebab dari pukoi 12 lebeh lagi aku dok nangis kan hahaha. but whatever it is aku dah tk heran pening ke apa, yang penting sekarang masalah aku dah settle! dah boleh senyum seikhlas hati. dah boleh makan penuh selera.

sangat sangat beterima kasih kepada sahabat sejati dunia akhirat, Dalila Athirah, Syaza Masturina, Nur Zuriyaty dan Siti Khadijah yang sentiasa ada di samping aku tk kira aku happy atau sedih. sama sama terasa impak bila aku ada problem. selalu bagi sokongan dan dorongan. I love you so much and thank you :')

0 komen di sini:

Post a Comment