CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 23, 2011

It's Not Worth.

*assalamualaikum*

ni nak bagitau kat semua pembaca blog saye, saye tk meses dengan boyfriend saye eh silap, saye tk text dengan boyfie saye dah due hari dah dan saye rindu die sangat sangat!

Subhanallah. sumpah rasa nak penyepak ja sapa yang selalu tuleh macam ni dalam blog atau status kat facebook. yang tu pon nak habaq? kot ya pon nak habaq, elok elok la kan ni dak. hahaha. jelas kelihatan unsur kegedikan yang melampau kan kan kan? memang tipulah kalau rasa tenang ja bila baca benda alah ni kecuali la bagi orang yang tuleh macam ni kan haha. ampun jangan terasa, cuma nak bagitau sahajee yang aku meluat. "ek eleh macam cara kau tulis bagus sangat?" memang bagus pon! :P

apa apa jelah.

tadi melepak kat rumah mama dari tengah hari sampai malam. semua ada kecuali abah huhu sedihnya -.- kalau parents aku tk becerai, kat rumah tadi mesti ada cukup semua lapan orang kan tapi nak buat macam mana. err serius sebak bila tiba tiba teringat. fui aku sanggop kasi apa saja untuk mengembalikan keadaan normal macam dulu. eh sekarang tk normal? bagi aku tk. huish mampos kalau mama baca ni haha. but whatever it is aku memang tk boleh nak bohong diri sendiri lah, aku lebih suka family aku macam dulu. dulu pon aku kecik lagi tk paham apa benda alangkah bahagianye huhu. bayangkanla parents aku becerai tk silap aku bulan julai 2008 iaitu sebelum aku UPSR. semua cikgu acece macam concern je kat aku time tu, aku masih ingat lagi Puan Balilah, Puan Samihah & Puan Hapipah semua pakat tanya apa kes aku asyik murung kat sekolah. wulahmak setiap kali dorang tanya, aku akan cerita dengan penuh sedu sedan. alah dah 12 tahun beb dah cukup matang dah kot nak paham bab cerai berai ni tu pasal aku asyik blur ja bila mai sekolah.

tipulah kalau aku cakap aku tk penah stressed pasai benda alah ni even dah 3 tahun berlalu (terasa sekejap jeeee). hoi! memang aku nampak happy, gelak serupa orang terencat akai, mengusik orang sana sini tapi hati aku sape tahu? aku & Tuhan je yang tahu okay. kekadang bila dengaq cerita member member pasai becuti sana sini dengan family, tengok photos sesapa dalam facebook 1 family buat gathering ke apa benda, Ya Allah, hanya Tuhan yang mengetahui betapa jelesnya aku :'( walaupon memang ada member yang krisis dalam family dorang tapi bersyukur la woi, mak bapak masih satu bumbung. bukan macam aku ni ha, sorang kat sini sorang kat sana. tau tak betapa susahnya aku nak terima kenyataan yang mak bapak aku bukan macam orang lain dah? amek masa tau tau tau. bukan sekelip mata je aku boleh terima mak bapak aku becerai. its not that easy man. siang malam aku nangis beb. sape tahu? aku jee tahu. rasa semua orang tk adil sebab buat macam ni kat aku (eleh over je kan kan). so kepada sesapa yang ada happy family tu, besyukur okay. sekali korang jadi macam ni, sedih tk sudah.

paling aku tk boleh lupa, tragedi masa aku baru balik sekolah. abah amek aku macam biasa. sembang sembang macam biasa. normal. tiba tiba abah bagitahu yang mama dan abah dah seperate. aku tk pecaya langsong cakap abah masa tu. aku cakapla abah tipu pastu aku terus nangis tk berenti. abah pon stop keta tepi jalan terus nangis jugak. fuiyo dalam kereta at that time cuma aku dan abah je. dua beranak dok nangis macam orang gila tepi jalan. orang yang lalu lalang tepi kereta tengok pelik. hurh..apa ku kisah? yang penting aku sedih dan aku nak nangis. mak bapak aku cerai, apa ingat aku gila nak gelak kui kui kui? mestila nangis kan huuuu~ lepastu abah dah ok sikit then beliau pujuk pujuk aku pastu balik. masa tu yes aku darjah enam. gila betui. tapi yang paling mengharukan sekali, masa nak amek result UPSR, aku dapat 5A woh. terus aku peluk nenda aku. sumpah tk pecaya dahla family aku serupa dilanggar geruda, pecah belah sana sini but aku still mampu dapat 5A. abah pon aku peluk jugak hoyeah tapi mama tkdak masa aku amek result sebab beliau kena kerja. tahun yang sama, kakak sulung aku amek PMR dan kakak aku pon bejaya dapat 8A. tapi tkpela kakak aku kat asrama, at least dia tk dengar & lihat apa benda yang dah jadik kat rumah, aku ni ha, aku yang saksikan semua.

tapi, setelah 3 tahun berlalu. aku mula dapat terima semua ni. walaupon kakak kedua aku berapa banyak kali memberontak. tk jumpak & tk cakap dengan mama. aku pon penah ada konflik dengan abah, aku tk jumpak & cakap dengan beliau selama 6 bulan. sekarang ni alhamdulillah semua dah ok cuma begadoh maki hamun kat rumah ni dah biasa bagi aku. tapi macam mana biasa pon aku tetap stres kadang kadang. tetap jugak tewas dan menangis kadang kadang. ada yang aku mengadu kat member dan beliau, ada yang aku pendamkan sahajeee. ada jugak aku cerita habeh kat mak sedara aku kat shah alam dan aku buat keputusan nak pindah sana sebab aku tk tahan dok sini semua asyik dok memaki hamun sesama sendiri. tapi mak sedara aku cakap better habehkan pmr dulu pastu nak pindah sampai mana hala pon tkpa. yeah setakat ni aku masih mampu bertahan. malas doh nak nangis banyak banyak kali, tk berbaloi pon. benda dah jadi. aku sebagai anak ni, kena terima ja. apa hak aku nak halang mak bapak aku punya keputusan? sekarang ni mak aku pon dah selamat kawin dengan orang lain tapi abah masih lagi single. abah jenis take it easy dan cool, tk mudah melenting so tkde la timbul banyak masalah sangat. tapi aku tk tau la hati abah kan. for sure beliau sedih jugak, same goes tu mama. aku cuma boleh nampak secara fizikal tapi kat dalam sape tahu.

sekali lagi buat yang masih ade happy family tu, jaga elok elok ok family korang. sekali jadik macam ni, menyesal beb. tk mudah nak terima semua ni. lagi satu buat member yang sangat aku sayang, sudah sudahlah tu mengtuk mak sendiri. ingat Allah banyak banyak, nabi tk penah ajaq dok mengutuk mak ni. hidup tk ke mana kalau dengan mak sendiri dok buat lagutu. tk aman kalau dah jadi anak derhaka.

itulah aku malas nak mention pasal family ni, for sure akan tangkap leleh punye. sebab inilah tiap2 tahun masa qiamullail kat sekolah, asal solat je aku menangis tk mau2. okay case closed, emosi pon dah terganggu. bye for now.

2 komen di sini:

uCh3e said...

sabar yea...msty ad hikmah disebalik kjadian nie...

sitisilminaizzan said...

yaa thanks :)

Post a Comment