CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 3, 2011

Almost Half of the Day.

*assalamualaikum*

kemaren aku tk update disebabkan busy yang teramat hahaha acece. actually pagi kemaren ialah hari yang aku dan para gengku rancang untuk keluaq ke library. tujuannya untuk cari bahan kerja kursus sejarah (Majlis Bandaraya Alor Setar) dan juga have fun hahaha. aku keluar rumah ikut mama pukoi 8.30 pagi, then amek ismah kat bustop Simpang Kuala. mama meneruskan perjalanan dengan menaiki waja pergi ke holiday villa.

sampai sana, aku tk ketahuan arah tuju. nak lepak kat lobby, ada orang. adui ceringnya. kami memutuskan untuk lepak kat luar city plaza sahaje. sembang sembang kat sana sampai 9.30 pagi. then nak pergi mcD, tiba tiba khadijah call suruh tunggu kat library. so kami pon berpatah balik pergi library. tunggu dia & syaza masturina sampai 9.45 pagi, then kitorang pegi balik ke mcD. beberapa minit kemudian jie dan azat datang. dan kemudian aby dan DALILOS pula menyusul. masing masing pakat merasa makanan free yang telah sukarela dibeli secara kongsi oleh aku, khadijah, ismah dan syaza. seperti yang kalian sudah tahu di blog DALILOS. kasut beliau yang terlampau over tinggi itu telah terkeluar tapaknya akibat selalu dilanyak oleh kaki DALILOS. hahaha. dan juga seperti yang beliau kata,

"KOPI MCD TERSANGAT PAHIT. BATUK SAMPAI MERAH MATA AKU AKIBAT DITERJAH RASA PAHIT YANG SEBEGITU TERUK." yuckerr, kopi tersebut sungguh nightmare.

kemudian kami pergi ke library. cari bahan dan fotostat. yay, nampaknya elemen 1 kami alhamdulillah siap lah (kot) hehehe. kemudian syafiq pon datang. YEAH! budak yang april fool-kan aku sudah memunculkan diri. kalau ikutkan hati aku yang penuh membara dendam ni, rasa nak lanyak ja mangkok ni cukup2. tapi memandangkan aku ada di library iaitu tempat awam, aku harus menjaga tatasusila dan adab sopan sebagai seorang anak perempuan kepada Encik Mohd Pauzi dan Puan Hanializa.

beberapa minit kemudian..

raksaksa datang! raksaksa datang! membawa laptop dan camera nikon! ohh lari lari! Kimy si hidung, jangan marah. saja nak melawak. haaa..lawak dak? hahaha. aku tau aku tau. beliau mencuba untuk online di library tapi disebabkan maybe pihak library tk bayar bil hehehe, tk boleh la beliau nak online. dan disebabkan boring, kami pun blah untuk menuju ke Pak Hainan.

di Pak Hainan...

suara suara dan gelak ketawa kami bermaharajalela di situ seperti orang terencat akai tambah tambah aku dan aby. dan sesi ber-photoshoot pon bermula. couple meja sebelah kami tu asyik menjeling tk puas hati.. apa? nak tempat aman dan sunyi..balik rumah la. bukan selalu kami nak bergelak ketawa teruk sebegitu. aby, syafiq, DALILOS dan kimy bersatu padu buat lawak sampai aku gelak merah muka. nasiblah TOP belum wujud masa tu. kalau tk..hui malu makcik. ismah yang tktau apa tu pon turut menyibukkan diri untuk gelak.

beberapa jam kemudian..

selamat tinggal Pak Hainan. amanlah kamu lepas ni. kami memutuskan untuk jalan jalan. dan aby kembali kepada buah hati pengarang jantung beliau. kami pon jalan dan jalan dan jalan dan jalan sambil berphotoshoot, menunggu kedatangan YAB Hasif Mohd Hafiz dan YAB Muhd . Fahmi. mereka tersangatlah lambat bagaikan menunggu inai di jari mahu kering.

jumpa YAB-YAB tersebut di food court dan terjumpa juliana dan abangnya yang boleh tahan stai. lepas YAB habeh makan, beliau pon mai lepak dengan kami rakyat jelata.

dipendekkan cerita.

aku membeli dua buah novel baru. tersangatlah bahagia rasanya. dan aku jumpa kawan lama iaitu aifa, nurlina hosni, juliana dan zul hilmi. arep? ohh dia bukan kawan lama. dah bosan tengok muka dia hahaha. kepada DALILOS, jangan sedih lagi, ramai lagi yang much better than him dan aku tau memang senang aku cakap, susah hang nak terima. whatever it is, stay happy dan sabar saja okay. Iloveyou :)

syafiq herman yang aku tktau beliau baca ka dak blog aku ni, memang sumpah best keluaq dengan hang. aku tk boleh lupa lawak dekat kedai kakak hang tu, serius lawak gila. kita saja yang paham kan kan kan? aku tk sangka budak tu boleh buat lagutu. tobat kak hang redha ja kalau dy perasan hahaha.

kimy, terima kasihlah atas perbelanjaan hang ke atas french fries dan ice cream aku kat pak hainan walaupun aku janji nak bayaq balik tapi tk bayaq pon hahaha. nanti aku make sure kita keluaq tk boring dah. first time hang out dengan hang, aku sangat suka sebab tersangat lah best! memang WOW lah :P

thanks guys for making me crazy. I love all of you.

0 komen di sini:

Post a Comment