CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 25, 2011

Percy Jackson vs Hantu Kak Limah

*assalamualaikum*

hoyeah. hari yang sangat memenatkan dan meletihkan. lenguh satu badan ni makcik oi. pagi tadi dengan penuh gaya ala minah alim, tudung boleh tahan labuh sebab mama punya dan juga beg boleh tahan besar mama punya, aku lenggang kangkung pi sekolah. dahla lambat, dok buat pala stai. hahaha. alah bukan selalu kan aku lambat. lagipon bila aku sampai tu, apa benda pon tk start lagi. dari jauh aku dah nampak tocang dendan syaza. HAT TUIH! pikiaq dia budak kecik kot? ahaha.. nasib comey. kalau dak, memang kena paria kat hang syaza oi.

training netball tadi sambil diperhatikan oleh guru penasihat netball yang juga guru tingkatan aku iaitu Puan Rosilah Tasu. nasib cikgu sporting, so tkdak la boring sangat game tadi. penat ja nak control DALILOS yang sememangnya menjadi favourite dia buat aku pening lari kiri kanan -,- stop main pukoi 10.30 pagi sebab aku mengadu penat. kononnya nak rehat sat saja lepas tu sambong main game, hahaha tapi dah malas nak buat cemana. esok ada lagi pukoi 10.30 pagi sampai 12.30 tengah hari. fuhh penat.

selesai netball, balik rumah syaza. aku naik basikal aby disebabkan tuan dia malas nak bawak. sambil sembang bohong bersama syaza dan DALILOS (aby tkdak, jumpak KA pengarang jantung beliau) akhirnya sampailah kami berhampiran kedai roti canai. KA dia pon mai hantaq aby vroom vroom naik moto merah. disebabkan ada krisis apa tktau antara aby dan pengarang jantung beliau, aby pon amek basikal dia dan terus balik. haish. apa lagilah antara mereka ini ya? tutup cerita. malaih nak jadi minah penyibuk :)

sampai rumah syaza, tk boleh masok. kunci tkdak dan tkdak orang dalam rumah. nasib la 2-3 minit kemudian mak dia balek dengan membawa barang dari pasar. hehehe.. dalam kepala otak aku dah terbayang ayam goreng. nyum..sedapnya. syaza sedia apa yang patot. dialah bersiang, dialah jerang ayaq, dialah basuh ayam, dialah masak nasik, aku dan DALILOS tercongok depan tv tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah. apa punya cerita, asyik buat aku gelak ja. jeng jeng jeng! nasik siap. aku pon makan. fui! disebabkan perot yang lapaq. aku lahap ja apa yang ada kecuali ikan. tktaula.. bila ada ayam aku dah pinggirkan ikan. rasa macam nak tambah sebab tk kenyang lagi tapi cek segan aih. DALILOS amek sampai 2 ketui ayam. huui.. sakan hang noh.

selesai makan. hantu kak limah juga selesai. kami tengok Gulliver's Travel. tapi sekerat sebab tk berapa menarik. so pasangla Percy Jackson apa benda tktau. handsome gila hero dia. heroin pon comel muka ala ala Selena Gomez. mengadap la kami movie tu dari awal sampai habeh. lepas habeh, aku besiap dan teruih keluaq bersama sama syaza dan DALILOS sebab abah dah on the way. duduklah kami di bus stop. tapi syaza tepaksa masok awai sebab dia baru teringat dia ada tusyen pukoi 5. padahal masa tu dah 4.49 petang. LOQLAQ. tecongoklah aku dan DALILOS di situ. aku nampak keta abah. tapi abah bawak steady laju ja ke depan. huui, abah telajak! tejerit jerit aku kat bustop tu tapi macam la abah nak berenti. tambah pulak abang si DALILOS dah mai. sorang sorang la aku di situ. kalot aku calling calling abah. sebaik abah patah balik. kalau tidak...

so baliklah aku lepas mengharungi hari yang begitu memenatkan. hah! nanti nak kena inform kat Aina Shobri bahawa aku tk boleh pergi seminar PMR kat Kolej Insaniah sebab 29 April sampai 1 Mei aku akan berada di Penang. tapi tk confirm lagi pasai tu. adui.. tk boleh jumpa aina.

malam ni balik kampung. YAAAAAAAAAY syoknyaaa. kalau larat malam ni lepas balik kampung, kena buat blog kat arep. nasib hang kawan aku & member TOP. kalau tidak...

0 komen di sini:

Post a Comment