CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Thursday, March 10, 2011

I'm Back :)

*assalamualaikum*

sumpah rindu gila kat blog ni. aku tak ingat bila kali terakhir aku pegang laptop. mungkin masa pi stadium hari tu kot? maybe lah. rasanya kalau nak cerita semua sepanjang hari hari yang aku LALUI ni hehehe, berjela jela dan jela jela dan jela. tkpa! aku cerita takat mana yang mampu.

first of all, nak bagitau sebab sebab aku private kan blog dan deactive kan account facebook aku.
  • krisis masalah problem yang terjadi dan berlaku dalam family aku ni. aku tersangat stress, serabut jiwa, sakit hati, geram, sedih, marah, tekanan (sama la jugak dengan stress), aku menangis tak berenti, makan pun kurang (kalau DALILOS tk pecaya, wait and see berat badan aku sah turun) sampai aku takdak mood nak buat semua benda. aku memutuskan untuk sekat segala cara untuk orang contact aku kecuali telefon. biar orang orang tertentu sahaja yang tau masalah problem aku. sumpah aku tak tentu arah. macam orang gila.
  • agak bermasalah dengan mangkok kesayangan aku tu. dah.. malas nak ingat balek. tkpa. masalah dengan mangkok kesayangan tk teruk mana sangat pon. masalah family tu yang tk boleh tahan. almost every day ada suara yang macam guruh, satu rumah boleh dengar. Ya Tuhan. serius aku sakit jiwa.
okay. tu ialah dua punca utama aku menyekat hubungan sosial di internet ni. sebab lain ialah aku malas. tapi langsong tkda kena mengena dengan exam. kalau sebab PMR, dari bulan januari lagi aku dah sekat semua ni. online bukan masalah bagi aku untuk amek pmr. budak2 ada fb pun boleh 8A. so apa masalahnya. bahagi masa dahla. jangan over addicted dengan fb, blog, ym, dan segala benda alah yang seangkatan dengannya. simple :)

seperti mana yang tertera di blog DALILOS tu, yea aku memang ada pegi stadium dengan dia haritu. dia tk buat cerita bohong, jangan risau. dan pasai perasaan aku ada member2 fb tegoq tu, haih bohong la kalau aku kata aku rasa steady ja. mesti la ada keterujaan tu jugak. tk penah2 jadi femes, tetiba boleh orang tk dikenali tegoq aku siap panggil nama penoh. hihihi. syok :) dan macam DALILOS kata ada ramai budak ampang kat sana kan. mesti ada yang kata aku dating kat sana sebab tu terhegeh hegeh nak pi stadium. mangkok kesayangan tk pergi stadium sebab dia main pergi main badminton. haa pakkob DALILOS pun tk mai. so kami pergi stadium sebagai gadis single sementara. hehehe..

selepas kejadian stadium tu, tkdak apa yang menarik sangat. 8 mac, 9 mac dan hari ni (10 mac) aku exam buat pertama kali dalam tahun 2011. first subject hari tu, english. macam biasa 70 questions dalam masa 70 minutes. bolehlah tahan, banyak soalan berkaitan dengan grammar. insyaAllah A atau B kot, tapi aku target A lah. then, geografi. tkdak la susah macam yang aku dok bayangkan.

selasa, Bahasa Melayu. yeahh macam biasa ada saja soalan yang mengelirukan kepala otak aku. tapi tkdak la susah macam soalan tahun lepas yang standard SPM tu, gila lah -,- lepastu science. wulahmak happy gila aku jawab soalan science. senang! tahniah la kepada Encik Ghadafi kerana buat soalan senang senang. tapi di akhir soalan aku mengalami sakit perut yang teramat sangat. sejarah 2008 kembali berulang. sakit perut masa tengah exam. so berbaki 15 minit, aku pergi toilet. uruskan apa yang patot. lepas science, sejarah. ada yang sangkut, ada yang boleh jawab. aku mengekalkan rekod aku, tk penah dapat b dalam sejarah sepanjang aku di sekolah menengah. alhamdulillah :)

hari ni, dimulakan dengan exam Pendidikan Islam. masa diberi 1 jam 10 minit. tapi soalan maha banyak. aku dok heran. tahun lepas 5 bahagian, bagi masa 2 jam tapi tahun ni 6 bahagian tapi cuma 70 minit saja. tapi aku tkmau pikiaq banyak satgi takot tkdan. serius aku jawab laju gila ( tapi tkdak la sampai tahap hentam semua). alhamdulillah la tkdak la soalan yang terok sangat yang membuatkan aku fed up. tapi lenguh tangan. tulisan mulanya lawa ja, mai tengok jam masa nak habeh tudia tulisan, ish ish harap ustaz paham la apa yang aku tuleh. lepas habeh jawab, aku baru tau boleh pilih soalan mana nak jawab, bukan kena jawab semua. rasa aku bodoh gila sebab tk baca arahan. dapat kertas terus jawab. bengapnya -,-

lepastu mathematics. adoi. macam nazrin kata soalan tu buat lawak. mentangla tk boleh guna kalat, bagi soalan maha punya susah. gila macam mana nak dapat A. aku tengok semua pakai buat muka senoi. aku serabut. tudung terherot sana sini. meja penuh dengan segala habuk pemadam, pen dan benda seangkatan. kertas soalan berconteng penuh. sesungguhnya aku redha menerima apa saja keputusan aku. hahaha. untuk last paper, Kemahiran Hidup, sederhana. ada yang susah dan ada yang senang.

conclusion nya, aku sedaq yang result aku akan cacat sebab wujudnya soalan mathematics macam tadi :)

2 komen di sini:

King Fabulous said...

:) no komen

Silminos said...

leh ish no komen tapi komen jugak hahaha :P

Post a Comment