CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 11, 2011

Alhamdulillah

*assalamualaikum*

yeah, selamatlah aku. ujian dah habes, sekarang ni dah start cuti. insyaAllah esok malam aku akan bertolak ke Terengganu. fuh fuh fuh excited gila. tapi esok pagi aku keluar town sebab nak kena pergi Dewan Bandaraya, sebab nak siapkan kerja kursus sejarah. nampak macam complicated ja. dahla kena temu ramah makcik pakcik kat sana. adoiyai sumpah tak reti. apa pasal la kerja macam ni cikgu bagi masa student tengah sibuk bergelut dengan PMR? hahahah.

aku akan berada di terengganu selama 4 hari 3 malam. so nampaknya perancangan aku bersama DALILOS dan mangkok kesayangan untuk bermain badminton bersama sama dengan student ampang yang lain tak jadi lah kot kali ni. insyaAllah next time. banyak lagi masa kan :) mangkok kesayangan dah bagi jaminan yang dia akan belanja. hahaha terbaik. kepada DALILOS, kalau jadi main, kita dua nah. sumpah malu kalau main dengan orang lain sebab hang ja yang paham macamana teruknya badminton aku. hahaha

sekarang ni aku tengok ada sorang member aku semakin meningkat nampaknya. ujian mac ni beliau dapat 6a 3b. yes! dia amek 9 subjek. memang berani. subjek tambahan yang beliau amek ialah Bahasa Arab. beliau sekolah kat SMKTSR. dan beliau ialah Nur Sarah Afifah binti Tajul Annuar. waaaa, pandai hang noh! dah boleh lawan aku dah ni. hahaha. whatever it is forget lah about your past and think positive for your future, sama sama kita chaiyok 8A PMR!

DALILOS, pasai capillary tu, aku pun taktau. aku boh alveolus. hang jangan confident sangat dengan jawapan aku. aku saja nak tunjuk pandai depan minah gedik joe shin tu. hahahah. actually aku pun taktau betoi ka dak. redha weyh. ujian lain berusaha lagi. hehehe.. esok aku bagi mp4 hang okay. dah siap dah. siap lagu hindustan pun aku bantai boh jugak. pandai2 hang la delete hat mana tak bekenan.. hehehe

okay nak pegi makan :)

p/s: agak serabut jugalah blog terbaru ni. aku pun taktau apa nak jadi kat dia. hahaha. dan tetiba rasa minat sangat dengan lagu firework. lirik dia memang the best :)

1 komen di sini:

Nur Sarah Afifah said...

hahaha. panjangnya post. malas mengeja.~ haha

Post a Comment