CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 10, 2011

PMR Is Coming, Bodoh!

*assalamualaikum*

helo bloggers and readers. how's your day? mine was boring. hehe.

tadi balik sekolah aku pening rasa macam nak tumbang. sebab dalam kereta aku saja galak gatai dok meneropong. bila dah teropong tu kepala pusing. sumpah pening gila. aku dok teropong menara. besaq gila. nampak macam gergasi. last last bila dah rasa otak ni mabuk aku tidoq dalam kereta. balik rumah sambong tidoq sampai pukoi 5.57 petang. nah, zohor ke mana? hahaha.

hari ni 10 februari 2011. bulan mac ni ada ujian pertama untuk tahun 2011. cikgu maths kata, 20% masuk soalan form 1, 40% form 2 & lagi 40% form 3. wulahmak kalau naik soalan prime factors macam mana? serious aku lupa habeh semua tu. baru maths. belum lagi science. tajuk apa form 1? tera water and solution form two pun aku ingat ingat lupa. macam mana sejarah, geografi, agama & kemahiran hidup? bm & english takpa. baru ujian mac. rasa macam aku lupa diri & lupa daratan. lupa. lupa. aku TERlupa tahun ni ada PMR.

mood aku nak belajaq, sangat jarang. aku pun risau taktau nak buat macam mana. pikiaq balek, PMR tak silap 5 oktober, so sempat ka aku nak cover balik silibus form 1 sampai form 3 yang aku sangkut tu? terus meremang bulu roma. adakah aku sorang saja yang panik macam ni ataupun ramai lagi? sebab aku tengok budak2 lelaki kelas aku semua macam tak ketahuan arah tuju. hilang pedoman dan harapan. semuanya spesies main dulu baru belajaq. -,- err tapi orang macam ni jugak yang akan dapat flying colours nanti, trust me.

tahun 2010, budak pmr yang berjaya dapat 8a semuanya 80 orang. tapi dalam 80 orang tu melayu hanya 4 orang. bayangkan, tak sampai satu peratus pun. tahun ni wallahualam. calon pmr sekolah aku tahun ni 447 orang. cina aku tak kisah mampus pi. tapi yang melayunya berapa orang nak dapat 8a? sat nak kira berapa budak melayu form 3. hmm.. lebih kurang 30 orang saja kot. dalam 30 orang tu. agak agak ada dak budak 8a? insyaAllah. mesti ada.

tadi syaza kata kat aku, "hang mesti dapat 8a punya nanti." fuuh jangan. aku takmau over confident. aku tau setakat mana kemampuan aku. memang betui 8a tu tak mustahil tapi setakat ni, dengan usaha aku yang tak seberapa sepanjang 2 bulan aku jadi pelajar form 3, aku tak berapa nak yakin. aku taktau macam mana nak rajin. aku tak reti nak disiplin. memang betui kerja sekolah aku tak pernah miss *yang aku betui2 tak reti, TERPAKSA tinggai la hehe* tapi setakat kerja sekolah mana cukup. seems to be aku kena do something before it is too late. aku ketaq bila cikgu jo kata, soalan science dalam PMR banyak soalan pelik pelik. mengerikan bila tengok soalan mathematics yang agak memeningkan. betui, aku boleh buat mathematics tapi soalan PMR mana boleh nak jangka. tambah pulak PMR akhir zaman ni. tobat depa bagi kaw kaw punya.

ni yang nak kena buat transformasi ni. tapi orang kata cakap berdegar degar pun tak guna kalau satu apa pun tak buat. sungguh aku tak reti nak start dari mana. cukup ka sehari belajaq 2-3 jam? ataupun kena 5-6 jam? macam mana kalau bosan? macam mana kalau buat latihan, tapi tak reti nak jawab? fuh fuh fuh. aku perlukan seorang pembimbing. Nik Nur Madihah, sila datang rumah. ajaq saya sat. -,-

PMR dinanti dengan penuh debar. penuh ketaq. penuh panik. kena tarik nafas dalam dalam. boleh dikatakan ramai orang anggap PMR suatu beban. buktinya ramai budak form three tanya, "boleh dak kalau takmau ambik PMR?" dan ada juga orang kata, "bila PMR nak habeh?" *fewit start pun dak lagi cuma pikiaq nak habeh saja*.

kalau abang abang dan kakak kakak senior baca, maybe depa akan mencebik. "alah setakat PMR dah nak kecoh satu dunia. bajet macam bagus. pmr ja bukan SPM." tak kiralah. ujian bulanan pun penting. kalau ada pemikiran macam ni hancus la. dok anggap tak penting. bila mai hat yang penting baru nak kalot buat ini itu. apa apa pun pmr tetap penting kalau dak takkan cikgu pun pulun. takkan tv & paper saja saja nak buang masa masokkan news pasai pmr. takkan kementerian pelajaran nak peningkan kepala pikiaq pasai PMR. feww. tapi pasai pembubaran PMR tu wallahualam. bagi aku PMR, SPM, STPM & UPSR semuanya sama penting.

dimulakan dengan Bismillah. disudahi dengan Alhamdulillah + HOOORAY.

I can do it. We can do it. Form 3 2011 will beat the rest, insyaAllah.

0 komen di sini:

Post a Comment