CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 12, 2011

Am I Fussy?

*assalamualaikum*

fewit kemaren hari cuti tapi aku tak update blog. kesian blog kan. fuh fuh. nama saja hari Jumaat tapi aku busy mengalahkan hari sekolah. pagi sampai tengah hari ada perjumpaan krs, petang sampai tengah malam aku balik kampung. memang setiap jumaat aku akan balik kampung menjenguk pak su & family yang menjadi favourite aku sangat sangat tu. hehe..

perjumpaan krs kemaren macam tak ketahuan hala. sebelum rehat, kawat macam luar biasa. dalilos sebagai seorang kopral yang dilantik secara rasmi membiarkan kami terkontang kanting. hehehe.. akhirnya ada penyelamat. kak zhaf ketam! yeah.. ingatkan dia boleh refreshkan kami secara sempoi dan santai. belum apa apa lagi dah kena pumping 11 kali atas tar yang tersangat soft dan comfortable tu. wulahmak.. pandai kak zhaf cari peluang nak lepas gian. cayalah..

masa rehat aku balun nasik lemak 2 bungkus. pakli & irfan yang tolong belikan. nak harapkan kedai sinaran, maggi jelah. fuh botak aku kalau tiap minggu makan maggi. baik aku makan benda yang berkhasiat. so bersila la aku kat depan sinaran tu menghadap nasik lemak yang agak sedap lah juga, macam orang merempat hahaha. yalah takkan aku nak menyibuk menayang muka kacau sweet couple nak makan kan. baik aku amek keputusan makan bersama member lain yang lebih sempoi.

lepastu matpit mai. time tu aku dah berdebar debar, mintak mintak la mattop tak mai. yalah kan aku tengah besila macam orang merempat makan nasik, mattop mana boleh tengok. habisla saham aku jatuh merudum.

lepas rehat aku & sapa lagi taktau masok la sekolah. tapi ada la jugak pala pala yang pikiaq depa habeh stai sangat, lepak kat luaq. yang tak tahannya ahli ahli fresh pun buat lagutu. baru aku paham.. krs ni bagi depa peluang untuk lepak. kalau masok unit lain tobat takleh lepak punya. depa ingat krs ni benda pa.. unit clubbing? unit sosial? unit lepak? kalau masok setakat nak jahanamkan krs. lebih baik blah. biar kurang ahli, jangan ahli saja lebih tapi perangai cam budak tak pi sekolah.

okay mampoih pi kat depa. form four ni kami nak blah, so yang tetinggai tu pandai pandaila urus krs.

lepas rehat main aci ligan. sebab ramai dah merungut penat nak kawat. padia kawat lama lama.. boring. bukan ada arah tujuan pun. nak kata masok lawan natang pa pun dak. so uat apa penat dan susah payahkan kaki ni untuk kawat.

lepastu balik. dok rumah aku tidoq la apa lagi. penat tau. bohong la kalau tak penat bila dah kawat & main aci ligan tengah panas. so sebagai seorang manusia yang normal dan mengerti erti penat lelah, aku pun tidoq untuk merehatkan diri. abah nak mai amek pukoi 6, so aku set jam bangkit pukoi 4. hehehe.. 2 jam diperuntukkan untuk bersiap siap & makan.

dipendekkan cerita. aku pun dah siap dengan baju baru. fuh! jangan main2. pemberian nenda tercinta ni. toksah tanya la lawa ka dak. mestilah lawa. blaus putih & ada bunga bunga warna hijau muda. fulahmak. rasa muda bila pakai baju tu. simple ja. okay pendekkan cerita lagi. aku pun sampai rumah paksu. time ni tak habeh lagi bengang dengan sorang budak kecik ni. mood macam barua tapi aku senyum jugak la. gelak jugak la. kesian paksu kalau aku buat muka buruk pi rumah dia. seminggu sekali ja.. kena la gelak habeh habehsan dengan dia kan. cover la woi.. jangan over ngat kalau badmood pun. kan kan kan?

aku pi sana bawak novel. paksu tengok novel aku. fulahmak sekali dia bukak novel tu.. punyalah luas! sampai nak tecabut! spontan aku jerit satu rumah dengaq. paksu cuak. aku buat muka kesian. wuuu... jangan bukak luas luas sangat.. nanti rosak novel aku.. awatla semua orang tak paham aku. bukak sikit sikit dahla. kalau luas sangat nanti novel cepat lekang. apa salahnya kalau jaga novel elok elok? tak bedosa aih..

betui ka ada novel baru JUTAWAN GEDIK by AIN MAISARAH? ni yang nak kena beli ni.

p/s: gian yang teramat sangat untuk shopping..
      kepada team krs yang urus pasai rombongan ni. bagi jadi tau pi Bukit Merah. tak sabaq gila ni. hehehe..

0 komen di sini:

Post a Comment