CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Wednesday, February 16, 2011

Perempuan Bertudung Tu Hipokrit?

*assalamualaikum*

fewit berapa hari eh aku tak update? nak kata sibuk tak, sebenarnya KEMALASAN. hehe. what-so-ever. 

sepanjang aku hidup selama lima belas tahun plus plus ni, selalu sangat aku dengaq statement ni.

BUKAN SEMUA PAKAI TUDUNG TU BAIK. ADA ORANG PAKAI TUDUNG SEMATA MATA NAK COVER PERANGAI SETAN.

fuh berasap kepala otak bila ada orang kata macam ni. contoh paling popular. tengok saja filem Aku Masih Dara. ada satu scene Diana Amir kata, zaman sekarang ni perempuan pakai tudung semata mata nak tutup lovebite. bukan sebab Allah.

SALAH! BOHONG! AUTA! SILAP BESAQ!

sangat sakit hati. bagi orang yang memang niat macam tu, pakai tudung semata mata nak cover lovebite yang dah berbekas di tempat tempat tertentu, aku takmau kata apa. tu antara hal masing masing dengan Tuhan. statement macam ni boleh menjatuhkan maruah perempuan yang bertudung. aku boleh saja kata perempuan yang tak pakai tudung ni jahat sebab tak tutup aurat, sengaja nak menayang rambut. tapi aku tak kata. *bagi yang pernah kata tu, istighfar banyak2*. semuanya bergantung kepada akhlak masing masing.

ya, bukan semua bertudung tu baik. aku pun sama. bertudung tapi kadang kadang pakai baju lengan pendek. sembahyang belum cukup. ada dosa sana sini bertimbun. tapi orang lain takda hak langsung nak kata perempuan bertudung tu PLASTIK. sebab diri sendiri ada dosa so tak payah nak kata kat orang. statement macam ni popular di kalangan insan insan yang bagi alasan takmau pakai tudung. kalau dah takmau pakai fine, toksah babitkan akhlak perempuan bertudung. kalau betui berdasarkan pemerhatian perempuan zaman sekarang macam tu, fikir sama, kita duduk negara Islam. mustahil one hundred percent perempuan bertudung tu jahil.

dan banyak jugak keluaq paper, berita, youtube dan sebagainya pasai perempuan yang buat maksiat ni mostly bertudung. raba, kiss, dan lain lain *boleh paham sendiri kot*. hal macam ni kita tak boleh nak kata apa. boleh bedoa ja agar insan insan jahil macam ni dapat hidayah nanti. dalam benda ni, statement KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA memang tak boleh pakai langsung. cuba kalau ada orang bagi impression perempuan perempuan freehair tu jahil, for sure ada yang akan sakit hati. ada yang kata, suka hati la. dan ada jugak yang kata, bukan semua freehair tu jahat. same goes to perempuan bertudung. right?

still tak paham? okay. contoh yang kita boleh tengok tiap tiap hari ialah,

sepasang merpati sejoli. bercintan cintun bagai nak rak. canang satu dunia, HE'S GONNA BE MY HUSBAND ONE DAY. dah yakin one hundred percent nak menikah nanti. malang tak berbau, cinta terputus di tengah jalan. frust menonggek tergolek. menangis tujuh hari tujuh malam. tak makan minum. takdak mood nak belajaq. mula berdendam kat lelaki. SEMUA LELAKI SAMA JA! TAK GUNA! BUAYA DARAT! HABIS MADU SEPAH DIBUANG!

ish ish ish..

bayangkan sebab sorang lelaki tu saja. dia boleh kata semua lelaki dalam dunia ni tak guna. langsung tak masuk akal. paham, kan?

sama macam apa yang tengah aku explain sekarang ni. jangan sebab sorang perempuan tudung bersikap jahil, sesuka hati sesedap rasa nak anggap semua perempuan bertudung tu perasan alim, hipokrit, jahil dan bla bla bla. so, mulai daripada sekarang. berhentilah daripada judging orang lain. masing masing ada keburukan dan kelemahan. semua orang tak sempurna. same goes to me and you. pahala kita belum tentu cukup, dosa kita pun tak terhitung, so tak payah sibuk sibukkan diri nak kata orang tu jahat. bab menasihati & mencegah kemungkaran tu memang wajib dan tu hal lain.

to all Muslimah yang bertudung, berselendang, ber-Ariani, berhijab dan sebagainya, kita dah elok elok pakai tudung dan menutup aurat, so jaga akhlak kita agar masyarakat tak pandang serong. *bab pemakaian baju ketat tu, aku no comment, tu dah tergolong dalam hal lain*

entri ini ditulis bukan ditujukan untuk insan insan yang tak pakai tudung. tolong jangan salah paham sebab ada juga wanita bertudung berfikiran senget macam ni okay :)

segala yang baik datangnya dari Allah swt, dan segala yang buruk datangnya dari aku sendiri. maaf kalau ada terkasar bahasa dan terlanjur bicara. maaf kalau ada yang terasa. sekadar luahan perasaan yang mungkin juga agak over oleh aku yang lansung tak setuju dengan statement terpampang di tajuk enti ni.

berubahlah dengan niat yang baik dan bukan niat yang merapu.

okay. moga masyarakat aman lepas ni. *cewah*

3 komen di sini:

Aina Shobri said...

syabas! entri anda menarik, saya suka :P

Silminos said...

fewit thanks ainaaa <3

nabil said...

<<<<suke awek free hair

Post a Comment