CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 9, 2011

Sumpah Sakit!

*assalamualaikum*

hari ni 9 februari 2011 bersamaan hari Rabu. seperti yang dirancangkan, hari ni aku ada temu janji dengan dentist aku iaitu Dr. Saridatul atau lebih dikenali dengan Dr. Sari. walaupun orangnya lemah lembut ja, tak menakutkan langsung tetapi memandangkan beliau seorang dentist, Dr.Sari termasuk dalam senarai orang yang menjadi mimpi buruk untuk aku.

sorry Dr, muka terover hodoh tapi macam ni la untuk menggambarkan dengan tepat yang bahawasanya aku takut dentist. walaupun bulan mac akan datang untuk tahun ni genap 2 tahun kemalangan tu berlaku, aku tetap menjadi pengunjung setia Klinik Kesihatan Alor Setar. aku dok berdoa apa yang akan Dr Sari buat tak akan rasa sakit tapi macam orang kata harapan aku tu ibarat melukut di tepian gantang *tak sure betui ka dak, hehe*

hari ni buat pertama kalinya temu janji aku dengan Dr Sari ditemani oleh kakak aku. dan buat pertama kali juga dalam bilik dentist tu ada nurse lelaki muda. selalunya semua perempuan ja dalam tu. tapi aku tak perlu risau untuk control cun ka apa sebab nurse lelaki tu takdak la handsome tera mana pun, mattop comel lagi *hehe*. okay abaikan pasal lelaki tu. katanya pukul 3.30 tapi pukul 3 depa dah suruh aku masuk dah. okay fine cepat mula cepat habis.

mulanya tadak apa yang buat aku ketaq sangat. fulahmak time depa dok buat small surgery kat gigi aku ni, aku mengantuk gila punya mengantuk. aku baru balik sekolah time tu. sampai rumah terus mandi & pi sana. memandangkan aku pakai kaca mata hitam masa small surgery tu, senang untuk aku tidoq. hehe.. tugas aku hanya nganga mulut. tapi satu benda yang aku tak suka ialah tiub yang depa masukkan dalam mulut aku. macam nak tecekik! aku usaha tolak tiub tu ke tepi guna lidah. -,-

masa tengah kemuncak, klimaks tu. Dr guna sejenis tiub yang hujung dia tajam, macam machine tu. aku berusaha untuk tenang tapi tak boleh memandangkan aku dah start rasa sakit. fulahmak rasa sakit cemana aku taktau nak habaq. yang pentingnya sakit sampai aku menangis. wuuu wuuu jangan gelak sebab memang sakit, tak tipu punya. tangan ni genggam baju aku sampai naik renyuk. mata aku pejam rapat rapat. air mata toksah tanya la. tapi nasib la dentist tak sedaq aku menangis dengan bantuan spek mata hitam tu kalau dak cering gila aku.

dalam hati aku dok berharap dentist tu mendapat kesedaran untuk letak bius kat gusi aku. tapi malangnya Dr still tak dapat hidayah. aku pun redha. rasa macam nak tolak tangan Dr jauh jauh. SAKITLAH! fuh fuh fuh. aku dah besaq dah kalau budak budak boleh la buat perangai lagutu. yang bengangnya Dr Sari boleh dok "lalalala..." masa aku tengah tanggung sakit tu. feeeew. sekali aku robek gusi dia baru tau rasa. segala jenis besi & tiub ada dalam mulut aku. kapas pun dia sental sampai berapa bijik taktau. aku tepaksa nganga sejam lebih jugakla. toksah tanya lenguh ka dak. try tengok.

at last habeh jugak. aku disuruh kumur. yuck! air kumur dia tak sedap langsung. rasa macam jus colgate. kalau bagi mineral kan senang. lepastu nurse lelaki tu bagi cermin kat aku suruh tengok gigi.


lebih kurang macam ni la 2 batang gigi depan aku tapi tak la seteruk gigi arnab comel ni. panjang dan agak ke depan. fuhh tunggu dulu! jangan senang senang nak buat konklusi yang aku ni boleh dikategorikan sebagai HALIMAH JONGANG. tak sampai tahap jongang lagi okay. cuma gigi aku ni GIGI ARNAB JUNIOR. takpa nanti kalau iman aku dah cukup kuat untuk menanggung sakit lagi dan insyaAllah kalau ada rezeki lebih, inilah yang akan aku lakukan.

tapi sebelum pakai aku akan cari info lagi tentang braces. sakitnya macam mana, bayaran macam mana, penjagaan macam mana. aku nak gigi aku cantik sebab aku mengaku gigi aku walaupun agak putih, tapi tak cantik sebab tunggang tebalik ;(

apa apa pun wish me luck. temu janji sekali lagi 15 mac depan tapi terpaksa ditunda disebabkan aku akan berada di terengganu masa tu.

see you soon.
bye :)

0 komen di sini:

Post a Comment