CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 1, 2011

I Don't Need Your Sympathy.

hello bloggers and readers. :)

hari ni sekolah aku dah start cuti. bahagianya, kerja sekolah tak banyak. al maklumlah aku kan sekolah cina. so cikgu mana boleh bagi kerja sekolah banyak banyak sebab budak cina semua pakat nak raya. apa lagi budak melayu pun raya ikut cara masing masing la. hehe.. haa! thanks DALILOS, buat entri terpampang gambaq aku yang comey tu. hehehe

hari ni actually plan nak keluaq dengan kakak aku. alor setar mall, nak beli baju & cuci gambar. sebenarnya nak pi star parade dengan member member dia, main boling tapi disebabkan kakak aku hanya dapat lesen L, dan sudah terang lagi bersuluh yang jalan nak pegi star parade memang almost 24hours banyak gila kereta, kakak aku dan aku tak berani. so kitorang ubah plan, singgah mall yang dekat ja. mampus pi la boring pun sebab duk rumah lagi boring.

tapi, lumrah hidup.
manusia merancang, Allah yang menentukan.

pagi tadi aku bangun agak awal juga walaupun semalam aku tidoq lewat pukoi 2. bersembang dengan abang akmal & aby kat facebook. bangun awal sebab rasa tak sedap perut. takpalah.. biaq ja. bulan dah mengambang so paham pahamlah.

aku dah dapat rasa yang aku tak boleh meneruskan plan aku dengan kakak aku. tak pasai satgi kat alor setar mall aku senggugut, kan naya. so aku ambik keputusan, tangguh sat plan tu. cuti banyak hari lagi -,- beberapa jam lepas tu, perut aku mula menunjukkan tanda-tanda nak senggugut. okay bertahan bertahan. aku dah mula berpeluh. muka dah pucat lesi. a few minutes later perut aku rasa macam nak pecah. rasa macam nak terburai segala usus dan organ dalaman yag ada dalam perut. sakit tak terkata. terketar ketar aku dibuatnya.

aku mula landing atas katil, selimut sampai kepala. tangan dan kaki dah sejuk gila. meringkuk aku dalam selimut tu. bantal dah letak atas perut. tapi still tak surut. aku cuba pejam mata rapat rapat nak lena. but after all memang tak boleh, penangan sakit perut aku terlalu menguasai. berulang alik aku masuk toilet tapi takdak apa apa pun. airmata ni toksah cakap la. meleleh berambu rambu. rasa nak pitam, muntah semua ada. tapi malangnya aku tak muntah. at least kalau ada benda yang keluar, maybe akan lega sikit tapi semua pakat ketegaq. time tu, aku rasa lebih baik aku pengsan berjam jam dari nak tanggung sakit ni. seksa.

bila aku baring, sakit. berdiri, sakit. duduk pun sakit. berjalan pun sakit. meniarap pun sakit. aku dah tak ketahuan punca nak buat apa. aku dah betul betul letih. nak lena pun mata takmau pejam. nenda & tata suruh aku makan tapi aku langsung tak lalu. nak minum pun tak boleh. perut aku semakin lama semakin hebat pulak sakitnya. fuhh.. memang ngeri. last sekali aku baring depan tv. mengiring. aku mintak tolong kakak aku ambil selimut. perut aku tetap meragam.. tapi aku buat bodoh. aku paksa mata aku pejam. sakit tak terkata tapi kalau aku tak lena, perut tak akan lega. dalam masa aku pejam mata tulah.. terdengar suara suara sumbang. hanya Tuhan yang tau betapa sedih & sakit hatinya aku.

Ijan tu sengaja, mengada ngada.
Orang kata jangan tidoq, ketegaq.

part mengada ngada tu yang aku tak tahan. aku sakit setengah mati. sampai berpeluh. terketar ketar. menangis. pucat. semua ada. tapi still ada orang kata aku mengada ngada & sengaja buat sakit. yang aku tak pahamnya, orang yang kata kat aku tu perempuan. dah datang haid dah pun. takkan tak tau macam mana senggugut? takkan tak pernah tengok aku macam orang gila senggugut tiap tiap bulan? hanya sebab aku tak makan ubat, dia kata macam tu. bukan aku takmau. tapi aku langsung tak lalu. nak angkat tangan pun tak larat. aku dah betui betui letih. dah dengar macam tu, aku pasrah ja. terus mata aku pejam kuat kuat buat macam tak dengar. kalau aku explain bukan ada orang nak percaya.

kalau dah body language aku pun orang kata aku tipu, apatah lagi kalau aku explain. tak guna seduit. orang buat macam aku ni "CAKAP SEPULUH PATAH, SEBELAS PUN TAK BOLEH PAKAI". aku tak mintak orang kesian kat aku. dan aku tak mintak orang tatang & layan aku. cuma kalau dah aku sakit tu, kalau tak kesian pun buat bodoh dahla. tak payah cakap benda benda yang boleh tambah lagi sakit aku.

apa apa pun. terima kasih la kat orang yang cakap tu. macam nak mampos aku tanggung senggugut. sesuka hati mulut nak lepas ikut dan. -,-

now aku dah tak sakit dah. mintak simpang, aku takmau lagi senggugut macam tadi.

0 komen di sini:

Post a Comment