CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Saturday, February 5, 2011

I Miss You.

Welcome bloggers and readers.

Lama gila tak update. hehe. Ini disebabkan sepupu aku balik dari shah alam yang kebanyakannya masih lagi kanak kanak ribena, so tak bolehla nak menayang laptop. tak pasal depa hempuk segala laptop, menangis air mata susu pun tak guna. okay. Happy Birthday Amirul Yakkob. Happy Belated Birthday Sharifah Sarah Nazifa, Syazwani & Muhammad Ikhwan Hakim. esok birthday budak gegeh mana taktau? hahaha. takpa abaikan. esok lain cerita.

woot woot~ walaupun birthday aku dah lepas, masih ada insan insan yang sudi bagi hadiah. hehe. Nana hadiahkan aku shawl yang sama sebijik secetak macam shawl yang syafiq herman bagi cuma warnanya lain. aku tetap suka. tak apa bukan selalu dapat hadiah yang sama ni kan :) Nenda pulak bagi hadiah blouse warna hijau + putih. sweet ja. dan semestinya aku suka. mama pulak, bagi hadiah topup rm10 & JENG JENG JENG.

PROJEK FESYEN AIN MAISARAH
BERSAMA LILY HASLINA NASIR

Wulahmak. cayalah mama. kemarin masa aku ada kat kopitiam, mama talipon. mama tanya, "Nak tudung ka novel?" tanpa berfikir panjang, memikirkan aku dah ada berdozen tudung, terus aku jawab aku nak novel. yeaah, bertambah lagi nampaknya koleksi novel aku yang sudah sedia bertimbun. balik tu, aku pun dapatla novel Projek Fesyen Ain Maisarah yang dah lama aku mengidam tu. akhirnya! lengkap pun siri Projek Ain Maisarah aku. Projek Diet Ain Maisarah aku dah beli. nanti kalau ada keluaran projek ain maisarah lagi, memang MUST BUY!  whatever it is, thanks sebab sudi bagi hadiah. Love ya!

semalam bergayut selama setengah jam dengan mamat kelolo. hahaha. free of charge wa cakap lu. berkat dapat kawan yang murah hati macam pakkob, mamat kelolo pun balaih la henpon dia untuk memanfaatkan panggilan percuma yang hotlink bagi. hehehe. alah pakkob kan tadak awek. bagi can sat kat orang yang ada awek ni. come on la pakkob. hahahaha. p/s; bukan pakkob DALILOS tau. hahaha.

satu hari masa aku tengah syok syok main badminton dengan Sufeahani Izzan, tiba tiba ada orang memberikan suara amaran. "IJAN! TU KAWAN IJAN DEPAN RUMAH TU!" terus game terhenti. aku tengok la depan rumah, sapa yang dimaksudkan. mak datuk! BABA! sepantas kilat dan secara spontan, aku pun mengeluarkan lontaran vokal kuat tahap mega dan lari menyembunyikan diri belakang pokok. dengan raket kat tangan. waduh. baba memang buat aku sakit jantung. yalah dengan rambut bebas ditiup angin ni. takkan nak selamba badak buat bodoh kat baba.

okay aku nak buat confession. actually aku dah taktau nak cerita apa lagi. *hmm*. tengah kebosanan tahap dewa. dia tadak kredit dan aku taktau bila dia nak topup. homework? ohh tolongla aku takda mood nak menghadap kerja sekolah. novel? dah naik juling bijik mata aku ni menghadap tulisan yang kecik molek tu. someone please help me.

mana pergi facebook Nur Zuriyaty Makmur?

1 komen di sini:

dalila aka dalilos said...

aku yg dlit fb aby..
dia sowh.
dia kta nnt dia story.

Post a Comment