CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Saturday, January 8, 2011

Hari Ko-ku *hmh

setelah 2 hari berpenat lelah menyusun apa yang patut, decorate penyepit baju ikut kreativiti, mengerah tenaga angkut meja kerusi ke sana ke mari, dan macam macam lagi, akhirnya hari Koku pun tiba. menjadi tradisi keat hwa, minggu kedua persekolahan memang akan dijalankan hari Koku. hari yang agak best dan happening juga :)

pagi tadi memang kalut gila. aku bangun lewat! 6.35 pagi. kalut aku mandi. pakai baju uniform KRS. then kemas kemas beg terus lari pecut masuk kereta. dalam ketakena tahan telinga abah beletiaq sebab lambat. okay toksah dok merungut abah beletiaq benda ni memang dah biasa sangat :) adatlah abah, 6 orang anak dara. normal la lambat tu. hehehehe macam tak paham jaa.

sampai sekolah tanpa berlengah terus aku cabut kasut sekolah dan tukaq ke boot *aku tak pasti ejaan betui ka dak. then pegi stor, tukaq tudung ngan nadjua sebab aku satusatunya ahli yang masuk baris tak pakai tudung hijau. pehh, meluat siot pakai tudung tu disebabkan aku tak pakai anak tudung, rambut pulak baru lepaih syampu so tudung tu asyik nak menggelongsor ke depan. erghh, jenuh kena tarik ke belakang! leceeeh.

then masuk baris *cup, ada orang baru tau masuk baris, wan muhammad danial, ewah segak dia pakai uniform noh hehehe* posisi KRS belakang St John Ambulans. okay redha jaa. punyalah lama kena berdiri. serius lenguh habeh segala galanya. dahla kasut tu keras. kaki, pinggang, belakang, semuanya sakit. dahla kena tunggu 3 ORANG KEHORMAT nak bagi ucapan. setiap sorang ucapan depa punyalah bejela. gila, rasa macam nak tumbang tadi, dengan perut kosong *aku takleh survive tanpa breakfast!* huhh, aku betahan jugak, gigit bibiaq dan aku akhirnya boleh betahan tanpa memalukan diri sendirian tumbang di tengah tengah orang ramai. ohh, kejadian 2010 takkan berulang. aku takmau pengsan dahh :)

then, ada pesembahan. fuhh lega tak terucap, semuanya boleh duduk. aku boleh tengok pesembahan dengan agak jelas juga. mula mula tarian singa. pergh muzik macam nak pecah dada tapi singanya tak mengancam. mungkin sebab orang dalam tu tak larat, sebabnya bila dah habeh tarian singa aku tengok salah sorang penarinya kena papah. hmm abaikan. then pancaragam keat hwa yang paling popular sekali tu buat pesembahan. menarikla jugak tapi tadak apa apa yang luar biasa. last sekali, wushu. hehehe macam biasa, cina akan tunjuk hebat. muka besungguh sungguh gila. tambah tambah yang lelakinya. mesti depa pikiaq, "STAI GILA AKU KAN." apa apalah apek.

then terus aku menuju ke stor untuk tukaq tudung ngan nadjua. memang harjad sungguh paan, boleh dia tutup pintu stor time aku ngan afif dalam tu. hangat gila kot ngan paan time tu. dahla aku penat dia dok buat lawak tak bejenis dia. apa lagi aku pun terajang pintu tu pastu aku jerit kuat kuat. pastu aku taktau sapa bukak pintu teruih aku keluaq, capai beg terus blah pi tandas. *serius sakit hati tahap nak mampoih time tu. bengang kuasa lapan.

salin baju, masuk kelas yang menempatkan port KRS. mulanya memang boikot takmau cakap ngan paan. tapi pikiaq balek biaqla. pedia nak majok lama lama. so aku pun buat bodoh saja. begurau senda balek macam biasa. amek gambaq, makan makan, jalan jalan, pastu dah habeh semua kemas balek kelas tu. pastu lepaking sat. tak larat nak keluaq so aku pun khusyuk baca novel. abah calling suruh balek. aku pun balek ar. ingat lagi paan kata, "bye sayang. love you." huh dasar romeo kelas tiga. nasib baik hati ni dah terisi dengan mattop. tak tegugat! hehehe.

hah! bukak cerita pasai mtp. bila agaknya jejaka berlesung pipit dalam 7 kaki ni topup? hmm..

0 komen di sini:

Post a Comment