CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 8, 2011

2 hari bersama mereka :)

fuh! agak dalam 2 hari juga aku tak update blog. tak sempat! duduk sekolah dari pagi sampai petang. balik rehat dan buat kerja sekolah teruih tidoq ditambah dengan 'sakit perempuan' atau lebih senangnya senggugut kadang2 datang melanda. menyeksa jiwa sungguh.

hari jumaat & sabtu! syok lepak dengan member member KRS. merapatkan silaturrahim sungguh. merapu, hingaq, gelak dan tak lupa amek gambaq. semestinya handphone aku yang menjadi mangsa. takpa redha saja. first day macam macam kami buat. angkut meja kerusi kat astaka, hias, decorate penyepit baju & tak lupa makan. matpit bejasa, hantaq nasik. macam pelarian kami makan, 1 bungkus kongsi 4 orang. memang tak puas sebab masing masing lapaq nak mampoih tapi terima ja rezeki takat mana. *dia tak boleh mai ada masalah teknikal, sekali lagi aku kena redha*

second day, sepatutnya kena mai awai pukoi 8 pagi sebab ada meeting netball tapi aku mai pukoi 11.30 disebabkan penyakit senggugut yang tak boleh nak dielakkan. ditambah pulak dengan kelewatan bus selama setengah jam dan aku yang melenggang kangkung lintas jalan pastu masuk sekolah pulak menuju ke kantin yang nun jauh di hujung. bila dah sampai tengok semua kerja aku dah siap. fuhh *terasa sat* so aku mai buat bodoh begosip saja.

time KRS, macam biasa. tunggu semua mai baru happening. merapu domba dengan paan. bila semua dah ada, kehingaran mula terasa ditambah dengan lagu techno yang dipasang dengan speaker yang boleh tahan maha kuatnya oleh geng bomba. kalau boring aku baca novel. hehehe. goh sesekali menjenguk so nina akan melarikan diri sebab pakaian over dressed hahaha. matpit dan pidot teramatlah selamba disebabkan baju yang tersarung kat badan dah sah sah ada lambang keat hwa. untung sekolah cina, memang senang seludup budak melayu dari luaq. amek gambaq, makan makan, tiup & pecahkan belon, sangat happening dan aku enjoy. *walaupun tanpa kehadiran dia* ohh ya, dalilos, aku tak rasa pun nasik yang pakkob hantaq. sedap dak? hahaha

esok agaknya kegilaan akan melanda sekali lagi. esok Hari Koku. atau mungkin kurang sikit sebab ramai orang. okay takpa dah agak puas having fun siang tadi.

kalau rajin sila jenguk :)
http://www.facebook.com/#!/album.php?aid=47412&id=100000597991987

http://www.facebook.com/#!/album.php?aid=47554&id=100000597991987

saksikan kegilaan kami.

0 komen di sini:

Post a Comment