CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 1, 2011

First Day Of The Year.

okay nak umumkan hari ni ialah hari Sabtu, bertarikh 1 JANUARI 2011. hari pertama untuk bulan januari dan juga hari pertama untuk tahun 2011. okay untuk hari ni nothing interesting happened to me, kecuali kredit habeh time malam, oh great, daan aku tak boleh nak topup memandangkan aku dah pinjam dua hengget kat Hotlink. hmm, ada jugak yang interesting. tadi tengok Harry Potter and The Half Blood Prince, fuhh syok sebab yang ni aku tak tengok lagi. layan dengan kakak sulung aku. layu ja mata ni tengok Ronald Weasly. perh...

ni hari last aku kerja kat Kopitiam. dan mungkin juga hari terakhir aku kerja dengan abah, abang sham & kak nurul. such a priceless experience. hari ni agak extraordinary juga lah. berulang alik basuh sudu garpu & pinggan mangkuk sebab tak cukup. for the first time, aku langsung tak bersemangat nak pi keja. aku pi keja dengan tak kemaskan tudung, tak sikat rambut & tak pakai bedak. bayangkanlah macam mana rupa aku time tu. tapi of course lah aku mandi. gila apa! hurh. memang masa nak besiap pagi tadi, aku dok pikiaq dua tiga kali nak pi ka dak. aku pi pun sebab kesian kat abah. kang tadak sapa nak tolong..

aku dengan redha nya menerima & percaya yang esok tak sekolah. takut gak. ten percent kata sekolah. the rest ninety percent kata tak sekolah. memanglah sepatutnya aku dengaq cakap yang 90% tu. tapi lagi sepuluh persen kena ambik berat jugak. boleh jadi sepuluh persen tu betoi. tapi taktaulah. sebab aby ada call aku, dia kata DALILOS dengaq kat radio mana taktau hari Ahad diwajibkan sekolah. tapi kebanyakan orang kata Ahad satu Malaysia cuti, tadak yang sekolah. okay aku redha. kalau betul apa yang 90% tu kata okaylah. tapi kalau 10% tu betul...hurh pasrah pasrah.

okay. pasal preparation untuk sekolah. semuanya tip top. hahaha. macam excited ja nak pi sekolah. actually tak pun. tapi kalau tak tip top. buat sakit kepala ja, yang ni takdak yang tu takdak. baik siap semua. cuma yang belum siap, jahit lencana & nametag kat tudung. apa kata semua tu pinkan saja. kan senang. tak payah susah susah nak jahit segala. alat tulis..hmm. perfect. kasut dan stoking, semua dah putih melepak. barang dah almost ready cuma kepala otak aku ja yang tak ready lagi. aku tak sedia nak tua! tak sedia nak tinggal form two! tak sedia nak PMR! tak sedia nak pi sekolah pagi pagi!

aku dah selamat mendaftarkan diri kat Tusyen Inovasi Utara Jalan Pegawai. subjek yang aku amek ialah Mathematics, Science dan English. semuanya malam. dan tusyen tu start selasa ni, 4 January. hurh.. dah tusyen ni akan berlanjutan sehinggalah PMR nanti. seminggu tiga kali. kira ok jugak aku sekolah pagi. sempat rehat sebelum pegi tusyen. kalau sekolah petang, balek rumah memang serbu toilet terus. mandi, besiap & terus pegi tusyen. hmm..

agak agak 2011 ni will be the worst year or the greatest year? wallahualam. okay. baru sehari tahun 2011. I didn't expect something amazing and fabulous in this first day. tapi berharap something yang interesting lah di masa depan yang penuh ranjau dan onak berduri, lautan api sanggup ku renangi. hehehe..hiperbola sat. sesi pagi nanti sudah terang lagi bersuluh dengan lampu spotlight yang budak form three paling junior. almaklumlah sesi pagi bergabung semuanya dari form three sampai form six. takmau la ada orang buli aku, hurh nauzubillah, simpang malaikat 44.

harapan aku untuk 2011, moga semua masalah dapat aku hadapi dengan tenang, moga semua cabaran dapat aku terima dengan redha, moga semua soalan PMR dipermudahkan (cewah), moga semua ukhwah persahabatan dengan kawan kawan aku kekal terjalin dan moga berkuranglah masalah dalam keluarga aku. untuk tahun 2010, tetap tahun yang manis untuk dikenang. banyak yang aku pelajari. moga apa yang dah lepas jadi pengajaran & pengalaman yang paling berharga :)

Selamat Datang 2011. Tahun yang besar untuk semua pelajar tingkatan tiga dan tingkatan lima. sama-sama kita berusaha. chaiyok!

0 komen di sini:

Post a Comment