CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 10, 2010

Penat!

fuh kelmarin pukul 3 lebih aku bertolak ke Shah Alam. memang aku berdoa agar perjalanan lancar. mengerikan bila aku tengok kat berita macam macam accident jadi kat highway. betuila tak elok pikiaq bukan bukan. tapi orang kata malang tak berbau. ketaq perut. nak hilangkan ketakutan aku tu, aku pun besiap lah lawa lawa. pakai baju baru & beg baru :) vogue habes. hahaha.

bila dah ada atas highway. fuuh! belambak lambak lori yang bersaiz gedabak. 10 tayar pun ada. entah entah 20 tayar pun ada! pejam mata bila tengok lori sebesaq tu. dengan bas pun bertimbun. kenapala mesti ada kenderaan besaq besaq sangat yang menyusahkan & menakutkan orang lain macam aku ni? senak perut dibuatnya.

then sampai kat gurun. berenti makan. lapaq yang amat sangat tapi aku balun sepinggan ja memandangkan masa tak mengizinkan. ada la jumpa sorang budak kecik ni, COMEL GILA! rambut panjang, ikat dengan getah pink. pakai gaun denim warna pink & biru. putih melepak pipi dia. mulut macam ceri! dok panggil "mummy..mummy" fuh. rasa cam nak tembak tembak saja pipi dia tuu. pastu tetiba ada satu rombongan turun. lelaki & perempuan. kat baju diorang ada tertera LIBK (Latihan Intensif Bakal Komander). fuh! dasyat gila. tadak sorang pun yang puteh. semua pakat hitam hitam manis gitu. hahaha.

then tetiba temperature keta naik! aduuh. masalah masalah. terpaksa pegi bengkel. spoil gila! dahla aku pakai cun melecun ni. terpaksa memerap kat bengkel sampai 2 JAM! boring nak mampoih. aku hilangkan kebosanan dan kebengangan aku dengan baca novel & texting dengan dia :) lebih kurang pukul 6.30 petang, bertolak keluar dari bengkel. masa tu baru kat Kepala Batas Penang! bayangkanlah betapa panjangnya perjalanan lepas ni. memenatkan kepala otak.

then berenti kat Tapah. cantik! tengok Aton main kat playground. lepas tu makan. aku tak makan pun. masa tu pukul 9 lebih kot. then teruskan perjalanan, tak stop dah. aku pun terlentok ar dalam keta. keta stop depan rumah Nana, jam kat dashboard pukul 12.18 tengah malam. fuh! akhirnya sampai jugak. setelah menempuh perjalanan yang agak berliku..

ingat sampai rumah nak tidoq ja. tapi taleyh tidoq. aku pun karaoke dengan kakak aku bermacam macam lagu. pastu kebuntuan idea nak buat apa. memandangkan PC kat hujung kaki aku saja. apa lagi online la. hahaha. tapi tak lama. 3.30 pagi aku offline arr -,- aceceh tak lama lagi. tu pun offline sebab pening nak mampoih. then terus pengsan sampai pukul berapa taktau baru bangun. tu pun sebab Baby Isyraq nanges. hahaha.

esok balik. doakan perjalanan aku selamat dari awal sampai habes. aku dah tak sanggup nak perap kat bengkel. penat mental dan fizikal :)

2 komen di sini:

Muhamad Afiff Aiman said...

sudah lama hamba tidak menaburkan butir-butir huruf di blog tuan hamba..

part lori tayar sampai 20 tu mesti lori bawak tayar kan..

best pe dapat duduk kat workshop sampai 2 jam.. boleh tengok brader-brader mekanik repair kete..

btw, hari ni (13 haribulan) u ade dekat mane? kedah or selangor?

sitisilminaizzan said...

lori tayar 20 bawak tayar? ntahla, tak tengok pun diorang bawak mende..

best? tak syok langsung. abg pomen semua cina. mata sepet. tak best!

13 haribulan i dah ade kat kedah. pegi sane jumaat then balik ahad.v

Post a Comment