CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 13, 2010

Ohh. Apakah?

hari ni hari Isnin 13 November 2010 pukul 11.07 malam. actually aku dah taktau nak tuleh apa & mengantuk yang teramat tapi aku gagahkan jugak disebabkan sudah beberapa hari aku tak update blog ini dengan alasan tak sempat. fuhh! satu nafas. hahaha :) hari ni kembali ke rutin seperti biasa, pagi2 bangun seawal 5.30 pagi dan bersiap siap nak ke KOPITIAM. hahah memandangkan 3 hari berturut turut aku cuti, pagi tadi rasa lebih malas daripada biasa. adoi. liatnya nak bangun pagi..

alah! pakcik 'hot plate' tak mai pulak. mesti bosan punya. aku buat kerja diselubungi dengan rasa 3K iaitu kemalasan, kemengantukan dan juga keletihan. huhh.. nasib la orang tak berapa nak ramai sangat & orang yang mai pun tak banyak karenah. kalau tak, confirm aku dah ketuk ketuk kepala customer yang banyak songeh dengan kuali macam Rapunzel & Eugene selalu buat. hehehe :)

sampai rumah sasaran aku ialah soket eletrik. sebab apa? nak charge tepon. hahaha. bateri sudah betui betui kong punya. then lepas charge baru senang hati nak landing atas katil. on telepon ada satu msg masuk. pegi mandi & mula lah ber texting dengan si dia. ohh rindunyaa <3 kemaren dia jadi pomen tak bertauliah, tolong si balak nadjua yang bernama apit dan aku tersangatlah bosan hanya Tuhan yang mengetahui.

petang tadi lebih kurang pukul 5.30 petang abah mai amek nak pegi rumah paksu. aku dengan agak berat hati pun ikut sebab aku betui betui kehabisan tenaga. tak larat siot, dahla aku tak tidoq petang. nak tidoq pun tak reti sangat. kalau keletihan 100% menguasai baru aku tidoq. tapi aku ikut jugak abah tadi, kang paksu & maksu kata apa pulak, dah cuti sekolah pun tanak jenguk diorang. masa abah stop kat Giant aku tak turun, stay dalam kereta dan terus LENA! fuhh letih.

sampai rumah paksu. apa lagi. motor paksu menjadi sasaran utama walaupun kaki belum jejak masuk rumah lagi. hehehe. time tu pukul 6.30 petang. ada lagi setengah jam sebelum maghrib! masa perlu dimanfaatkan. hahaha. ronda dulu keliling kampung. ada satu scene yang sampai nak gugur jantung ialah masa tengah syok melayan angin atas moto tetiba ada seekor anak kambing bertuah warna hitam dengan selamba badaknya acah nak lintas jalan dan tanpa rasa bersalahnya patah balik ke tempat asal dan ragut rumput macam biasa. masa tu moto dah melelong. aku dah peluk kakak aku. mata tebeliak. jantung DUPDAPDUPDAP. dan mulut spontan ternganga dan AAAARGHHHHH! kambing sapa la tu. dahla hitam. bengang, tak sangka kambing pun boleh main acah acah dan buat muka blur.

sampai rumah paksu tepat pukul 7 malam. then makan makan. tengok berita sampai pukul 9. lepastu lebih kurang pukul 9.15 malam kitorang pun bertolak balek memandangkan masing masing dah menunjukkan muka mengantuk dan mata layu, termasuklah aku. on the way nak balek singgah dulu kedai makan sebab nak beli nasik bungkus kat KAKAK SARAH YANG TERAMAT RAJIN :) then terus balek rumah. salin baju. aku baring2 kejap, dan aku hilangkan mengantuk aku dengan online facebook & sign in blog. yalah sebab nak bergayut malam ni hehehe :)


akhirnya bergayut sampai dia kehabisan kredit dan kehabisan bateri. hahahaha syiok syiok :) dahla masing masing mengantuk yang teramat.


hari Sabtu ni nak keluar. DALILOS. teman I yeah...

0 komen di sini:

Post a Comment