CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Saturday, December 25, 2010

Kembali Ke Sekolah!

ayat ni yang banyak tertayang tayang kat poster kedai kedai. ataih sekali ayat Kembali Ke Sekolah! tu, pastu ada la gambaq laki ngan pompuan dok posing tesengih ngan baju sekolah depa hat tak lawa langsung tu. ada beg macam budak poyo. kasut sekolah hat yang depa pikiaq stai sangat. lepaih tu ada bus sekolah kontot tesesat dalam poster nuh. awat depa sampai jual bus ka yang sampai nak tayang dalam poster? sikit2 dah ar. hehe.

hari ni boleh diklasifikasikan sebagai 'hari ini dalam sejarah' sebab shopping dengan abah kat town. fuh! unbelieveable! kalau dak abahla orang yang paling meluat benci hate tak suka dislike kat town nuh. nak jejak tayar keta pun takmau! memang pantang kalau ajak abah pi town, tobat melenting sakan. tiba tiba hari ni belembut hati lak nak shopping barang sekolah kat sana. aku ikut ja..asal barang aku ada. mana mana pun aku on.

mula mula beli baju sekolah. adoi. kerek sungguh. rasa cena taktau beli baju sekolah. rasa poyo habeh. hahaha. tapi redha. law tak beli maknanya aku 'bulat' la pi sekolah taun depan. hehe. lepaih selesai baju sekolah. jenguk lak kasut. sedih gak bila tengok kasut sekolah aku size 4 ja. awat kecik sangat? aku tak membesar ka? hmm tabuh ja la. aku beli hat stai pelekat nuh. sempoi ooo. jangan men2. otai keat hwa pakai kasut pelekat. kira bagoih ar tu.

pastu pi kedai Day Day. beli baju mini. hehehe. mula mula cari seluaq pendek kat yaya ngan dada. aku pun habaq ar kat pekeja situ. boleh minah tu buat bodoh ja kat aku pastu selamba badaknya dia pi sembang ngan member dia. cilakos punya minah. setakat keja kat Day Day dia sok buat bagoih. nak keja lama buat ar perangai elok2. ni dok buat loqlaq. dahtu dok cari pasai ngan aku. babis gak ar minah tu. hangat hati gila. aku bagi jelingan maut kat dia ar. pastu aku wat bising ar dalam Day Day tu. biaq minah kerek cengeng bengong tu dengaq sikit. poooodah! stakat lipstick merah macam juboq ayam serama!

habeh beli baju mini aku, pi beli beg dada. adoi. memilih sungguh budak ni. nak pinky. nak bling bling. nak princess. sekali aku luku kepala baru tau diam. *tapi tak luku pun la. yaya pulak tarik muka macam bontot kuali dah aku tengok. nak beg jugak. dah berapa juta ribu ratus beg dah budak senget ni ada. tapi beli gak la. biaq sengap sikit mulut dia. habeh beli beg pegi melantak kat kedai makan pak ya. fuh dapat pinggan nasik tu tak toleh kiri kanan dah aku. lapaq gila! aku bedal sepinggan. taleyh banyak banyak. gemuk!

singgah rumah makteh. sembang sembang. pastu timbang berat badan. serupa nak tekeluaq bijik mata aku. 45 KILOGRAM? gila. aku makan apa sampai naik 5 kilogram dengan sangat mendadak? aku tak kesah sangat pasai berat badan aku sekarang ni tapi yang aku pelik bin aneh ni ialah dengan sekelip mata 5 kilogram datang bertandang tanpa dijemput secara langsung. abah siap marah aku. IJAN MAKAN APA SAMPAI NAIK BANYAK SANGAT? aku wat muka innocent. aku tak besalah. sapa suruh makanan sedap sangat.

puas lepak rumah makteh. pegi tesco. beli alat tuleh. pastu pi kat bahagian seluaq mini. ada kak tu dok promote pa seluaq kecik warna warni kat aku. aku pun buat la betui2 beminat. tanya selagi boleh. pastu aku pun amek. kesian ngat aih penat penat kak tu promote kat aku. beli pi ar. kak tu siap kata lagi, "terima kasih sebab beli, ya adik." aku sengih ja. fuh! ni dah amal kebajikan ni. aku tak beminat pun.hehe.

habeh pi tesco, balek. huu haru sungguh shopping ngan tiga orang budak senget tu. raplah jingga! nak yang tu nak yang ni. troli abah dah jadi macam pasar raya begerak! segala macam jenis dok ada dalam tu.

esok aku keja keseorangan. kakak aku pi wat ujian apa merga taktau pasai lesen nuh. haa! law tak lulus, duit lagi nuh. botak la pala.. abah awai2 dah kata dia takmau masuk campoq. hahaha. naseb naseb.

sikit sikit dah ar. tak larat aih. tuleh pa banyak banyak. nak pi beradu nuh. mau mimpi apa haa? nak mimpi DALILOS jadi bibik aku arh. boleh suruh dia basuh baju. hehe..

1 komen di sini:

Post a Comment