CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 26, 2010

It's Just Getting Closer.

hari ni dah 27 Disember 2010. suka ataupun tak, next week iaitu hari Ahad sekolah dah start. dan aku bersama ribuan pelajar di Malaysia akan memulakan tahun 2011 sebagai pelajar tingkatan tiga. seperti yang kita semua sedia maklum semua pelajar tingkatan tiga di Malaysia akan menghadapi peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah). *ayat skema nak mampoih, meluat gila*

hurh! cerink bulu roma bila pikiaq sai PMR. tengok tahun ni kebanyakan yang aku dengaq result tak berapa nak elok. budak kat taman makteh aku tu yang aku kenal cuma sorang ja dapat 8A. tu pun pompuan. lelakinya, satu A pun tadak. siap hias result dengan huruf E lagi. gila, sangat mengerikan. aku taktau la cemana riak muka aku dan family kalau aku tak dapat 8A. naya aku.. tapi bila pikiaq kemampuan aku ni, rasa macam tak boleh jee. ramai orang pikiaq aku pandai. tapi dak! aku tak pandai pun. hurh..


agak agak sekolah pagi tahun depan syok dak? aku malas nak bangun pagi. tersangat liat! lagi satu. aku tak berapa nak 'masuk' dengan student lelaki form 4 tahun depan. tau saja. masa aku form 1 depa yang selalu cari pasai dengan aku. asal nampak muka aku ada saja yang depa nak mengata. tak paham aku. tapi taun ni bila terjumpak depa sengap ja. aku pun sengap ar. jeling menjeling, jegil menjegil semua tadak. harap depa tak buat ar perangai childish tu taun depan.


hmm. selama dua tahun aku salah seorang pelanggan paling setia Pakcik Munet. almost every day aku beli nasik kat kantin dia. perh memang sedap sehingga menjilat pinggan! kantin Pakcik Munet is the best walaupun kadang kadang agak nak tercekiklah juga tengok harganya. tapi its okay, aku berbaloi semata mata nak kenyangkan perut aku ni. yang paling banyak aku pikiaq pasai taun depan ialah, BOLEH LAGI KE MAKAN NASIK KAT KANTIN? sebabnya, sesi pagi termasuk form 3 sampai form 6. dahla kantin Pakcik Munet alahai comelnya. muat ke? tera sesi petang pun kadang kadang tadak tempat duduk. inikan pulak sesi pagi. rasanya macam perlu bawak bekal je. Unfortunately I have to say goodbye to kantin Pakcik Munet. I will miss you, nasik & ayam goreng..


macam mana dengan cikgu cikgu sesi pagi? boleh lagi ka aku buat perangai loyar buruk dengan cikgu macam tahun ni? aku tengok muka cikgu cikgu sesi pagi semuanya mengerikan, kecuali Ustazah Zauyah yang kecik comel puteh melepak tu. rasanyalah dia tak garang. tengok muka macam dak. tapi aku pun taktau. dia tak penah mengajaq aku. macam mana kalau taun depan banyak dapat cikgu cina? terutamanya Mathematics. huu..payah la kalau aku tak paham. kalau cikgu cina tu stai sporting macam Cikgu Ooi Kim Hwa & Cikgu Soo Sim *yang kelolo tu* takpala gak. kalau dapat cikgu macam... Mr.Foo? Mr.Lee? hu jenoh!

macam mana kalau aku sorang ja tecampak ke kelaih lain? isk ni yang paling mengerikan! dah genap 2 tahun aku sama kelas dengan Siti Khadijah & Syaza Masturina. 2 tahun genap aku duduk sebelah siti khadijah. mesti rasa pelik kalau aku duduk sebelah orang 'asing'! hehe. kalau setakat duduk sebelah aby, syaza ,dalilos ataupun ismah tu takpa la. orang lain tu..ehem. susahla aku nak meniru. (HAHAHA) susahla aku nak tanya kalau ada soalan kecemasan. mintak simpang. mintak jauh. harap harap semuanya sama kelas. 


banyak benda yang menakutkan aku bila nak naik form three. secara automatiknya tahap keyakinan aku terus GEDEBUK BUSHHHH BOOOOOM GEDEBAK jatuh merudum. cuma yang aku excited nak pi sekolah ialah nak peluk cium member yang dah lama tak jumpak & nak pakai barang baru pi sekolah. *poyo tadak tahap* what if.. subjek form 3 semuanya susah? what if.. cikgu form 3 semuanya garang setahap singa lapaq? what if.. aku dan semua geng busyuk tak sama kelas? what if.. aku tak boleh MAKAN NASIK PAKCIK MUNET TAUN DEPAN???







 

0 komen di sini:

Post a Comment