CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 22, 2010

first date after almost 6 months :)

hello dearest readers ;) 

kelmarin satu hari aku tak online. laptop pun tak sentuh! hahaha. seawal pagi aku bangun. then lepak lepak kat meja makan, melahap apa yang ada. hehe. lebih kurang pukul 10 lebih aku bersiap siap nak keluar pegi bustop. mandi, serika baju, serika tudung, prepeare barang dalam beg, dan bermacam macam lagi. akhirnya tepat pukul 11. I'm ready! For the last time, aku mengadap cermin. betulkan apa yang patut. tepat 11.15 pagi aku keluaq lalala menuju ke bustop tercinta. ada sorang pakcik. dia duduk nun hujung di sini. so aku pun duduk nun hujung di sana :)

lebih kurang 20minit yang penuh resah dan gelisah menanti bus. akhirnya! sengih lebar aku bila nampak bus yang ditunggu berenti depan mata. aku bagi pakcik tu naik dulu. takkan aku nak hegeh hegeh naik dulu kot. sekali lagi, kitorang duduk dua orang bersama kat belakang sekali. dia hujung sana, aku hujung sini. hehehe. bayar tambang sampai 90sen! hurh! naik takat keat hwa ja pun. bukan sampai pekan rabu. mahai gila. bila dah nampak Old Town aku cepat2 picit loceng. TRINGGG! bas pun KREEKKKKKK berenti. aku pun turun. teruih aku text minah toek. "syaza! aku sampai dah." 

dengan penuh lenggang kangkung. aku pun melintas. kiri kanan kiri kanan kiri. lintas... tiba tiba PON PON! melatah aku sorang sorang tengah jalan tu. leh rupa rupanya mamat yang otaknya tak betui dok tesengih sengih ataih moto dia kat aku. ada ka mengorat orang tengah jalan? kot ya pun bagi la aku sampai seberang dulu.. pastu nak hon sampai hang puaih hati pun takpa aih. payah sunggoh ada manusia cam ni.haha.

lepastu tecangak cangak la aku depan sinaran menunggu syaza. sambil tu tengah texting dengan si dia. lebih kurang 10 minit tunggu, syaza pun mai dengan beskal nya. adoi! aku pakai lawa lawa ni kena naik beskal. naseb la orang kot situ tak ramai. kalau dah habehla reputasi aku. hahaha. sampai rumah syaza, dia dengan sepupunya yang kecik molek tu mandi manda dan bersiap lepastu terus bertolak ke alor setar mall menggunakan dua kaki masing masing yang dikurniakan ni. sempoi dak? hahaha. then tetiba dia ngan may nak mai amek ngan keta. redha ja. keta lawa gila kot! taleyh blah sungguh. gelak tak berenti aku ngan syaza.

seperti biasa first destination bila masuk ke alor setar mall ialah toilet :) membetulkan apa yang dah serabut. selesai, pegi check tiket wayang. tapi tak decide lagi nak tengok ceta pa. dia ngan may pi jalan jalan dulu. aku, syaza ngan musfirah pi bakery tunggu azizi toek & haikal comot. sementara tunggu haikal comot habeh makan, kitorang sembang sembang sambil tengah decide nak tengok show apa. akhirnya, keputusan dibuat. memandangkan ngangkung pukul 10 malam nanti, dan tron legacy nampaknya tak best, hantu mak limah pulak sangat mengarut, kitorang pun amek keputusan nak tengok ceta Aku Masih Dara. aku calling dia. habaq nak tengok ceta pa. dia ngan may on.


lenggang kangkung pulak aku, syaza ngan musfirah pegi beli tiket. lepastu pakat tunggu fahmi pulak. adoi, pinokio sorang ni lambat semedang! hahaha. lepastu aku, syaza, musfirah, haikal & azizi masuk dulu. dia dan may tunggu fahmi kat luaq. hmm, terserah. :)


lima minit, dia masuk. duduk sebelah aku. hehehe. sederet tu kami punya! full! hhahaa. pastu may ngan fahmi masuk. depa duduk depan dua orang. layan ceta aku masih dara. boleyh tahan ar. part lawak tu aku gelak sungguh sungguh. ok apa. aku menyokong lawak melayu! gelak sekuat yang boleh. seikhlas yang boleh. hahaha. tapi yang pasti dalam tu memang sejuk gila. si musfirah duduk tak diam! kalih sana, kalih sini, sat betinggung kat bawah, gelak, pot pet, macam macam. jenuh aku dok suruh dia duduk sengap. si syaza dok bercintan cintun ngan azizi toek. terpaksa la aku mengontrol musfirah. redha redha =='


habeh tu, pegi toilet. then, makan. lepastu tanpa membuang masa aku pegi shopping. benda yang paling dinanti nanti! heheh. tapi aku taleyh shopping banyak sangat. sebab bajet semakin kurang. mulanya pegi minum, then beli tiket, lepastu makan, duit aku bukan banyak sangat. aku pun shopping sekadar melepaskan gian, bukan memuaskan nafsu. hahaha. 2 helai baju saja.. adoi adoi. tak cukup! kalau boleh aku nak borong semua.hahaha. jeans BUM memang sangat menarik perhatian. tapi kena tahan. utamakan baju...utamakan baju. dah turun tu lepak depan kedai kasut lak. fuh! memang mencabar keimanan. aku taleyh tahan nafsu aku untuk tengok. sekadar tengok! lain kali pulak aku beli. tobat mama marah punya sebab aku baru beli kasut saja :)


then, masuk pacific. cari Prego. may sudah menghilang entah ke mana menguruskan kereta kesayangan :) hahaha yang tinggai sekarang cuma aku, syaza, musfirah, azizi, dia dan fahmi. haikal comot menguruskan bininya iaitu moto. hahaha. lawak sunggoh dia kemaren, dengan jambul ceplosnya. haha. mentang mentang dah habeh sekolah. dok wat stai simpan rambut. 


habeh peli prego, lepaking dekat bakery. syaza ngan azizi satu meja. aku, musfirah, dia dan fahmi satu meja. budak musfirah tu dok wat lawak bodoh! hahaha. tak tahan aku. pastu secara automatiknya musfirah kena cap sebagai mami jarum. amek kau! mengata orang sangat. dengan rantai, gelang tangan, gelang kaki, subang segalanya. dahla kecik tapi pot pet pot pet. cakap tak berenti macam anak ayam dapat dedak. hahaha. setengah jam lepak situ. dia dan fahmi balek. aku pun nak balek arr. tunggu pa lama lama dah dia tadak.


pi rumah syaza. ada projek. heheheh. syok syok dok wat gila ngan syaza. then mama mai amek pegi makan makan nak celebrate birthday nenda yang ke tujuh puluh iaitu pada 21 Disember 1010.fuhh! nenda dah tujuh puluh tahun tapi masih gagah dan segak bergaya :) tengok cucu la beb. hahaha. lepastu balek dan texting dengan dia. huuu tak puas jumpa. rindu dia dah macam orang gila. 


hari ni dia amek result. apa pun keputusan dia aku tetap sokong. aku tetap bangga. aku tak kisah apa orang kata. aku tetap sayang dia :)

0 komen di sini:

Post a Comment