CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 17, 2010

salam aidil adha to all Muslims.

assalamualaikum everybody :) firstly nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha. syok makan daging lembu? masjid kat rumah aku ni buat korban lembu esok. pastu my aunty ada buat aqiqah untuk her lovely little son Muhammad Isyraq Hafeez. esok sesiapa yang nak jumpa aku meh ramai2 pegi masjid tambak bunga. hahahaha :D aku tengok orang korban lembu esok, salah satu aktiviti yang aku tak akan miss setiap tahun. bukan senang woo. siap bertakbir sekali. fuh, boleh meremang bulu roma.

sekarang ni aku dalam keadaan bosan yang amat kritikal. mana taknya, aku dah kebuntuan idea nak buat apa. kredit pun tadak. kedai pulok tak bukak. apa nih, takkan orang cina pun beraya? takkan diorang menyibuk nak sembelih lembu? *hahaha nampak sangat aku meluat apeks & amois. tengok HBO pun, movie lama entah apa apa. tadi adala aku terlena kejap. kalau tak memang tanak lena. tapi disebabkan keletihan keboringan dan banyak sebab lagi, aku pun terlena sambil memeluk teddy adik aku; DADA. teddy aku pegi mana? ada, aku sembunyi. kang tak pasal teddy aku jadi cekodok dilanyak oleh sepupu sepupu tersayang :)

hah! azan Asar. okeh. senyap semua..hormat azan. menaip takpa. hehehe. hari Sabtu ni, kenduri kahwin Syahmi. ops! hahahaha kenduri kahwin kakak dialah. harap harap mama boleh teman aku pegi. DALILOS! pegi ahh. tak sporting la kamu. syaza & aby mungkin pegi. aku, hehehe memang pegi. yalaah. dah orang invite kan. *takda udang di sebalik batu ok? ;) sekadar memenuhi undangan seorang teman lama.

plan untuk hari esok, wallahualam lah. sebab aku pun tak boleh nak contact sesiapa. sekali lagi aku ulang, KREDIT TADAK. nak tepon syafiq ke, hasif ke, memang tak boleh melainkan aku menaikkan bil telepon rumah. hahahaha. lagipun esok kan hari raya kedua aidil adha? aku tak sure boleh keluar ke tak. adooi. kalau boleh pun, hamba Allah manalah yang bermurah hati nak hantar aku?

sekarang ni aku sedang dalam proses menghabiskan sebuah novel yang sangat tebal kepunyaan my aunty. entah bilalah nak habis. kalau dah menghadap novel tuh, jangan harap aku nak buat keja lain dah. cukup pantang kalau ada orang mengganggu masa aku tengah berdating dengan novel. hahahaha :DD

tadi tanpa disangka sangka, masa aku tengah dengar lagu Maher Zain, tengah melayan suaranya yang ala ala suara aku tu, (hahahahaha) ada seorang hamba Allah ni menelepon. number? ohh ohh aku tak kenal. aku pun jawab.

aku : hello?

dia : haa helo. kenai dak?

aku: takenai.

dia: boleh cakap dengan Silmina Izzan?

*secara kebetulan aku dengar 'suara latar', "I LOVE YOU SITI!" aku pun terpikir. mangkuk ayun manalah yang tepon aku ni....

aku: ya saya.

dia: kenai dak sapa ni?

aku: dak takenai. sapadia ni?

dia: ***** lah.

aku: ***** mana?

dia: ***** jalan pegawai.

spontan aku gelak. dia pun gelak. dia kata, "hooo sombong hang noh." aku kata mana ada. then kami pun sembang laa. teringat pulak zaman darjah 6, tiap2 hari tepon aku sebab aku jadi best friend kepada perempuan yang nak di-tackle-nya. dia gelak bila aku bagitau reunion tak jadi. ish! mangkuk ayun ni aku sekeh jugak kepala dia. bila aku tanya cemana dia dapat number aku, terkeluarlah nama DALILOS. hahahaha aku dah agak :)

haa! dia pesan, kalau aku boring, cari dia. pasti! aku akan cari dia kalau aku boring. padan muka. hahahaha.

okey. got to go now. tataa :)

0 komen di sini:

Post a Comment