CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Friday, November 19, 2010

harry potter :)

hello hello, long time no see, my dearest readers :)

hari kemaren, hahahaha (khamis) aku pegi alor setar mall.
hehehe. tehegeh hegeh gila siap boh gambaq alor setar mall. kepada sesiapa yang belum pernah tengok rupa asmall yang macho bergaya ni, inilah rupanya. hahahaha :D

sampai sana pukoi 12. telepon mr.okey dokey. dia kata nak pi makan puloks. adooih ini mamat, boleh pi makan. orang dah janji pukoi 12 sharp. mama kata, "INILAH JANJI MELAYU." hahahaha. buat cemana. aku pun merungut ahh kat dia. tetiba dia text aku. "tak jadi pegi makan. kesian hang." hahahaha bagoih la mr.okey dokey ni kan? :)


wayang setat pukoi 2. saja tehegeh nak dating ngan mr.okey dokey sampai 2 jam. mula mula pegi check out ticket. huh, memang tempat sangatlah terhad. tinggai berapa ja lagi! yang lain memang dah penuh. redha ja amek tempat kat mana pun. yang penting dapat tengok.. besila atas lantai pun aku sanggup. hahaha.


then, kami pegi minum minum. of course lah mr.okey dokey yang belanja. baru gentleman. hahahaha :D dia coke, aku macam biasa milo ais. sembang sembang sambil tengok gelagat manusia kat sana. agak bertuah la, kebetulan hari khamis tak ramai orangg. kalau ramai pun, melayu. cina kurang sikit. hahaha alhamdulillah. tak payah sesak mata aku ni kan :)


pukoi 1.05 petang, aku cuba menelon mamat top. adoih! peti simpanan suara. kedit tereject beberapa kupang. takpaa, cuba lagi.masih sama. rajen sunggoh operator jawab telepon ehh, heran aku. last2, aku biar ja. alah rilek, baru satu lima minit. pastu satu setengah, aku text dia. tadak respon. aku ngan mr.okey dokey pegi survey kedai makan dulu. kfc? bosan menghadap ayam. georgetown? takut over budget. hehehe. dan yang menjadi pilihan kalbu ialah uno cafe bersebelahan ebox. hah! dah siap merangka menu dalam kepala otak..


1.50, mamat top telepon aku. hah! wujud lagi dia rupanya...hahaha. dia kata sampai dah. tapi ada bad news. tiket wayang SOLD OUT! adooi. nak gelak pun ada. nak wat cemana. nasib badan. aku pun masuk la dalam panggung. dengan sepenuh keyakinan aku dan mr. okey dokey amek tempat. selamba badak. walaupun aku dapat rasa tempat tu bukan tempat kami. mr. okey dokey kata, "biaq ja. hang ingat orang lain ikut sangat seat dalam tiket tuu?" aku pun buat bodoh saja. aku text mamat top, dia kata dia tengok 2 Alam. hahaha, filem yang bakal masuk box office, 20 juta...adooi lawak lawak.


tetiba masuk lah satu geng ni. diorang merungut tempat tadak. aku dan mr.okey dokey dah ketaq perut. tapi kami masih mengekalkan muka innocent kami. tetiba ada sorang lelaki ni teguq mr.okey dokey, "Bang, tengok tiket jap." mr.okey dokey pun bagi laa. "ehh bang, L* dengan L* ni kat depan ni. seat abang duduk ni tempat kami." argh! kantoi! aku cepaat bangun sebelum orang laain sedaq. aku tolak mr.okey dokey ke depan, suruh dia jalan dulu. ahh! malu! malu!


takpaa. stay cun, stay macho. kami teruskan tengok wayang. nak tau ceta apa? hahahaha harry potter and the deathly hollows part 1.
ni salah satu babak dalam ceta tu. time ni diorang baru lepas lari dari wedding kawan diorang yang telah diserang oleh konco konco You-Know-Who. emma watson cun gilaa kan? daniel memang tetap dengan ke-macho-annya. ronald weasley pulak masih dengan muka innocent. hahahaha syok ooo :)


habeh wayang, kami serbu toilet. adoi, tak tahan ooo, sejuk gilaa. teketaq-ketaq aku ngan mr.okey dokey dalam wayang tuu. selesai melepaskan hajat masing masing, kami menuju ke uno cafe, ada mamat top and the gang. kami pun duduk. si hidung mancung bertanya, "Dalilaa mana?" adois! kot la nak tanya, "hang sehat kaa?" aku pun wat muka boring, "dalila takleh mai. last minute." dia pun haa haa, terhanggguk hangguk. pesanan pun sampai. kami pun melantak. haa! memang sedap. mr.okey dokey makan chicken chop & ice lemon tea, aku macam biasa, golden fish and chip & milo ais. kenyangg...adoih.


selesai makan, mamat top blah ngan member dia. aku ikut mr.okey dokey jumpak kakak dia. hahahaha gilaa toi. kakak dia mmang lawak mampoih. begelak sakan depan uno cafe. pahtu dok begambar. aku pastinya amek gambar ngan mr.okey dokey :) nanti aku upload yeah. keadaan sekarang tak mengizinkan. pukul 5.21, mama call. dia dah sampai, nak amek aku. aku pun ber-farewell dengan depaa, dan masuk kereta menuju ke jitra. 


hari yang amat memenatkan bagi aku. 
apa apa pun, harry potter memang best. berbaloi rm10 aku. uno cafe pun syok! berbaloi berbelas belas ringgit aku. hehehe.


okeh! nak bumbum. esok kejaa. bye semua :)

3 komen di sini:

topz said...

hg ni awt xajk aq jln2,aq mna balik g msa 2 tgah dok umh fami,tudia aih hg dok smpai koi 5 nuh,,dh la aq balik 2 xtaw nk wt pa,,bla2 g kita kluaq lg,,rugi xleh tgok skali hahahah,tp skali ni hg xsegan2 sportin' gak,tp ceta 2 alam tu mmg xbrapa syok sgat,,tp klaw hg da lam 2 da tiga org sekawan yg gegeh dok lam wyg,,yg syok bla da 1 scene yg smua senyap(lama) da sorang bdak pkai baju putih kta boo kuat2 hahahahahahhaahah

Sil said...

hahahaha maana aq tau, ingat bila hang kata dah balek umah fahmi, malaih nak suruh hang mai asmall sekali lagi, takpa len kali kita jalan2 naah, hahahaha tapi aq rasa yang budak pakai baju putih kata boooooooo kuat2 tu hang la kan, hahahahahaha

topz said...

mmg aq pon hahahhaha,,aq dok lm 2 mna leh dok diam

Post a Comment