CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 20, 2010

huiyo, aku kerja!

hello hai olah ASSALAMUALAIKUM :) hari ni memang penat gilaa. tadi pagi bangun pukul 5.30 pagi. adooi berat gila mata ni. rasa cam nak terus tidoq dengan selimut kesayangan dan teddy kesayangan. nyam nyam..memang best. tapi bagi memenuhi impian aku untuk shopping dengan cara yang lebih adventure sikit, maksud aku, takmau dapat duit dengan mudah, nak berusaha sendiri..hehehe. adik pegi mandi dulu, aku melentok atas sofa. then, my turn. huu...sejuk sejuk!

aku, tudung hitam, baju lengan panjang ungu, berbling bling, jeans dan kasut hitam. aku masuk keta, aku tanya abah, "Ok dak baju cemni?" abah diam ja, aku nampak abah macam redha ja. hahahahaha. ooi, nak pegi keja pun, kena belawa lawa laah, tak pasai jumpak hamba-hamba Allah yang dikenali, so aku takdakla nampak selekeh sangat kan? hehehe. awal awal tu aku tolong abah kemaskan apa yang patut. balut sudu, garpu dan pisau. aceceh mulanya rasa alah senang kacang putih jee kerja ni. start pukul 8.....

ADOI! aku tak berpeluang nak duduk langsung! bayangkanlah betapa sakitnya kaki aku ni. dahla kaki yang molek ni pantang jalan & berdiri lama senang lenguh & sakit. macam macam aku buat, kecuali MASAK! haahahaha bab masak aku serahkan kat mr.expert kita, Encik Mohd Pauzi, abah kesayangan :) kang kalau aku masak habis rosak semuanya. aku tuang sos, black pepper sauce, kacang merah, sausage, aku letak sudu garpu dan aku hantaq. berulang alik. penat gilaa. nampak macam senang tapi tersangatlah penat, hanya Tuhan yang mengetahui. kira pencapaian aku luluslah, tak pernah tersilap meja. hehehe.

then, dah habes semua lebih kurang pukul 12, aku berenti minum. kak nurul dengan abang sham (ehek...abang? hahahaha) makan nasik. diorang ajak kami makan sekali. tapi taknaklah...malas. haa kerja lepas makan tu yang paling YUCKER sekali. basuh pinggan. dengan sisa sisanya. haiyo ini betul macam fear factor. macam nak termuntah aku!

habes semuanya, kami pun balek. dapat upah. hehehehe rahsia :) balek tu aku terus besiap siap pulak nak pegi kenduri syahmi. huu..penat penat. tapi takpaa. bukan selalu kan? pegi sana dengan mama & uncle. dari jauh aku dah nampak Ah Leng (hahaha jangan salahkan aku, member dia yang panggi ceni) dengan baju melayu oren & songkok. huh! agak hensom laa. hehehe. segan gilaaa. amek nasik, nampak kawan lama. aku tegoq ahh. kalau tak tegoq kang orang cakap aku sombong pulak.

hui. penat pun, aku bedal sampai 2 pinggan nasik kat kenduri syahmi! hahahaha yang pastinya bukan aku yang ambik nasik tambah. uncle menjadi mangsa. aku nak aiskrim tpi segan ahh. besaq2 pun makan aiskrim lagi. haa! ada satu hamba Allah yang aku tak sangka langsung dapat jumpa. Cikgu Ibrahim bin Kamis, bekas pengetua jalan pegawai! hahahaha. malu cek nak tegoq..

balek tu, aku target nak melelapkan mata merehatkan minda. tapi boleh saat ja. aku dok begayut. then 5.30petang, ada party hari jadi untuk sepupu aku, Insyirah Hany, kakak kepada Muhammad Isyraq Hafeez. esok nak kerja lagi. penat...tapi lumayan. takpaa, selagi ada tulang empat kerat ni. ahahaha :DD

okay. setakat ni dulu. insyaAllah esok ada lagi entri baru. got to go now..bye bye bebeh.

saja buat demo. hahaha tapi abah tak jual benda ni. abah cuma jual breakfast set contohnya macam mix omelette, koko krunch, jumbo sausage dan macam2 lagi. jemput datang ke Kopitiam Jalan Teluk Wanjah (belakang menara). Hani's Grill yeah :) kalau untung boleh jumpa aku. hehehe.

1 komen di sini:

Muhamad Afiff Aiman said...

bagus la eseh ado kojo, den sampai skang dok nganggor laie, somangek kojo tu ado, tapi ado ponyakik yg den tak boleh elak, ponyakik yg memang sonang morebak, ponyakik ni kalau kono memang molotop, ponyakik yo namo eh, ponyakik maleh...
rutin den online, agak2 boring den lolap, kalau den rajin den bojoging... tu pun den joging kek dalam umah yo, tak larek nak kuar umah... kuar umah pon wat saket ati yo.. den bangun tido pun dokek pukul tigo... so den molokek kek umah bapo jam yo...
btw, eseh kem salam kek mama eseh yo, kato kek mama, kawan lamo dio kem salam...
p/s sori bobanyak, den nyebok kek sini.. den bosan ni... jangan eseh marah yo, nanti eseh copek tuo...

Post a Comment