CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Monday, November 29, 2010

sabar jee.

kelmarin dulu kaan, nazrin datang rumah. hehehe tapi tak masuk pun. pagar pun aku tak bukak. yalah sebab dia kan lelaki. kalau aku bukak kang orang cakap apa pulak. lagipun dia datang kejap jee sebab nak amek duit reunion dia & luqman. hah! selesai dua orang. actually 3 orang. nazrin & luqman dah beres. duit DALILOS pulak, dia suruh aku topup. tapi aku tak topup lagi. sorry la DALILOS! tak berkesempatan lak. asyik hujan jaa. duit yang lain2 tu, wallahualam la. aku akan ikhtiarkan (ewah).

then mama calling2. dia tanya sai novel. aku dah target daah, ni mesti mama nak beli novel kat aku ni. mama kata novel ain maisarah yang the latest one tadak. aku pun suruhla mama beli Aku, Dia & Glamor. hahaha syok gilaah. mama beli satu novel untuk aku, satu untuk yaya, satu untuk dada, satu majalah & satu novel untuk dia sendiri. mama kataa, kalau ada MPH Bookstore kat kedah mama boleh dok sana dari pagi sampai malam. aku sokong! memang syurga duniawi. hehe.

then tunggu la mama balek. memang tak sabaq sebab dapat novel baru. lebih kurang lepaih maghrib kot mama balik laa. hahaha aku teloncat loncat ngan kakak aku keluaq rumah bukak pagaq. yalah dah malam confirm tadak sapa nampak punyaa :) pastu mama reverse keta nak parking dalam garaj. aku jerit laa MAMA STOP!! then mama pun stop. hahahaha aku buat benda yang dah lama aku tak buat. aku panjat atas bonet dan aku meniarap. sambil tu keta dok reverse. pergh memang syok! ingat nak bersila ataih bumbung ja tapi bahaya ngat aih. tak pasai mama brek aku tetungging. macam tu baru sempoi :)

then masuk rumah aku tesengih sengih. yeyeh...novel. then mama bagi something kat aku. ehh ni bukan novel nih. tapi BAJU! ohhhhhh I love it. pastu baru mama bagi novel. hahahaha memang syok la. dapat baju dan novel sekaligus. baju warna kelabu, sukaaaa sangat :) malam tu keluar makan terus pakai baju tu. novel pulak aku tindih dengan album lama yang gedabak2 tuu, supaya kekal cantik. itulaa salah satu petua jaga novel, tindih dengan benda berat. heehe.

so sekarang ni aku dalam proses nak habiskan novel tuu. masih ada 2 novel yang aku belum baca, 1 novel aku belum habiskan dan 1 novel aku tengah baca. hahahaha. perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata kata. entah bila lah aku boleh habiskan semua? dahla PMR tahun depan. ohh no! kalau boleh aku taknak ingat PMR tapi nak buat cemana dah memang kena ingat dan sentiasa teringat walaupun takmau ingat -_____-

dan satu lagi, aku sentiasa paksa diri aku untuk kerja tiap tiap hari, walaupun aku tersangat malas. aku nak kumpul duit! aku tau kalau aku mintak selamba badak kat abah, abah takkan bagi. hahaha. so aku pun pilih jalan BERSUSAH SUSAH DAHULU BERSUKA SUKI KEMUDIAN. kerja, dapat duit, simpan & shopping. duit aku, hasil titik peluh aku, so suka hati aku laa nak buat apa pun. sama ada aku nak habiskan semua, nak simpan, aku punya suki. hahahaha :D

so aku kena sabar la sementara tengah kumpul duit bagi cukup ni. benda pertama yang aku nak cari mestila NOVEL. hehehe. then, baju. pastu, kasut. kalau rasa tak puas lagi aku beli pulak selendangg. dah lama belek baju nih. sapa agaknya nak jadi mangsa aku? hahaa jenuh sakit kaki la kalau teman aku shopping. tolong jangan mengelak kalau aku ajak, yeah. pertolongan dan kerjasama semua amat dihargai.

macam mana kalau..

TENGOK WAYANG?

7 komen di sini:

topz said...

aq snggop tman hg.
jom shopping!!!

dalila aka dalilos said...

aq ang tamaw tman?
tman sil ja nyh....

topz said...

haaa,,hg da dah pneman,,wt xtaw leh,,hahahahah

dalila aka dalilos said...

ang pa kta cmtu??? takan kmi nk brkepit ja...
skali skala nk brkepit nan ang lak. hahaha..
kta jln dua biaq sil jln blakang.
:D

Sil said...

WOI! taleyh2. kalau hang nak amek peneman aq ni hang kena bagi faris teman aq. sempoi gila. hahahaa hang jalan ngan hasif kat depan aq bekepit ngan faris. kami nak watpa pun bukan hang taw. hahahahaaha

dalila aka dalilos said...

hoish! taleyh2....
aku, asif, nan fris jln dpn. ang blakang.
aku dok tgh. dpa 2 apit aku. haha...
ang kt blakang pndang kmi sayu ja...

King Fabulous said...

tak pe, sil, king di sini sedie menemani... hahaha nak ke taknak? [muke macho]

Post a Comment