CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 12, 2010

last day :)

hari ni dengan penuh terujanya aku mengumumkan, hari Sabtu, 13 November 2010. ada apa dengan sabtu? hah! hari terakhir aku menghadap kertas kertas soalan! wuuh. satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata kata. hari ni paper kacang putih jee. kemahiran hidup, pendidikan seni 1 dan english 1. aku percaya sepanjang aku berada kat sekolah hari ni, aku akan tersenyum lebar saja. hah! kepada warga sekolah menengah jenis kebangsaan keat hwa, tolong jangan rosakkan mood aku yang tengah warna warni ni yeah :)

semalam, syoook. aku ajak abah pegi makan kat Kuala Perlis, tempat seafood terbaaaaik punya (hahahah sembangg, aku makan ikan jaa). tetiba muncullah idea gempak lagi berkrim manis dari kepala otak abah yang BIJAK tuu, "Jom ajak paksu nak?" puuh! semua dalam kereta pakat tediam sat. dan..... "NAK!" abah pun amek handphone dia yang maha canggih tu dan tot tet tot tet tepon paksu. dan paksu pun memberikan kata putusnya, dia boleh ikut tapi umaimah takdak, pegi cameron. takpalah. tetap HOYEAH! yeyeh..paksu ikut. yeyeh...paksu ikut.

abah pun VROOOM pegi rumah paksu. sampai di sana, nampak paksu tengah melepak dengan warga warga emas ni. excuse me, paksu aku ni masih muda dan gagah. cuma melepak dengan warga emas saja. maksu pulak meronda dengan ummi. lang yah & apan dalam rumah. aku tak berani nak masuk.. air masih ada. lecah! becak! nanti kotorlaa kasut aku yang maha tinggi ni. aku pun buat keputusan naik moto pegi meronda ngan adik. lagi sekali, excuse me! bukan aku yang bawak moto. kalau aku bawak..ntah tiang mana lagi yang aku nak kiss. kiss tiang takpaa, jangan pegi kiss anak teruna orang kat kampung tu sudahla. ops! maaf. hehehe...

pastu kitorang pun betolak la lebih kurang pukul berapa taktau, aku pun tak ingat. tapi kan..apan..hehehe. fuhh! semerbak harum! ntah berapa botol perfume la yang mamat ni pakai. dengan rambutnya mengalahkan landak. serba hitam bajunya. hahahaha. kalau awek dia tengok sah cair serta merta ni. ish! sebaik la dia ni sepupu aku. tua setahun jee dari aku. hehehe...

sampai kat Kuala Perlis, kami pun cari tempat duduk. tetiba aton pulak buat hal. "bah...nak tencing..." abah pun buat la muka macho setaraf rosyam noor dia tuu, "ijan..tolong sat naah.." adoooi! bab pegi tandas awam ni la yang paling aku meluat sekali. dahla tandas pun nun jauh di hujung selatan. hahahaha. aku pun tepaksa la meredhakan perangai aton yang memang toek ni. lebih baik pegi toilet dari biar dia melepaskan hajat kat depan orang ramai ni. hmm...aton...ijan cekik aton...

sampai balik kat meja makan, nampakla abah pulun laa makan. hahahahaha. kurang asaam. kot la nak tunggu. hmm..takpa takpa. aku terus basuh tangan, duduk, dan BERSANTAP! ikan kat kuala perlis memang power. nampak laa ada couple mat salleh ni dok tangkap gambar laut. konon sentimental la tu... aceh. laut pun hitam, gelap, nak nampak apa? belakon!

selesai makan. semua pakat tersandar kekenyangan. masuk kereta, abah pasang GI Joe Rise of the Cobra. aduh...ni yang lemah semangat ni. pening karang... tapi sebab nak kasi budak2 tu diam, aku redha ja. sambil dengar lagu Beast, aku pun berangan laaa...hhahaha. rahsia laaa aku berangan apa..

kena hantar paksu. time ni memang dah mengaantuk tahap kuasa lapan. dengan sakit pinggangnya. adoi...mendera bebeno.

sampai rumah pukul 11. salin baju, then BOOM! aku merebahkan badan. dan..texting kejap dengan budak toek, pastu mata terpejam, dan.......zzzzzzzz.....

*malam ni kalau rajin aku tulis entri baru. sempena meraikan habis exam :)

0 komen di sini:

Post a Comment