CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 7, 2010

dear novels, wait for me.

kelmarin dulu, aku ada selongkar rak buku kat atas. dan secara tak sengajanya aku ada jumpa 9 buah novel! gosh! ini memang benar benar menggugat keimanan dan kesabaran aku. aku berusaha nak menahan keinginan aku. sesungguhnya benda yang menghalang aku untuk membaca novel ialah EXAM! sebab examlah aku tahan diri aku nak baca semua novel novel yang sangat menggoda tu.

tambahan pulak, masa aku keluar town dengan DALILOS dan budak2 ampang haritu, aku ada beli novel jugak. aduhai.. aku usaha tahan untuk baca. padahal novel tu aku beli sebelum exam. argh! tension nyaa! tahukah betapa susahnya nak jauhkan diri ni daripada novel. bila baca geografi, teringat novel. baca science, teringat novel. even masa otak tengah pikir sungguh2 buat latihan maths pun boleh teringat novel lagi! haiyo, ini memang sudah angau teruk. cepatlah exam.. cepatlah habis,, cepatlah pergi... aku nak baca novel..

haa! selain novel, ada benda lain yang mengganggu kepala otak aku yang tak seberapa masa tengah study. huh! aku asyik ingat, ALAH CUTI NI NAK BELI BAJU & KASUT LA. ohh tidak! sesungguhnya memang dah lama aku tak shopping ni. baju! kasut! selendang! rindunyaaa nak belek belek semuanya... tapi memandangkan exam belum selesai. aku harus lupakan buat sementara. ha! jangan lupa! harry potter 7 keluar kat pawagam 19november ni. aduhaaai, tak sabarnyaaa.

tak mengapa! assabarul minal iman. exam ni akan habis jugak nanti! tinggal lagi 4 hari, selasa rabu khamis & sabtu, dan final exam aku akan berakhir dan aku boleh malas2 kan diri aku. novels, shopping, wayang. tak sabarnyaaa.

shopping complex! saya akan datang jua nanti. baju, kasut dan selendang, bersedialah untuk menjadi milik saya. huh! tarik nafas, lepas. sabar sabar sabar...

wahai novel yang amat disayangi. akan ku terokai dirimu sebaik sahaja perjuanganku selesai untuk tahun ni. tunggu! akan ku habiskan masa berjam jam bersama denganmu. aku janji :)

untuk exam pulaa, aku akan berusaha sehabis baik untuk tidak mengecewakan aku sendiri, keluarga, cikgu dan rakan rakan. harapnya aku berjaya... chaiyok chaiyok!

3 komen di sini:

Muhamad Afiff Aiman said...

novel novel, i tak penah khatam novel kecuali kapten hassan dan aku anak timur, novel sekolah...

sitisilminaizzan said...

bukan syok pun kapten hassan tuu,

Muhamad Afiff Aiman said...

ntah laa... i bace je... tak paham satu pun...

Post a Comment