CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Sunday, November 7, 2010

Congratulations to myself.

hah everybody! ada yang rindu blog aku dak? ataupun rindu aku? hahaha.. aku  ingkar janji kepada diri sendiri untuk tak membuka blog & facebook selagi exam tak habis. tapi takpa kot, aku online dah tak berjam jam macam dulu. online pun less than 30 minutes. kali ni lah lama sikit sebab aku decide nak masukkan entri baru. CUPCAKE! I miss you so much... ;)

untuk cuti empat hari ni, aku dah bertekad nak manfaatkan sebaik mungkin. aku nak study, baca, study, baca... hari selasa ni ada Science Paper 1 dan jugak Geografi. dua subjek yang boleh tahan ngeri. hahaha. aku baca sampai naik juling mata! sampai ada sorang member aku kata, "Everytime I tanye u tengah buat ape..mesti u cakap study." hahahaha! aku gembira dengan diri aku sendiri. tahniah, silmina! anda telah berjaya merajinkan diri anda dan mengawal diri anda supaya duduk sengap2 & study!

tapi, walaupun aku study baca study baca, aku tak rasa yakin pun yang aku boleh jawab dengan elok nanti. takutlah... ujian bulan Ogos aku menurun, sangat sangat menurun, di sini aku bagitau secara terang terangan, walaupun aku sangat malu.. peperiksaan pertengahan tahun aku dapat 7A, tapi ujian bula ogos aku cuma dapat 3A saja... dan secara automatik keyakinan aku kedebuuuum jatuh mendadak! aku dah tak yakin boleh jawab exam kali ni... huuuu cemana ni? sedihnyaa.... aku takmau dah dapat 3A. sepanjang aku sekolah tahun 2010 ni, 3A ialah result paling buruk pernah aku dapat! hibaaaaaaa ;(

cemana kalau exam ni aku menurun? tak boleh jawab? teruk? gagal?

kalau nak tahu aku nangis dapat 3A tuu....

macam mana PMR tahun 2011? kalau aku tak dapat 8A macam mana? kakak, adik, yaya, dada, aton, nenda, aboy, nana, tata dan paling utama MAMA DAN ABAH... apa agaknya diorang nak cakap kalau aku tak dapat 8A? mesti kecewa yang teramat. aku dahla sekolah keat hwa saja.... mathematics pun aku terkedek kedek.. dulu ok ja boleh dapat sampai 80 above & 90.. tapi kali ni, huh. sedih.. ramai member aku cakap, "NO WORRIES.. I'M SURE YOU CAN DO IT." diorang yang sure, tapi bukan aku. aku tak sure langsung...

cikgu akan mengata kalau aku turun..sama macam cikgu kata kat anas shafawi. aku takmau....

apa apa pun, insyaAllah I will try my best. kawan kawan, tolong doakan aku.. ni final exam aku.

buku geografi dan science sedang menanti...(tarik nafas panjang panjang dan lepas)

bye semua. wish me luck. hampa kena tau yang aku tersangat takut!

*struggle struggle -_-

4 komen di sini:

King Fabulous said...

i dapat bayangkan muke u bile type mende ni... hahahaha that's very very very funny babe...

Sil said...

funny kepala lutut.. you pandai takpela kan,

King Fabulous said...

pandai kepale paip.. pandai ape?

Sil said...

yelah i taip ni sedih2, i takut tak lulus exam, u boleh cakap VERY VERY VERY FUNNY BABE.. thanks for the comment anyway,

Post a Comment