CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 11, 2010

PUAN SUHAIZA, terima kasih banyak!

akhirnya, setelah menunggu dan menunggu, aku dapat jugak cakap dengan orang yang paling susah nak cakap dengan aku! hehehe. puan suhaiza lah... sapa lagi. huu memang best ckap dengan dia, nasib baiklah aunty jaja jenis mesra alam, so aku pun tak kekok sangat cakap dengan dia. so dengan ini secara rasminya aku umumkan, TEMPAT DAH TETAP (holiday villa) TARIKH DAH TETAP (27 november 2010) dan HARGA DAH TETAP (RM28.00 sorang). hu, selesai satu masalah. sekarang ni, apa yang aku risau ialah sambutan reunion ni macam tak memberansangkan. memang kat event facebook hampir 30 orang nak mai, tapi tu pun belum confirm. cemana kalau tetiba depa buat hal tamau pi? tak ke naya.. hee menakutkan lah. payah gila nak mintak kerjasama semua orang ni.. hadoi. budak sekolah aku pun aku belum habis pujuk lagi.. satu lagi masalah, bab duit. ramai yang nak bayaq time dah ada kat hotel..wei mana boleh. ingat kita makan kat restoran ka? ni hotel lah, one more time INI HOTEL LAH! kita tempah tau dak. so bila dah tempah, duit kena bayaq sebelum tarikh 27 November. macam duit pi rombongan. boleh ka bayaq sorang2 bila dah sampai tarikh? mesti tak boleh kan? hampa ni buat perangai macam tak penah buat tempahan ja. aku harap, budak2 skjp 2008 yang baik hati dan segak bergaya sanggup memberikan kerjasama untuk reunion ni. masing masing kena jalankan tugas, jangan harap kami2 ini saja. kami pun ada banyak keja lain nak buat. kerjasama semua amat diperlukan dan amat dihargai.. please okay?

sampai di sini dulu.
takda mood nak tulis banyak banyak, aku sedang dilanda kerisauan sebanyak 100%. bye semua :)

2 komen di sini:

Nur Sarah Afifah said...

wei pukui bapa haa ? budak sekolah aku dok tanya ni !

sitisilminaizzan said...

taktau lagi, nanti aku mintak pendapat mak aku. aku rasa pukul 12 sampai 6 tu lama sangat la. aku bagitau hang secepat mungkin, jangan risau. nanti aku heboh kat facebook sama.

Post a Comment