CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 11, 2010

oh tidak. silmina, jangan cari nahas!

malam ni, sekali lagi otak aku buat perangai. pasaipa taktau? huu..bahaya laguni. kalau otak aku selalu buat loqlaq ceni, satu hari nanti aku akan pinjam sat otak orang lain. hee payah ngat aih. tapi tadi memang tersentap jugak, kena sound dengan mama.

mama : ni apadia orang dok bagi hadiah kerap ngat ni?
aku : lah dah orang nak bagi ambik jelah. awatnya?
mama : jangan dok buat main main.. layan sana layan sini. kalau nak becintan, sorang sudah. yang dok pasang sampai 3 4 tu pasaipa?
aku : ma, mana ada... (time ni gugup sebentar, walaupun apa yang mama kata tu tak betoi, aku betul2 blank, taktau nak balas apa)
mama : sikit sikit mana ada. tu yang dok i love you you love me tu apa? jangan ijan.. payah nanti.

masa ni, aku diam tak kata apa dah. tang i love you tu muhong la. tapi rindu rindu memang ada. melayu la, inggerih cam jiwang ngat aih. ceqink sat aku. hmm.. mama memang terer lah bab bab menyindir dan memerli ni. tajam pulak tu, macam samurai. semenjak mama dah kata macam tu, bila aku online chat kat fb (aku memang selalu offline chat, KEMALASAN), aku tak layan dah orang yang aku takenal. sebelum ni, kalau rajin baru aku layan. sekarang, tak kira rajin atau dak, AKU TIDAK LAYAN. aku layan orang yang aku kenal saja.

OKAY HABIS BAB MAMA MEMERLI DAN AKU TERKESIMA.

sekarang, bab sorang hamba Allah ni. dia hantaq mesej,

dia : weh tolong aku,
aku : awat?
dia : aku boring, nak call hang sat. haha
aku : tapi jangan buat 3g. ha call la.

kami pun bersembang buat beberapa minit, pahtu letak. dia hantaq mesej lagi,

dia : amboih sora hang merdu ngat aih, sampai aku tertonggeng. hahaha ok ok takyah balas dah. sian hang (DIA GUNA MAXIS OKAY) nanti aku dah kaya aku topup kat hang hahaha
aku : sebagai denda aku balaih mesej hang ni, hang kena online malam ni. aku boring. (DIA ADA KAT LUAQ TIME NI, TAKLEH ONLINE)
dia : ok.

tunggu dan tunggu dan tunggu dan tunggu, DIA TAKDAK. huh! buat penat aku ja tunggu hang wey! rugi masa! kot la hang online lewat, aku pun tunggu la. kalau aku offline satgi hang marah lak. tapi bila aku tecongok macam orang bodo depan laptop, hang boleh begelak sakan goyang kaki ngan member hang. KALAU TAK BOLEH., BAGITAU TAK BOLEH. hang ingat aku tunggui kayu? takpala. thanks saja wei.

OKAY HABIS BAB AKU MENUNGGU.

tentang lagi seorang dia, aku rasa macam nak.. hmm. taktau laaaah. bayangkanlah, aku dah hampir dua tahun kenal dia. taktau nak kata lah. syahmi kalau baca blog kali ni mesti dia bengang kan? CT NI ASYIK TAKTAU SAJA..BILA NAK TAU? hahaha tulah ayat dia. yaa memang, aku asyik taktau saja. tapi aku pun taktau. hehehe. haa lagi seorang dia, ish ish, dari dulu lagi, dok cakap yang dia sayang aku. yang ni memang terang lagi bersuluh yang AKU TAK SUKA DIA :) aku biar saja. nak sayang? sayang la. nak benci? huu janganla. hehehe. kawan mau la. kadang2 sian gak kat dia, aku tak berapa nak layan, tapi walaupun aku tak layan, dia tetap SABAR saja, tak marah aku, tak merungut. hee TERIMA KASIH, KAWAN. aku hargai apa yang hang rasa kat aku tapi dalam masa yang sama MINTA MAAF, KAWAN. aku tak mampu nak balas. biar masa yang menentukan. insyaAllah.

OKAY HABIS BAB "DIA".

tentang ni, private mrivate. hehehe. aku rasa aku ada suka kat sorang tu la.. ish ish cemana hah? bila dapa mesej dari dia, RASA TERUJA. bila dia komen apa2 kat fb aku, RASA GEMBIRA dan aku pun tepuk tangan (tadak aih saja merapu). tapi macam aku cakap.. taktaula. hehehe. biaq masa yang tentukan. kalau ada jodoh, alhamdulillah. takdak, takpa. aku pun muda terantangtang lagi.. bukan andalusia. so toksah risau nah?

OKAY HABIS BAB ORANG YANG AKU SUKA.

hmm. sorang lagi dia. better takyah sebut nama. aku rasa ramai yang tau. aku ada mengaku aku suka kat dia (FUYOH TAK PENAH AKU MENGAKU CEMNI). then dia pun.. alaaah ceqink. hahaha. tapi laa ni aku heran sat.. awat rasa tadak pa pun kat dia? kosong semacam ja.. macam besa, tadak apa2. nampak dia, tak rasa DUP DAP DUP DAP, jantung aku normal. takdak la macam ALAHMAK TU LELAKI IDAMAN AKU LA! ADUH, CONTROL AYU! CONTROL CUN! JALAN CATWALK WEI! JANGAN JATUH TEPELEOT. lalu depan dia, besa jah. jalan kalut kalut serupa nampak hantu. tudung toksah kata la, depan orang gila pun aku ada pebetui jugak. control? tadak. wat muka aku cam besa la. law badmood, muka sekupang. boring, naik sikit lima kupang. happy, renyih sampai dahi la. senang kata bila aku lalu depan dia, jumpa dia, dapat mesej dari dia, dengaq cerita pasai dia, AKU BESA JA. so dapatlah kita buat kesimpulan di sini yang aku dah berjaya hilangkan perasaan suka aku kat dia. alhamdulillah.. ni yang aku mau. harap harap ini yang terbaik. insyaAllah.

panjangnyah mak ngah. tak sedaq pulak aku. ok ok aku pegi dulu. tata titi tutu :)

2 komen di sini:

adyemoboy said...

ape bende la byk sangat masalah ni...
aku tk dak masalah pun.....

sitisilminaizzan said...

masalah ni la yang warna warnikan hidup kita. kalau hidup tadak problem, sah boring.

Post a Comment