CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 13, 2010

exam punyaa pasal,

semalam ialah malam yang sangat mengerikan. jeng jeng jeng! ada apa? pocong? pontianak? toyol? tadak lah.. huu merepek sajah. gila, kalau betui2 ada benda tu semalam, confirm demam punya. nauzubilla hi minzalik! simpang malaikat 44! tak sanggup aku.. hehehe.

haa ni mai aku nak setori mori sikit pasal last night. semalam aku bajet, "HAA KAT RUMAH MAMA NANTI NAK BACA SEJARAH tiga empat bab, pastu baca novel, pastu sms & dengar lagu, then nak tidoq." tesenyum senyum lah aku, akhirnya aku berjaya memasang niat untuk rajin (baru bejaya pasang niat). ok lah, lebih kurang pukul 9 mama pun ajak balik, lepas offline facebook & sign out blog, aku pun nak blah la. aku angkut segala barang yang perlu (handphone, novel dan buku teks sejarah) dan masuk kereta.

semasa on the way, dengan secara tak sengajanya aku telah membuatkan mama NAIK ANGIN dan MENGAMUK. aku terbagitau kat mama pasal apa yang abah cakap. actually benda ni memang abah suruh bagitau kat mama, tapi aku tak sepatutnya bagitau, sebab aku tau kalau aku cakap kat mama, for sure mama akan MELETOP tahap gaban punya. tapi nak buat cemana, aku telepas cakap.. hadoi. bila aku dah cakap, FUHH. ayat ayat mama bagaikan terajang telinga aku ni. aku diam seribu bahasa. itulah.. salah aku jugak. bukan aku sorang, tapi abah pun! abah suka provok.. kan mama dah hangin. hu.. pening aku. aku buat bodoh saja, dan terus melayan handphone. memang nampak macam aku biadab tapi aku aku kisah sangat pasal benda ni, last last aku yang emosional. so aku mengambil langkah untuk BUAT BODOH, BUAT TAK TAHU dan BUAT TAK DENGAR. kan senang?

bila kereta dah membelok ke kiri dan masuk taman perumahan yang aku tinggal tu, aku rasa semacam je. mula mula tak perasan lagi. tapi lama lama.. aku pun pelik. ASAL GELAP SANGAT NIH? salah masuk taman ke? rasanya tak.. mama tak berangan walaupun dia marah. aku pun perasan tadi, taman betul. serius aku cakap, memang gelap gila. al maklumlah, taman perumahan aku ni baru lagi, besar pulak, lampu jalan tak banyak, yang banyaknya rumah rumah kosong & semak samun.. memang menakutkan. bukak lampu kereta yang paling terang pun, kurang jelas. tengok kiri kanan, HITAM SEMATA MATA! rumah lain sebijik pun tak nampak! apatah lagi pokok. huui.. satu taman takda eletrik. takut siot.. dahla hujan mencurah curah. kepala aku mula la terteleng kiri dan kanan, bulu roma pun dah menegak. sejuk pulak..hee. seram..

sampai depan rumah, aku cakap kat mama, "IJAN TAKMAU BUKAK GATE! gelap sangat! takut.." mama pun takesah. mama berenti depan rumah dan kami pun duduk dalam kereta. aku layan novel, mama pulak layan handphone. aku suruh mama kunci pintu, yalah kan, gelap gelap macam ni, anything can happen. kalau hantu takpa, hantu tak reti nak bukak pintu kereta. ni kalau orang, TAK PASAL JEE. walaupun aku melayan novel, otak aku ni pikir macam macam. well biasalah, time time cenilah otak kita nak berimaginasi yang bukan bukan, betui dak? lebih kurang lima belas minit dalam kereta, mama mula boring. dia suruh aku bukak gate, hujan dah reda sikit. DAHLA AKU PAKAI SHORT ATAS LUTUT. seksi siot, tapi bukan tu yang aku nak cerita, bila keluar je kereta, FUHHH! SEJUK GILAA! aku kuatkan semangat bukak gate. mengerikan.. hanya lampu kereta mama ja yang ada time tu.

nak dipendekkan cerita, kami pun masuklah dalam rumah. pasang lilin sampai empat lima batang, aku punya pasal lah. mama rilek jee. hahaha. biasalah, takut beb. tak penah aku alami keadaan tadak letrik sampai gelap lagutu. dengan torch light yang sedia aku genggam. mama mandi, aku dok dalam bilik. masa tu nasib baik, otak aku tak pikir apa2 dah, dah normal, aku pun mula bukak buku SEJARAH. rajin kan? ha, nilah pengorbanan seorang pelajar. sanggup bersengkang mata baca buku dalam gelap, bercahayakan lilin semata mata. puhh memang sedih, hahaha macam BERSAMAMU dah aku rasa.

tapi kan memang aman lah baca buku semalam, al maklumlah tv pun tak boleh bukak. tidak yang dengaq kat tv HANDY MANY OH HANDY MANY. tapi semalam memang aman, sunyi jeh, syok baca buku! semua pakat pakat pulun masuk dalam otak. hee. nilah keadaan aku yang khusyuk baca buku semalam.

haa. kesian kan? cuma sebatang lilin je yang menerangi aku untuk membaca SEJARAH. ini semua exam punya pasal! kalau tak exam, aku takkan susahkan mata aku yang comel ni untuk terbeliak dan baca sebijik sebijik apa yang ada dalam buku. huh.. ni satu pengalaman yang amat aku hargai. rasa best pulak. hehe.. nilah yang tok nenek moyang aku buat untuk bejaya. dulu dulu mana ada letrik, tiap tiap malam ada lilin je kan?







sian diorang. tapi bejaya jugak. tengok macam adik arwah tokwan aku, ada yang jadi pensyarah, timbalan pengarah bahagian pergigian, datuk datin semua ada, tapi semua belajar macam yang dalam gambar tuu je. sekarang ni, dah ada lampu sepuluh sebelas dalam rumah pun masih lagi liat dan malas, apa nak jadi hah? kalaulah budak zaman sekarang hidup kat zaman dulu, mesti semua pakat pakat lagi malas nak belajar, sebab takda lampu. huh. kalau diorang boleh berjaya dengan bercahayakan sebatang lilin saja, KENAPA TIDAK AKU?

0 komen di sini:

Post a Comment