CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 14, 2010

today's story and dot dot dot.

tereng teng teng.. rajen eh melawat blog aku. tau la comei pun. hahaha segan ngat aih. heii galak! hahaha. tadi walaupun penat & panas, tapi berbaloi! dari keat hwa, kami jalan kaki ikut jalan belakang pi makan kat kedai roti canai di persimpangan dekat ngan sekolah SRIDA. syaza yang macam amoi tu VROM VROM lah dengan moto merahnya.

haa, sebelum tu kat sekolah tadi, agak membosankan belajar science selama 2 JAM SETENGAH, tanpa kehadiran fizi. hahaha gegeh nak mampoih. bukan apa, kalau dia ada boleh la jugak aku nak kacau dia so tak la boring sangat kan. sah dia dok syok begolek mimpi kat awek dia tuu. PEMALAS. tadi budak lelaki sapa yang ada hah? fahmi, azim, anas, afif, yusry, firdaus, nazrin, luqman, faisol.. kalau ada yang tetinggai tu sory la noh. aku bukan nak ingat semua ngat pun.

pastu, cikgu tengok semua student paakat2 layu semua. lentok sakan.. yang amoi2 kat belakang tu coceh coceh pasai handphone.. rimas telinga. dahla aku tak paham sepatah haram. yang yusry dok buat keling dia boleh. ngan sweater cam mat rempit, WEI INGAT STAI KOT? hahaha tadak keja dok amek gambaq apek lam kelaih. wat pa mai, nyemak kelaih ja dia tu, haram tak belajaq pun. haha. bila cikgu dah nampak semua pakat stim ja mata, cikgu pun katala, 'REHAT 10 MINIT. 10 MINIT SAJA! JANGAN DOK MELEBIH!" semua serbu keluaq la apa lagi. ada yang balik teruih, hahaha loqliaq. kami pulak berjalan lenggang lenggok (aku, aby, dalila ngan ismah) menuju ke tandas.. untuk memperbetulkan apa yang patut dan mencantikkan apa yang dah cantik. hehe..

bila dah ada kesempatan cemni, apa lagi, jadi model lah kami.. amek gambaq pulak. guna camera akulah. macam2 posing yang kami buat aww. cuma kesian pulak kat ismah, dia jadi photographer, terpaksa melayan karenah kami yang sentiasa tak berpuas hati dengan GAMBAR YANG SIKIT SIKIT. hehehe. haa! sedaq tak sedaq, pulun ngat amek gambaq, masa dah lebih 10 minit. huh, heran paa. takat cikgu rozita, kami ayat sikit dah cayaq. dia bukan sampai hati nak marah kami lebeh2, dia kan sayang kami. OHH SAYANG CIKGU ROZITA!!

siot lepas rehat tu memang boring nak mampoih, sebab ramai student lelaki yang balik teruih. kena pulak kami dok bawah kipas, pergh. lagi menjadi jadi mata stim kami ni. memang lentok habes.. rasa cam nak beradu jah tapi tak berani kot. direct depan cikgu dok wat perangai loqlaq gutu, mampoih cikgu jerit. tak pasai pecah pulak gegendang aku ni.. cemana nak dengaq dah? hehe.. so kami pun bertahanlah selama 1 jam lagi dalam kelas, dok menghitung waktu. aby kalot dah dia, lapaq la boring la ngantok la. semua ada. yang aku ngan dalila tak habes2 merapu, cam pa gi. hahaha.

dengaq saja 1130 dan cikgu lepaih keluaq pa lagi, semua pakat tebeliak dah bijik mata. laju ja serbu pintu. destinasi kami, KEDAI MAKAN untuk memenuhi perut yang kosong. memandangkan kami tadak transport.. maka kami haruslah menggunakan apa yang ada contohnya kaki. hehe.. dah syaza tadak. dia tak mai, sakit perut. kalau dak leyh gak calling2 dia suruh dia mai amek ngan moto an. sian lak.. dahla sakit perut. tak pasai terjun bendang gak kami satgi..

bila dah sampai, aku pun pesan laa, "ROTI TELUR DUA BIJIK NGAN MILO AIS SATU". tapi bila dah pesan lambat gila nak mai. perut aku dah nyanyi lagu eminem dahh.. yang depa dok buat ayu boleh tatang roti telur tekedek kedek. ORANG LAPIAQ TAU ARK? memang aku nak wat hingaq tadi tapi sabaq jah. tak pasai kena kutuk, kan free kena. lebih baik aku diam & sabaq tunggu makanan aku.. satgi bila dah sampai aku balun puaih2.

dah kenyang dan tersandar kat kerusi, aku pun tepon abah. suruh abah mai amek kat sini.. tak larat woo nak patah balek pi sekolah. dahla tengah hari, matahari direct ataih pala. tak pasai pengsan tengah jalan free ja dalila kena dukung aku. hehehe.. tak pun dia tinggai ja aku kan? abah pun walaupun dia merungut jauh, dia mai amek gak. besala aku kan anak dia..hehe. kalau bukan dia yang nak mai amek, sapa gi toi ark?

so, takat tu jalah hari ni. aku dah tataw nak tuleh menatang jadah pa dah. sok nak keluaq tengok wayiang. SYAZA AKU MASIH MENGHARAPKANMU DAPAT PERGI BESOK =='

0 komen di sini:

Post a Comment