CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 16, 2011

Allah sayang aku :)

*assalamualaikum*

alhamdulillah aku sudah kembali kuat untuk mengupdate blog. rindunya hanya Tuhan yang tahu. rasa sangat puas dapat taip segala galanya dalam blog ni. actually aku baru saja baik dari demam yang telah melanda selama hampir seminggu. dan aku harap lepas ni aku tk demam dah. tersangatlah seksa. sebelum ni aku tk berani sangat nak mengadap laptop lama lama sebab setiap kali aku bukak laptop, suhu badan akan naik balik dan aku pon tktau kenapa. demam ni sangat kejam sebab tk kasi chance untuk aku online dan update blog. but whatever it is aku dah much better sekarang, harapnya suhu tk naik lepas aku update blog ni :)

okay mai nak cerita pengalaman aku demam selama seminggu. bila dah kata demam, that's mean aku tk pegi sekolah selama sembilan hari (campur jumaat sabtu). rindu woo dekat DALILOS, syaza, aby & khadijah. sembilan hari beb tak bertepuk tampaq dengan depa. -,- okay back to the original topic. hari apa tktau aku masok hospital. actually malam tu aku dah tidoq dah. yaa tidoq saja tk lena pon sebab at that time aku tersangatlah sejuk macam ada kat oversea, tk rasa macam kat Kedah pon haha. maybe kakak aku yang text kat abah memberitahu bahawa aku kelihatan sangat err. terok? so lebih kurang pukoi 12 tengah malam. abah pon called suroh siap sebab nak pegi HSB. belum apa apa aku dah tebayang nak masok wad. memang risiko tinggi masok wad ni bila dah pegi hospital, tk kiralah apa jenis hospital either kerajaan or swasta. sampai sana, abah stop kat bahagian emergency. terasa keadaan aku sangat kritikal padahal demam panas saja pon -,- terus pakcik kat sana bawakkan kerusi roda kat aku. orang kat sana pandang pandang, macam nak katakan aku ni "Silmina Wilcha". what the heck ----------

aku tk sure pukoi berapa masa tu sebab aku tk pakai jam. mula mula masok bilik untuk medical check up, doktor tu check sana sini dan tanya blablabla. lepastu aku disuruh buat xray. nasib baik pekerja kat bilik xray tu perempuan tapi garangnya nak mampos. dia suruh aku ikat rambot tinggi tinggi. so aku pon buatlah takat yang termampu. dia kata, "tk tinggi pon..ikat lagi!" err nahas jugak pekerja ni. cabut spek mata baru tahu. taulah kena kerja sampai tengah malam pon, mana boleh tengking tengking orang tambahan aku yang tengah demam dan tk berdaya ni. lepas habes buat xray, kena kembali ke bilik doktor tu. beliau cakap aku ada masalah paru paru tapi sikit SAHAJEEEE. then apa benda lagi yang beliau cakap aku tk amek peduli, kecuali,

"okay tkpa. kita bagi dia masok wad pemerhatian dulu, rest dan tambah ayaq sikit. We'll see then."

ohh yang tu tk tahan. kan aku dah kata bila dah pegi hospital kes demam ni memang berisiko masok wad, walaupon cuma wad pemerhatian. then kakak aku pon terkedek kedeklah tolak aku di atas wilcha tersebut menuju ke wad pemerhatian. ramai pesakit kat sana, lebih kurang 12 orang tk silap. besar wad tu. aku dapat katil nombor SATU! belum apa apa dah juara -,- okay lebih kurang sepuluh minit atas katil tu, ada nurse yang datang menjalankan tugasnya. dengan membawa satu troli sederhana besar dengan bermacam benda alah perkakas. dia mula pegang tangan aku dan tepuk tepuk, nak cari urat darah. mulanya dia TRY cucuk tangan kiri. fuh sakitnya hanya Tuhan yang tahu. beganda ganda sakit dari cucuk kat sekolah haritu. tapi tk keluar darah pon. nurse tu dok merungut dalam bahasa kelantannya apasal darah tk keluar ni. boleh pulak dia dok tekan tekan. sampai aku tepaksa sound dia, "kak jangan tekan, sakit kak." ergh nurse tu benar benar buat aku bengang.

bila dia dah cucuk sebanyak 3 kali di tempat yang berbeza kat tangan aku, akhirnya nurse tu berputus asa. dia pon panggil lagi sorang nurse lelaki. first time tengok beliau aku agak terpana juga. "err..handsome jugak mamat ni." tapi memandangkan keadaan aku sangat hodoh masa tu, dengan tudung tk berserika, seluar track hitam, sweater bulu kambing yang sangat tk glamor rupanya, oh lupakan saja nak control cun. nurse tu belek belek tangan aku sebab nak cari urat darah. fulahmak sekali ja beliau cucuk terus dapat! cayalah~

then nurse tu suruh pegi kencing sebab beliau nak test keadaan pinggang aku disebabkan aku mengadu kat doktor tu yang aku sakit pinggang. pukoi berapa tktau aku bangun dengan kakak aku bersama sama kakak aku pegi ke toilet. sampai kat pintu toilet, aku duduk tejelopok. ya aku dah agak. asal kena cucuk mesti pengsan. aku tktau apa kakak aku membebel, sebab aku dah tk dengar sepatah haram. nasib baik dah sampai kat toilet kan kan kan. dan a few minutes later terus boom! muntah. tk boleh nak bagitahu rasa macam mana. lepas beberapa minit tejelopok kat depan pintu toilet tu, aku dah okay sikit. terus masok dalam dan uruskan apa yang patot. dan cepat cepat aku pegi balik kat katil, lena terus. penat semacam.

lebih kurang pukoi 6.45 pagi (kot) nurse tu gerak, beliau kata boleh balik dah.huu leganya. dia cabut jarum kat tangan aku macam dalam drama drama tu. apa dia ingat tangan aku ni sekeras kayu. aku pon reti sakitlah. tapi aku buat derk je. sekali lagi aku rasa nak pitam. ohh tolongla~ tapi aku kuatkan diri dan hoyeah! rasa pitam tu pon hilang. kakak aku pegi amek wilcha, then kami pegi amek ubat dan tunggu kat luar. masa tu dah pukoi 7 pagi. kat depan hospital tu ada ramai nurse-belum-pro yang nak masok hospital. kebanyakannya comel comel. dan ada jugak yang hensem. alah buat bodoh SAHAJEEE, aku kena sedaq diri yang masa tu aku hodoh dan DEMAM.

lepastu, abah mai amek. sampai rumah, terus aku cari katil dan sambong tidoq disebabkan aku tk cukup tidoq kat hospital. so konklusinya aku masok hospital cuma 1 malam. nama pon wad pemerhatian kan. balik dari HSB, banyak kali jugak aku demam balik. sekejap ok, sekejap tak. well, macam mana pon aku kena terima la. bila dah demam ni, bolehla sewenang wenangnya mintak mama urut ini dan itu. hihihi.

esok hari Ahad. aku akan sekolah balik setelah sembilan hari bercuti. tk sabarnya walaupon aku tau banyak kerja sekolah menunggu. tkpa aku akan buat setakat yang mampu. oh yes, congratulations kepada team netball keat hwa, walaupon tk menang hihi. you've done your best. nanti boleh cuba lagi. dan satu lagi, mama dah tk benarkan aku main netball lagi sebab aku tk boleh duduk tengah panas.

p/s: nak beritahu bahawa aku sangat gembira. satu, sebab demam aku dah baik alhamdulillah. lagi satu, aku pon tktau kenape tapi yang pastinya aku happy dan sekali lagi alhamdulillah. wide smile for my happiness ;)

0 komen di sini:

Post a Comment