CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 17, 2011

Kedah --> Terengganu --> Kedah

*assalamualaikum*


alhamdulillah aku dah selamat sampai kat kedah. firstly nak cakap something dekat member member tersayang.


Dalila Athirah - pasai problem hang tu..aku tk paksa nak story ka dak. tapi apa apa pon aku harap hang happy lah cemana pon. kalau ada sesapa buat something yang melampaui batas kat hang..aku sedia menambah dosa mengutuk habisan orang tersebut. hehehe.. sayang hang!


Nur Sarah Afifah - pasai blog panas hang yang Perlukah Bercinta apa benda tu.. walaupun hang dah beribu kali cakap hang tk tujukan kat sapa sapa. aku sebagai manusia biasa yang tengah hangat becinta la ni (hehehe) tetap jugak terasa. tapi tkpa aih.. benda yang hang kata tu betoi. aku tkmau komen apa. masing masing ada pendapat sendiri. rambut sama hitam, hati lain lain. banyak orang banyak ragam. terserah kepada diri sendiri.. apa apa pun good job. entri yang menarik :)


okay. sekarang nak cerita pasai holiday ke Terengganu. --------


bertolak pukul 10 lebih, menaiki kereta Proton Exora kepunyaan abah. aku duduk depan, kakak adik aton duduk tengah, yaya dada kak ngah duduk belakang. bila masing masing dah selesa, kami pun bertolak. aku menggagahkan diri untuk tak lena sebab nak teman abah. abah tu bukan apa.. suka sungguh bawak kereta walaupun mengantuk. pukul 2 pagi stop dekat Restoran Kari Kepala Ikan Salim untuk membuang air, minum minum dan menghilangkan lenguh. aku tak sure pulak restoran tu kat mana.. lepastu kami meneruskan perjalanan.


masa mendaki bukit (KOT) abah gerak aku. masa tu pukul 3 pagi lebih. bila jaga, aku cuak. tak nampak apa langsung kat depan. kabus tersangatlah TEBAL! abah bawak kereta slow and steady. nasiblah kat jalan tu cuma ada kereta abah, paksu di belakang dan member abah kat belakang sekali. aku tak melepaskan peluang. aku bukak tingkap dan keluarkan tangan. (konon nak buat sentimental, pegang kabus..hehehe) best! sejuk! tapi aku tk cukup beranilah nak keluarkan kepala. dahla pagi buta..gelap ya amat. kiri kanan hutan semata mata.


perhentian seterusnya iala Kawasan Rehat Titiwangsa. kat atas ni pon gelap. tkdak eletrik. toksah tanya sejuk ka dak. menggigil aku dibuatnya. aku pakai sweater, stoking, peluk bantal, selimut dengan kain batik + shawl, lepastu lilit leher dengan shawl jugak. sumpah sejuk. macam budak kecik dah aku. kat atas tu abah berenti untuk lena sebentar. aku pon lena jugak sebab aku dah teman abah tadi.. pukul berapa abah teruskan perjalanan, aku tak sure. aku dah indah dibuai mimpi ---


pendekkan cerita, dah sampai kat Kuala Terengganu. tersilap jalan kat bandar dia sebab masa tu kereta banyak. so terlepas pandang jalan yang nak masok. aku dah fresh time ni. hoyeah! cuci mata tengok orang Terengganu. segak segak semuanya.. sengih sokmo lah ak sorang sorang. hehe.. apa apa pun orang kedah tetap nombor 1 di carta hati :) pendek lagi cerita, lebih kurang sejam lepastu, sampai kat Angullia Beach Resort. leganya! terus aku bukak kasut dan main pasir. nikmat! nikmat! angin tak henti henti menyinggah. ombak laut besaq ooo.


itulah first day di Terengganu. rehat & mandi di laut. tak ke mana. ombak besaq gila. tk ingat berapa kali ombak tu terajang aku sampai tetungging. last, aku mengalah. ombak menang. rambut aku penuh pasir. rimas! terus mandi dan syampu sepuasnya. mata merah.. huu tk comey dah. malam tu pusing pusing kat resort dengan apan, adik, kak ngah & umaimah. main kat playground sambil amek gambar. best ooo.


second day, rutin yang sama. tak kemana cuma mandi laut. dah serik mandi masa petang sebab ombak terlampau ganas. so aku amek keputusan mandi waktu pagi. best! rendam saja. malamnya buat BBQ. member abah tu SUMPAH BELAGAK GILA. dahla kuat menipu. perasan bagus. pemalas ya amat. gedik pun ada. senang cerita aku memang menyampah kat depa ni. buat macam lawa sangat tapi muka sekupang -,-


third day, pergi Pasar Payang Kuala Terengganu. shopping! aku tk sakan sangat sebab duit terhad. tkmau bawak duit banyak.. satgi takut boros. so aku cuma beli..ehehem rahsia. untuk member ada, untuk mangkok kesayangan pon ada. hehehe.. tapi Pasar Payang tu banjir. menyampahnyaaaaa, kasut baru aku basah. terus mood nak shopping turun mendadak. dahla kasut baru.. aku merungut sepanjang jalan. biarla orang Terengganu dengaq. bukan depa paham pon aku speaking Kedah piang. kak zana beli keropok sampai RM102.00 tunai. banyak gila! tak larat gelak aku. haha. malamnya, buat BBQ. lepastu pusing pusing kat resort lagi memandangkan ini malam terakhir. jalan jalan tepi laut. begelak sakan macam orang gila. hahaha.


esoknya, dah tak sempat nak mandi laut buat kali terakhir sebab hujan lebat. kemas kemas barang. mandi dan bersiap. makan nasik lemak. haa lupa nak habaq. donat Terengganu tersangatlah sedap! dahla gebu, panas, gula banyak! eee...cek suka! abah beli banyak. dan aku makan banyak. sedap ooo. berganda ganda sedap dari donat kantin sekolah aku. adui..rindunya donat dia. satu lagi satar. the best! nasi lemak dia pun lain sikit. confirm menjilat jari! senang cerita aku dok sini asyik makan saja. itu yang paling nikmat.. makanan merata rata.


lepastu..balik! betolak 10.30 pagi. sayangnya nak tinggalkan Terengganu.. sumpah best duduk sini dengan family & paksu. tak terucap best macam mana. aku amek gambar tak banyak disebabkan masa lebih banyak dihabiskan kat resort. bila dok kat resort, aku tak pakai tudung. bila tak pakai tudung, kemalasan nak amek gambaq. memang cuti habis habisan la. makan, tidoq, mandi. itu sahaja. nampak macam  boring tapi tak langsong. seronok ooo..


sampai rumah semalam pukoi 11 lebeh. tukar baju dan terus tidoq. penat..

0 komen di sini:

Post a Comment