CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

Cik Nerd!

*assalamualaikum*

seperti yang semua dah sedia maklum (bajet macam semua orang sekolah keat hwa nuh) sekarang ni musim photoshoot. mula mula amek gambar kelas, gambar netball dan gambar Kadet Remaja Sekolah. agak agak ada dak photoshoot untuk Persatuan Agama Islam? dalam gambar tu ada Ustazah Zauyah, Ustazah Zaharah dan Ustaz Nasir. err...

memandangkan sekarang dah pukoi 12 lebeh dan esok sekolah, aku akan cuba meringkaskan cerita aku dengan hanya menceritakan benda benda yang menarik sahaja. haa. tadi kan masa balik sekolah. dua kali aku malu beb. double triple punya malu ni memang muka tahap tebai. satu masa dalam kelas. gambar akan menceritakan segala galanya. keduanya masa nak masok kereta. memang aku bersyukur tahap sujud syukur la sebab takdak senior senior lelaki Melayu yang nampak kejadian ni.

abah mai amek tadi. adik aku duduk belakang. seat depan masih kosong. so aku bukak la pintu belakang nak letak beg. seperti biasa abah dengan lagak driver hanya pandang depan tak tengok belakang langsung. lepas letak beg aku tutup la pintu. tetiba kereta dah jalan. apa lagi aku pun terpekik lolong la kat situ sambil kalot ketuk cermin kereta suruh abah berenti. ADOI. abah ingat aku dah masok kereta. padahal aku nak duduk depan. wulahmak terer la abah memalukan aku. hahaha.. nadjua gelak sampai tak mau mau. nyaring habeh. malu gilaaaa.

okay tu masa malu nak balik. malu dalam kelas ni. nak ambik gambar KRS kan mesti la kena pakai full-U. so kitorang pun tukar la baju tadi pukoi 12 tengahari lebeh lebeh. tera nak tunggu turn ambik gambar. lama jugak la. siap semua, tengok jam dah pukoi 1. so buang masa lah kot nak pakai baju sekolah balik. berbaki lagi 10minit tu kami naik la kelas. err. dengan baju hijaunya dari kepala sampai kaki. joe shin siap tegoq aku lagi. "fuyoo cantiknya." rasa macam nak lempang jugak minah tu. bayangkan ini keadaan kami masa masok kelas. semua orang segak dan manis pakai baju sekolah.

ceringnyaa pakai baju maha segak ni masok kelas. aku dan DALILOS nampak sangat kerdil dalam uniform besaq ni. tapi yaa, masih sempat berposing. yalah kan nak masok dalam blog kena lawa lawa la. hahaha. okay maybe gambar dah dapat pahamkan anda semua. walaupun aku tau masih ada yang blur, pasaipa aku cering. normal derr. lantak lah asal kan aku update blog. hehe..

bye!
p/s: next week exam. wish me luck!

0 komen di sini:

Post a Comment