CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Saturday, January 22, 2011

Yesterday Was Just Wonderful!

hello ladies and gentleman. maaf tak sempat nak update kelmarin disebabkan agak sibuk & keadaan masa yang sangat tak mengizinkan. al maklumlah, aku kan hangout kelmarin. hahaha:)

yesterday morning, aku terjaga disebabkan dengar suara kakak aku membisikkan ayat keramat, "WOI, TAKMAU PI SEKOLAH KA?" pergh, terus aku bangun selaju the flash, sanggul rambut dan terus mandi! weeee~ memang tak sempat nak keringkan rambut so aku takmau membiarkan rambut aku basah & pakai tudung pulak. tengok jam, 6.46 pagi. padahal abah nak mai ambik pukul 7 pagi. memang aku sengaja cari pasai nak kena marah dengan abah. tak sangka, secepat 14 minit aku siap. aku memilih untuk pakai tudung arini saja so jimat masa. hehe, tempat tidur pun aku biar ja macam tongkang pecah, tak sempat nak kemas:)

sampai sekolah pukul 7.12 pagi, dan tepat seperti yang dijangkakan, aku keseorangan dalam kawasan sekolah yang amat gelap hanya diterangi lampu kat jalan tu. okay fine. aku berkaraoke sorang sorang. suka hati aku nak melontarkan vokal sekuat mana pun, bukan ada orang. kalau ada pun nasib telinga dia la dengar aku melalak lagu Hey Baby pagi buta macam tu. haha.

then, netball. yahh aku mengaku aku langsung tak berbakat dalam sukan ni. okay nak habaq sebarang jenis sukan memang aku tak reti, kecuali swimming, kira terror lah jugak dari sukan yang lain. haha. bila dah aku tak reti main netball, secara automatik sukan tu akan jadi sesuatu yang teramatlah bosan. banyak kali aku dok tengok jam, bilalah nak pukui 12? Fuhh. Assabarulminaliman.

Tepat 11.30, game netball stop. semua pakat rehat melepaskan lelah kat kantin Pakcik Munet. ada yang sudah terbang tudung masing masing. okay aku takmau kata apa tu memang hak masing masing depa bukak tudung tak kacau aku pun. then keluaq singgah sinaran sat, beli ayaq wajib aku iaitu SOYA yang mencantikkan kulit tu *hehehe* sambil lepaking. pukul 12 tecongok depan bustop, tak sampai 5 minit bus dah sampai. ni yang membuatkan aku bertambah sayang kat pakcik bus yang sentiasa setia berkhidmat ni. hehe.

sampai rumah rehat dulu. panas nak mampos, dahla aku pakai cardigan pi sekolah. sarung tangan & inner tak sempat cari memandangkan aku bangkit lewat. terus capai cardigan ja. okay just mampoih pi kat dia. bergelak ketawa dengan aby sambil baca blog DALILOS hat yang tahap merapu nak mampoih. orang tuju lemak, dia TUJUH LEMAK. redha saja dengan dia. biaq pi. 12.40 dah start besiap, aku mandi dulu. 1.45, abah PIN PIN depan rumah terus aku dengan aby keluaq. dan bermulalah perjalanan yang penuh mendebarkan ke alor setar mall.

sampai sana first destination ialah toilet. membetulkan apa yang patut dan membuang apa yang seharusnya dibuang. then jumpak mattop yang separuh botak. haha. discuss pasai tiket wayang. then turun tunggu DALILOS kat bakery. DALILOS yang senget tu lambat! mai mai sengih ja dengan mata merahnya dan muka tak bersalahnya. sekali lagi kena redha -,-

lepastu melilau lah kami di sana. tunggu kerol mai baru nak beli tiket. lepas semua lengkap, aku dengan lagak ceti halal mula mintak duit, nak beli tiket. "WOI! SEPULUH RINGGIT WOOOI!" hehe takdak aih aku mintak secara sopan dan berhemah la lagak juara gadis melayu. hehe. then pi beli tiket. lepastu sekali lagi merayau. tetiba pakkob buat surprise last minute dia yang tak lawak langsung tu kata nak mai. apa lagi sengih sampai dahi la DALILOS tu. tekedek kedek pulak pi beli tiket kat pakkob and the gang.

then masuk dalam panggung. mengambil tempat masing masing dan ternyata pakkob telah lambat selama 20MINIT dan selamba badak dia pakai short hawaii bak kata DALILOS. okay just mampoih pi kat dia. tengok cerita tu macam orang gila aku. sat tutup muka sat tutup telinga tutup mulut peluk beg semua ada. dahla satu line tu aku sorang saja paling hingaq. setia melontarkan vokal yang sangat merdu itu. yang DALILOS ngan mattop keja gelak ka aku. kerol dengan aby pulak usha aku tak lepaih lepaih. HELO, MENJERIT BILA TENGOK MOVIE HANTU TU SESUATU YANG NORMAL OKAY?

habes tu pegi makan kat tempat biasa, Uno Cafe. makan sambil sembang, hahaha tabiat yang sangat tak patut untuk diamalkan. then pegi jalan jalan sementara nak tunggu bapak masing masing mai ambik. singgah Watson beli pencuci muka. yang hangatnya 1 watson tu aku ronda, dalam banyak banyak barang yang dia ada, macam mana losyen safi langsung tak wujud? dahla losyen aku dah nazak dah. mana cukupp. adoi -,-

then balik. ohh ya, sebelum balik bagi barang kat Pocoyo. weeeeee~ nampaknya dia macam suka saja. kalau dia suka aku lagi suka. hehehe. lepastu abah mai amik dan aku pun balik. sedaq diri sikit Ahad dah sekolah. hahaha. serious penat gila plus mengantuk, paginya sekolah petang pulak hangout. rasa macam nak tercabut segala sendi. kemalasan untuk siap barang sekolah sangatlah menggunung tinggi. hadoih la.

p/s: aku ada baca satu blog ni, pemiliknya mengutuk habis habisan perempuan yang memakai segala jenis shawl. tak kiralah selendang lilit, syria ataupun hijab. apa masalah dia pun aku taktau. of course aku terasa sebab aku pun pakai shawl. dia kata nak berfesyen agak agak la, sakit mata ni tengok. dah tau sakit mata, tutup jelah mata. bukan nya orang yang pakai shawl tu, beli segala alah tudung guna duit dia. bukan orang beli baju size XXS mintak duit dia. tak penah kacau dia pun. macam dia tu fesyen tahap Brad Pitt & Leonardo DiCaprio, yang sesuka hati mak bapak nak kritik orang. tu hak masing masing nak berfesyen macam mana. kalau ada dosa pakai baju ketat, bukan dosa lepas kat dia pun. sendiri punya hal. kecoh punya mamat.

1 komen di sini:

Aina Shobri said...

blog sapaa?nak baca gak :D

Post a Comment