CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 19, 2011

Oh God! I've made a resolution?

hari ni sesi persekolahan boring seperti biasa. tadak apa yang menarik. ohh ya, ada ada! aku cuma belanja 60sen hari ni. weeee bangga setahap gunung tahan & banjaran titiwangsa. mulanya rasa kempunan kat donat yang gebu tu, tapi bila dah beli rasa takmau pulak so aku bagi kat dalilos. aku belanja dia 2 donat yang berharga 60sen. hehe :)

tadi masa english, Puan Khoo suruh buat resolutions untuk tahun 2011. cikgu kata kerja ni kena tulus ikhlas dari hati sendiri, tak payah susah payah copy paste orang lain punya. minimum 20 resolutions so penuh la 1 muka surat untuk buku kecik tu. semua ayat bermula dengan I WILL, I WILL TRY, I WANT TO BE dan macam macam lagi. ada yang aku ikhlas dan ada yang aku pakat bubuh saja sebab dah taktau nak letak ayat apa lagi. ada 3 resolutions yang paling aku ingat.

1) I will try to spend less money on shopping.
2) I will not hang out too often.
3) I will not texting too often.

HAHAHA. dalilos & masturinos gelak saja tengok ayat aku yang terlebih poyo ni. muka aku ni nampak macam nak kurangkan shopping? hati aku ni ikhlas takmau keluaq merewang selalu? boleh ka aku tak sms almost 24hours? jawapannya, AKU RASA TAK BOLEH KOT. hehehe.

hari sabtu ni nak keluaq. nak celebrate birthday awal seminggu sebab takut kat rumah nanti mama ada buat majlis secara kecil kecilan. disebabkan bajet aku untuk keluaq ni bawah RM200, so aku kena sedaq diri yang aku tak boleh shopping. aku cuma boleh cuci mata ja tengok baju, selendang dan kasut kat sana. nenda aku kata, "Apadia ijan beli baju sampai tera tu. Almari dah penuh tau dak? Sampai tak cukup nak boh baju ijan." hee, sengih saja la aku. redha saja nenda. perangai shopaholic ni aku terikut jejak langkah mama sebab aku selalu ikut mama shopping. the most amazing therapy :)

hari Jumaatr ni insyaAllah aku pi Kopitiam. weee, rasa rindu sangat nak jumpak abg sham yang kaki merapu tu. rindu nak buat kerja. rindu nak kalut. rindu nak kena marah dengan customer *tak ikhlas*. rindu kat sora abg-abg ayaq yang selalu menjerit bila order. rindu nak makan scrambled egg, sup maggi, nasi goreng paria. Kopitiam! Here I come :) kepada sesiapa yang free pagi Jumaat ni. datanglah kopitiam yee. boleh jumpa muka comot aku dok buat kerja secara live and personal. hehehe.

semalam kan, ada soran'g senior ni, dia text aku masa aku tengah begayut, text dia macam ni, "BUDAK BELAGAK..." rasa macam nak balas balek kat dia, "OHH BUDAK GILA.." tapi malas la. kehabisan kredit aku saja.

by the way, nak wish a special happy birthday untuk Mohamad Syafiq, kawan baru. welcome to fifteen.  hee :) dan juga kepada mamat bermata sepet dan muka ala ala Korea, kawan lama. sixteen sudah. HAHA.

happy ever after dapat bergayut semalam, setelah menghadapi sedikit konflik. hehe.

0 komen di sini:

Post a Comment