CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 2, 2010

today's story.

welcome lovely readers :)

abah dah selamat bertolak pegi Selangor pagi tadi, lebih kurang pukul 10. tinggal aku, kakak aku, abg sham dan kak nurul sajaa. nasib lah tadi orang tak ramai sangat. so kami takdak la letih tera mana pung. hari ni balek lewat gila. pukul 1.30 dok basuh pinggan lagi. aku dah terlentok kat meja makan dengan abg sham. memang mengantuk tahap kuasa lapan. tinggal kakak aku & kak nurul saja dok basuh pinggan.

pukul 2, dok ada kat atas jalan lagi. hahaha. pastu sampai rumah, oh tidak! mana kunci rumaaah? puas aku cari sekeliling rumah dengan kakak aku. tetap tak jumpak. then, aku mula getaq. cemana nak masok? adooi. tepon mama. mama kata kunci aboy amek. ADOI! betapa bengangnya. dahlaa penat nak mampoih. mengantuk, panas. pastu mama kata tunggu kawan mama mai amek, balek rumah mama. OH TIDAK! tak mau. nak onlinee.

pastu kitorang pun pikiaq la cemana nak buat. disebabkan tak tahan sangat, bukak lah tudung. dok belakang rumah. memang takmau balik rumah mama. pastu adalah idea gila kakak aku nak pecah tingkap rumah. hahahaha! pecah cemana sayang ooi, semua tingkap kat rumah ni ada grill, memang full protection lah! adoi. masing2 dok pikiaq idea segera & bagoih nak masok rumah ni. akhirnya! daripada kepala otak aku yang agak bijak lah juga, keluarlah idea, TERAJANG PINTU BELAKANG.

mula2 kakak aku cuba. pastu tak jadi. berbekalkan ilmu taekwando aku yang belajaq tak habeh ni, aku pun cuba laa. siap sinting seluar, bukak kasut semua. aku terajang la 3-4 das. dah rasa longgar dah. pahtu kakak aku sambung. sekali terajang PRAK! yay! pintu bukak dah. aku masuk rumah dengan kakak aku menjerit macam orang histeria. tapi selak pintu dah terkeluar. hahahah senang ceta. aku amek martun, ketuk2 skru tu sampai masok balek. selesai 1 masalah! I'm the heroin of the day! heeheee.

heehe. sejak dah berpunya ni aku asyik sengih jaa. dah jadi mesra alam. kat customer pun aku dah senyum memanjang. ewah ni mesti penangan HMH. kan? hahaha. bila kak nurul tanya, "boyfriend ada ark?" aku jawab, "tadak. scandal bertimbun ar." hahaha. cering kot kat kak nurul. kalau aku rapat ngan dia takpaa ar. ni tak rapat sangat gi. so aku jawab jalah apa apa yang patut. padahal time tu dok bertexting dengan hmh. hahaha :)

so kat rumah ni. sepanjang mama kerja. sementara aboy nak balik. sehingga abah di selangor. aku dengan kakak kena pandai2 cari makan kalau lapaq. hahaha dahla kami ni tangan kayu, tak pandai masak langsung. setakat masak ayaq, maggi ngan teloq pecah kira lulus ar. hahahaha benda2 lain memang sorry lah. belum terbuka hati nak belajaq lagi. lek lu. aku baru form 2. masih panjang masa. bukan nak menikah esok. bukan ada mak mentua nak uji masakan. hahahaha..

ataupun law kami rajen, boleh la exercise sikit kaki kami yang comel dan cun melecun ni pegi jalan kat taman pelangi, beli apa apa yang patut. well, orang bujang. hahaha. tapi rasanya tak pi dah kot. makan apa yang ada kat rumah ja. redha. hehe. takpa sebab dah makan kat kedai. tadi aku makan scrambled egg sausages + hash brown + kentang goreng. sedap ooo. abg sham buat :)

janji dengan dia nak online petang. sekarang dah petang. atau mungkin aku yang terawal sikit? takpaa. lama lagi petang. topup cepat2 kit! hehehe.

2 komen di sini:

dalila said...

aku ska psanan yg last tu.
hehe..

sitisilminaizzan said...

awat weeh? hahahaaha

Post a Comment