CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 31, 2010

macam kat oversea -____-

hari ni, peeh sejuk gilaaa! tadi nak pegi sekolah, shower air panas buat hal, so aku tepaksa mandi pakai air paip. adoi, teloncat loncat aku sorang sorang dalam toilet tu. sejuk nak mampoih! dahla hujan turun mencurah takmau berenti.. makin menjadi jadi la rasa sejuk tu.. nasib ada mr.teddy :) sentiasa berkhidmat anytime. sejuk ke, panas ke, marah ke, syok ke, dia sasaran utama untuk aku peluk. hahaha padan muka kau teddy!

lambat pegi sekolah! dua minit lepas aku sampai, loceng dah bunyik. wah, hari ini dalam sejarah. tak penah aku lewat macam ini. hahaha. aku buat bodooh je, macam sekolah tu bapak aku yang punya. pengawas ada jugak yang menjeling. hoi! mata pun kecik, ada hati nak menjeling. korek bijik mata baru tau. hoh. dasar amoi...

pi sekolah bukan belajar sangat pun. time genting nak exam ni lah cikgu boleh buat selamba badak. ataupun cikgu memang sengaja buat macam tu? Mathematics, puan jakhariah tak mai. agama, ustazah zaharah buat ayat hafazan jee. kemahiran hidup, puan zauyah suruh susun fail pastu begosip. science, haa puan rozita buat revision. hehehe sayaaang puan rozita :) bahasa melayu, mula mula puan azrina (betul tak namanya azrina? hahaha) suruh buat ayat berdasarkan kata adjektif, pastu sesi bm bertukar ke belajar bahasa korea. huh tak pahaam aku -_______- english, puan wong may yoke tak mai. huiyo teacher lama tak nampak batang hidung? geografi, cikgu soo sim macam biasa begosip dengan budak2 toek tu. huh bosan...

see? betapa ruginya aku buang masa dan tenaga pegi sekolah. bak kata DALILOS "penat penat aku mai sekolah jalan kaki, beg berat harungi hujan dan onak berduri serta lautan luas, tapi mai sekolah tadak pa pun." ayoo, dahla kat sekolah pun aku hampir membeku, tambah tambah bila amek wuduk, air paip macam ais! rasa macam tanak bukak telekung, sejuk! rasa nak ter shi shi tapi aku tahan jaa sebab takmau hidung dan mata aku yang comel ni tercemar akibat panorama di toilet sekolah cina yang nauzubillah tu. syaza, DALILOS dengan khadijah dah selamat melepaskan shi shi masing2. aku? hmm. kat rumah lagi syok.

pegi tusyen, dapat number baru. kepada sesiapa yang belum ada number maxis aku, sila hubungi aku di facebook yeaah :) sikit gila orang yang mai. aman dunia belajaq science tadi. ilmu pakat pulun masuk dalam kepala otak, puui memang syok. hahaha pastu balek, ABAH LAMBAT! hehee. aku jadi mangsa renungan abang kedai kat bawah tu. rasa cam nak tauk buang ja bijik mata dia. berapa kali aku dok tetunduk tunduk tengok baju. ada butang tebukak ke? selamat je semua, suci dan bersih. tengok seluar, tak tutup zip ke? tak jugak, zip aku sentiasa tertutup. raba tudung, tepeleot ke? kembung ke? ok jah, maintain. HOI DIA TU MEMANG NAK KENA BRAINWASH, jaga mata tu sikit abang ooi!

balek rumah, online :)

sambil online, texting & update blog.

sampaila ke saat sekarang ini, mata dah 50 Newton. hahaha. mengantuk seeh.

aku beradu dulu. Mr.Teddy! come baby come!*

*ayat aton.


good night..

1 komen di sini:

Muhamad Afiff Aiman said...

before, macam kenal laa pekataan 'shi shi' tu. u reke ek?? =,='
bg i nomo maxis u... pleasssssseeeee.. (buat muke comey yg mate bekilat tu)

Post a Comment