CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 27, 2011

Happy Birthday Sis!

namanya ialah Siti Sarah 'Izzan binti Mohd Pauzi. Merupakan anak sulung daripada enam orang adik beradik. Dilahirkan di Klinik Ung Alor Setar pada 28 Januari 1993. Memulakan pengajian di Tadika Tambak Bunga selama setahun kemudiannya menyambung pelajaran di Tadika Children's Corner juga selama setahun. Ketika memasuki darjah satu, beliau beajar di Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai hingga selamat menghabiskan UPSR ketika berumur dua belas tahun. Mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan, beliau memutuskan untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena iaitu sekolah berasrama penuh (SBP). Ketika PMR pada tahun 2008, beliau sekali lagi telah membanggakan keluarga dengan mendapat 'straight A'. Beliau tidak bertukar sekolah sebaliknya mengambil keputusan untuk meneruskan pelajaran di sekolah tersebut. Sekarang, beliau baru sahaja menghabiskan peperiksaan SPM pada hujung tahun 2010 dan sedang menunggu keputusannya. Dan inilah tarikhnya, 28Januari2011 genap lapan belas tahun umur beliau. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Semoga dijauhkan dengan segala malapetaka dan bencana. Semoga terus kuat menghadapi cabaran dan ujian hidup yang tak pernah putus. Semoga sentiasa gembira dan berbahagia dengan kehidupannya.

Kakak, Happy 18th Birthday. I love you :)

0 komen di sini:

Post a Comment