CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

silmina. shopaholic. novels. eating. talking.

nama diberi siti silmina 'izzan. dikurniakan minat untuk membeli belah. dianugerahi hobi membaca novel. masa diluangkan bersama makanan. aktiviti kegemaran ialah ber-pot-pet :)

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 10, 2010

kisah semalam -______-

hari ni 11 Oktober 2010, Isnin. semalam aku bermesej dengan ex aku, hmm, patutkah aku sebut namanya kat sini? ehem.. oklah aku sebut nickname dia saja. semalam kan, khaiwan suruh aku dengar lagu faizail tahir - hanyut dan dia suruh aku hayati sekali lagu tu. aku pun buat la apa yang dia suruh..bukannya payah sangat kan. dia kata dia tujukan lagu tu khas untuk aku. pergh..bila aku dngaq, agak meremang bulu bulu di lengan aku ni. DIA NAK AKU BALIK LA.. tadak pengganti yang boleh gantikan aku, aku tak mampu hidup tanpa dirimu dan macam macam lagi ayat ayat pasrah yang dia bagi kat aku.. aku dah mula rimas & sekaligus kesian kat dia.. aku memang nak terus terang yang aku takmau dah kat dia tapi macam mana aku nak habaq kalau aku kesian kat dia? tak sampai hati duuhhh.. aku mintak masa sampai dia & aku habis exam, maknanya bulan disember ni lah aku akan bagi keputusan. bukan aku nak pikiaq apa sangat pun, aku cuma nak pikiaq cemana cara nak bagitau yang takkan sakitkan hati dia.. yalah aku kan kesian kat dia. aku bukannya orang yang tadak hati perut..

syaza kata dia nak adjust kan aku dengan EHEM EHEM. (siapa? tak boleh bagitau! hehehe) aku pun taktau la aku nak atau dak. sat sat rasa macam nak, kejap lagi rasa taknak pulak. huu..payah betoi la aku ni kan. takpalah.. bab ni biaq aku pikiaq kemudian lah yea. sekarang ni aku agak pening kepala dengan bab reunion. tadi aku dah call Puan Suhaiza sebanyak 2 kali, kali pertama secretary dia kata Puan Jaja (nama timangan dia lah) breakfast, aku pun tepikiaq, menatang apa ni berakfast pukui 10 pagi? takpaah, biaq jah. kali kedua aku call, Puan Jaja dah keluaq la dik. haa ni yang aku hangat ni. kejadah apa taktau? dahla aku tak boleh tidoq lena pikiaq pasai benda ni. dengan duit pun masalah.. nak buat tempahan pun masalah. benda yang sepatutnya selesai dalam masa kurang setengah jam pun boleh jadi berjam jam malah berhari hari. haiyo.. apa mahu buat? ni yang nak kena mintak tolong YANG BERHORMAT NI. sapa lagi kalau bukan Puan Hanializa Abdullah yang cantik lagi molek. aku harap mama maulah tolong aku. alaah, Aunty Jaja tu member kamceng dia. tak salah kan mama tolong ijan.hehe

muhammad khairul hazwan abdul rani, saya akan beri keputusan muktamad kemudian ya. pi la spm dulu. couple cukup mau (ambik ayat della, hahaha). syaza masturina, jangan adjust lagi. biaq aku pikiaq masak masak sampai hangit kepala otak. Puan Suhaiza, tolong dok dalam ofis diam diam & cakap sat ngan saya. amboih payah ngat aih dia, mengalahkan agung. dan last sekali untuk pelajaran dan otak aku yang semakin berkarat ni, aku akan buat setakat yang mampu untuk memperbaiki apa apa.

bye bye semua. setakat ni dulu daripada cupcake. makan selalu..manis selalu. tata titi tutu <3

2 komen di sini:

Luqman Harith said...

'Puan Suhaiza, tolong dok dalam ofis diam diam & cakap sat ngan saya. amboih payah ngat aih dia, mengalahkan agung '

haha , cun ayat ang weyhh .

sitisilminaizzan said...

hahaha bila dah geram otak aku bengong lalu terproses ayat ini dan aku pun apa lagi taip lah.

Post a Comment